omniture

Medicom Umum Kemudahan Pembuatan Pelitup Muka UK dengan Kerjasama Kerajaan British

AMD Medicom Inc.
2020-06-26 21:43 94

MONTREAL, 26 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Medicom Group, ("Medicom"), salah satu pengeluar pelitup muka perubatan dan pernafasan yang terkemuka di dunia, mengumumkan peluasan lanjut jejak globalnya dengan rancangan untuk membuka sebuah kemudahan pembuatan pelitup muka baharu di United Kingdom pada tahun ini.

The Medicom Group is one of the world's leading manufacturers and distributors of high-quality single-use, preventive and infection control products for the medical, dental, industrial, animal health, laboratory, retail and health and wellness markets.
The Medicom Group is one of the world's leading manufacturers and distributors of high-quality single-use, preventive and infection control products for the medical, dental, industrial, animal health, laboratory, retail and health and wellness markets.

Ditubuhkan sebagai Medicom HealthPro Limited, kilang ini akan menghasilkan beratus-ratus juta pelitup muka pernafasan dan perubatan di bawah jenama Kolmi Eropah terkemuka syarikat, bagi memenuhi keperluan tempatan di UK. Pandemik COVID-19 yang masih berterusan ini telah menekankan kepentingan untuk menjamin bekalan peralatan perlindungan diri tempatan dan Kerajaan British merupakan yang terkini daripada semakin banyak negara yang ingin menjalin kerjasama secara langsung dengan Medicom.

Perkongsian UK yang baharu ini ialah susulan daripada pengumuman oleh Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau bahawa kerajaan telah mengukuhkan rantaian bekalan PPE Kanada dengan memeterai perjanjian berbilang tahun dengan Medicom. Kemudahan Montreal bersedia untuk dibuka dalam masa beberapa minggu.

Di Perancis, baru-baru ini Presiden Emmanuel Macron melawat kilang Kolmi-Hopen dan mengambil peluang untuk mengesahkan kesediaan beliau bagi melindungi industri Perancis dan kebebasan rantaian bekalan peralatan perlindungan diri Perancis. Penubuhan kilang pelitup muka kedua di Perancis diumumkan oleh Medicom awal bulan ini dan akan dibuka pada masa yang singkat iaitu 29 Jun ini. Dengan 11 barisan baharu dan jadual pengeluaran yang dioptimumkan, pengeluaran pelitup muka perubatan di dua tapak di Angers akan bertambah tiga kali ganda dalam lima bulan.

Medicom bekerjasama dengan pengeluar fabrik bukan tenun yang terkemuka di dunia, Berry Global Group Inc. ("Berry"), untuk mereka bentuk penyelesaian pembuatan. Berry akan memberi jaminan bekalan bahan-bahan perlindungan yang kritikal untuk pengeluaran pelitup muka sepanjang tempoh perjanjian ini.

Kilang baharu yang berpangkalan di UK itu akan melibatkan berpuluh-puluh tertib pengeluaran yang akan menghasilkan lebih 100 juta Pelitup Muka FFP3 setara N-99 pernafasan dan lebih 500 juta pelitup muka Jenis IIR perubatan bagi memenuhi keperluan tempatan di UK dan dapat mencipta sekurang-kurangnya 75 peluang pekerjaan berkemahiran baharu, sepenuh masa. Sebagaimana yang diumumkan hari ini, kerajaan British telah mendayakan pelaburan melalui komitmen kontrak jangka panjang dengan Medicom. 

"Kami amat berbangga dengan perkongsian kami bersama kerajaan UK untuk menubuhkan sebuah kemudahan tempatan yang amat diperlukan yang akan menghasilkan berjuta-juta pelitup muka pernafasan dan perubatan demi menjamin bekalan berterusan untuk Britain," ujar Ronald Reuben, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Medicom.

