omniture

Xinhua Silk Road: Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing bawakan pencapaian buahkan hasil selepas 5 tahun penubuhan

Xinhua Silk Road
2020-06-29 10:15 353

NANJING, China, 29 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing, sebuah kawasan baharu peringkat negeri di Wilayah Jiangsu Timur China, meraikan ulang tahun kelima penubuhannya pada hari Rabu yang lalu.

Sejak penubuhannya diluluskan secara rasmi oleh Majlis Negeri China pada Jun 2015, Kawasan Baharu Jiangbei telah terlibat secara aktif dalam pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze dan pembangunan bersepadu Delta Sungai Yangtze.

Sepanjang lima tahun yang lalu, data menunjukkan bahawa penunjuk utamanya, termasuk KDNK, pendapatan belanjawan awam umum dan pelaburan tetap telah meningkat dua kali ganda.

Kawasan Baharu Jiangbei sentiasa menambah baik persekitaran perniagaan dengan memperbaharui sistem pemeriksaan dan kelulusan pentadbirannya. Sehingga kini, sebanyak 33,298 perusahaan dan 352.7 bilion yuan modal berdaftar telah ditambah ke kawasan baharu tersebut.

Sejak tahun 2018, Kawasan Baharu Jiangbei telah melaksanakan pembaharuan dengan memisahkan lesen perniagaan dan sijil operasi. Setakat ini, dokumen untuk memohon bagi memulakan perniagaan di kawasan baharu tersebut telah dapat dikurangkan sebanyak hampir 60 peratus dan kecekapan kelulusan telah meningkat sebanyak hampir 90 peratus.

Bagi menggalakkan inovasi, Kawasan Baharu Jiangbei telah berusaha untuk menghimpunkan kuasa inovasi yang sofistikated dan kompetitif. Lebih daripada 100 institusi penyelidikan dan pembangunan baharu telahpun ditubuhkan, termasuk sebuah pusat inovasi sains dan teknologi University of Cambridge dan tapak penjujukan gen yang terbesar di Asia.

Untuk mengambil bahagian dalam pembinaan kawasan pengaglomeratan perindustrian yang moden di Delta Sungai Yangtze, kawasan baharu tersebut telah memberi tumpuan pada pembinaan bandar cip, bandar teknologi gen dan pusat kewangan baharu.

Bandar cip telah menjadi pusat kepada lebih 600 perusahaan dalam tempoh tiga tahun termasuk peneraju industri seperti Huawei, Aisino Corporation dan Empyrean Software, dengan jumlah nilai output industri melebihi 50 bilion yuan.

Bandar gen teknologi tersebut menghimpunkan lebih daripada 800 perusahaan dengan skala perindustrian mencecah hampir 100 bilion yuan, sementara pusat kewangan baharu menjadi hos kepada lebih 400 dana dengan jumlah modal sebanyak 500 bilion yuan, memberi sokongan yang padu untuk pembangunan industri-industri baru muncul.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/314450.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components