omniture

Xinhua Silk Road: rencana khas dalam talian mengenai pelaburan di Kawasan Baharu Jiangdong Hainan selatan China dilancarkan

Xinhua Silk Road
2020-06-30 04:24 431

BEIJING, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Satu rencana khas dalam talian mengenai pelaburan di Kawasan Baharu Jiangdong, bandar Haikou, Wilayah Hainan, selatan China, dilancarkan bersama-sama pada Ahad lalu oleh Biro Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong dan China Economic Information Service di laman sesawang Xinhua Silk Road (en.imsilkroad.com).

Mengandungi banyak kolum seperti berita Jiangdong, berita pelabuhan perdagangan bebas (FTP) Hainan, perancangan industri, dasar serta kemudahan keutamaan Jiangdong, rencana khas ini berperanan sebagai platform untuk pelabur global mendapat pengetahuan yang mendalam mengenai dasar, sektor pelaburan dan hasil pembangunan FTP Hainan serta Kawasan Baharu Jiangdong.

Pada 1 Jun, pihak berkuasa Cina memperkenalkan satu rancangan induk untuk FTP Hainan, yang bertujuan untuk membina wilayah pulau bahagian selatan ini menjadi pelabuhan perdagangan bebas peringkat tinggi yang berpengaruh secara global menjelang pertengahan abad ini. Menurut rancangan ini, satu sistem pelabuhan perdagangan bebas yang memberi tumpuan pada liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan "pada dasarnya akan diwujudkan" di Hainan menjelang tahun 2025 dan menjadi "lebih matang" menjelang tahun 2035.  

Sebagai salah satu daripada 11 kawasan dan taman utama FTP Hainan, Kawasan Baharu Jiangdong mengutamakan pembinaan sistem perindustrian yang terbuka dan inovatif yang mana ekonomi ibu pejabat mengambil peranan utama sementara ekonomi lapangan terbang, ekonomi perkhidmatan, ekonomi ekologi turut ditonjolkan. Lantarannya, dasar keutamaan yang berkaitan telah dibentuk, berhubung pemilihan projek, penggunaan tanah dan pengawasan industri.

Sekumpulan syarikat Fortune Global 500 telah tertarik untuk bertapak di Kawasan Baharu Jiangdong, ujar Feng Benyan, timbalan pengarah eksekutif Biro Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong, yang turut berkata bahawa perusahaan ini dapat menikmati hampir 20 dasar insentif.

Maklumat lanjut mengenai pelaburan di Kawasan Baharu Jiangdong akan disediakan melalui dua talian penting pelaburan +86-898-6860-3376, +86-898-6866-2391 atau melalui emel kepada JDzhaoshang@126.com.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/314407.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Asian-related news New products/services Trade policy