"Dengan pengumuman peluasan jejak keempat dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Medicom menunjukkan keupayaan yang mendalam dan tangkas dalam rangkaian kami. Melalui perkongsian dengan kerajaan tempatan dan agensi penjagaan kesihatan, kami dapat membantu merapatkan jurang bekalan di samping menyediakan pengeluaran tempatan, lantas menjadikan kami sebagai rakan kongsi yang menarik," tambah Ketua Pegawai Operasi Global Guillaume Laverdure. "Bekerjasama dengan Medicom Group merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk kerajaan bagi menjamin bekalan tempatan yang berterusan, yang sangat penting semasa berlakunya suatu pandemik, namun kami percaya bahawa ia amat penting sepanjang masa."

Dengan operasi pembuatan yang diagihkan secara strategik merentas tiga benua dan jaringan pembekal global yang luas, Medicom berkedudukan unik untuk memenuhi permintaan yang pesat terhadap produk perlindungan diri seperti pelitup muka sepanjang berlakunya krisis masa kini.

Latar Belakang Medicom  
Medicom Group ialah salah satu pengeluar dan pengedar yang terkemuka di dunia bagi produk pencegahan dan kawalan jangkitan sekali guna yang berkualiti tinggi untuk pasaran perubatan, pergigian, perindustrian, kesihatan haiwan, makmal, peruncitan serta kesihatan dan kesejahteraan. Medicom mengedarkan produk kawalan jangkitan di bawah jenama-jenama Medicom, Ritmed, Kolmi, Hopen dan Ocean Pacific serta di bawah jenama Hedy yang diambil alih baru-baru ini. Subsidiari-subsidiari Medicom termasuk Kolmi-Hopen di Perancis, Medicom Asia di Hong Kong, United Medical Enterprise di AS, KHM Engineering di Singapura dan Medicom HealthPro Limited di UK.

Medicom mempunyai pengalaman yang luas dalam memberi respons terhadap permintaan peralatan perlindungan diri semasa berlakunya pandemik. Untuk maklumat lanjut mengenai Medicom dan portfolio penyelesaian kawalan jangkitan mereka yang komprehensif termasuk rangkaian luas pelitup muka perubatan, sila kunjungi Medicom.com

Latar Belakang Berry
Berry Global Group, Inc. (NYSE:BERY), beribu pejabat di Evansville, Indiana, komited terhadap misinya agar 'Sentiasa Meningkat Maju untuk Melindungi Apa yang Penting' ('Always Advancing to Protect What's Important'), dan dengan bangganya bekerjasama dengan pelanggannya untuk menyediakan mereka dengan penyelesaian perlindungan bernilai tambah yang semakin ringan dan lebih mudah untuk dikitar semula atau diguna semula. Syarikat ini merupakan pembekal global yang terkemuka bagi pelbagai jenis produk tegar, fleksibel dan bukan tenun yang inovatif yang digunakan setiap hari dalam pasaran akhir pengguna dan perindustrian. Berry, sebuah syarikat Fortune 500, mempunyai lebih daripada 48,000 pekerja dan menjana jualan bersih pro forma sebanyak $12.6 bilion dalam tahun fiskal 2019, daripada operasi yang mencakupi lebih 290 lokasi di enam benua. Untuk maklumat tambahan, kunjungi laman sesawang Berry di berryglobal.com.

Hubungan Media: Gayle Padvaiskas, Naib Presiden, Pemasaran, AMD Medicom Inc., gpadvaiskas@medicom.ca

Kolmi-Hopen, a leading manufacturer of disposable personal protective equipment, operates two plants near Angers, France. With eleven new lines and an optimized production schedule, mask production at the two Angers sites will have tripled over five months.
Kolmi-Hopen, a leading manufacturer of disposable personal protective equipment, operates two plants near Angers, France. With eleven new lines and an optimized production schedule, mask production at the two Angers sites will have tripled over five months.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1196658/amd_medicom_inc__medicom_announces_uk_mask_manufacturing_facilit.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1196659/amd_medicom_inc__medicom_announces_uk_mask_manufacturing_facilit.jpg?p=medium600

Source: AMD Medicom Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services