omniture

Hampir Separuh Kanak-kanak Jarang Gunakan Sabun Apabila Cuci Tangah di Sekolah, Tinjauan Baharu Ditemui oleh Global Hygiene Council

The Global Hygiene Council (GHC)
2020-07-01 07:01 239

Pakar-pakar kebersihan terkemuka menekankan kepentingan langkah-langkah dan pendidikan kebersihan tangan yang berkesan di sekolah memandangkan kanak-kanak mula kembali ke persekitaran pendidikan susulan pandemik COVID-19

LONDON, 30 Jun 2020 /PRNewswire/ -- Seruan ini ialah berikutan satu tinjauan global baharu yang dijalankan oleh Global Hygiene Council (GHC) yang menekankan bahawa hampir separuh (42%) daripada kanak-kanak berumur 5-10 tahun jarang menggunakan sabun apabila mereka mencuci tangan mereka di sekolah. Tinjauan ini menilai tahap kesedaran dan tabiat kebersihan kanak-kanak merentas tujuh negara semasa COVID-19 dan di kesemua negara, penggunaan sabun adalah lebih tinggi di rumah berbanding di persekitaran sekolah.  

 

Considerably more children were found to be using soap at home rather than at school when washing their hands
Considerably more children were found to be using soap at home rather than at school when washing their hands

 

Di sekolah-sekolah, kurang daripada separuh kanak-kanak (44%) berkata seseorang memastikan mereka sentiasa mencuci tangan mereka sebelum makan, dengan kebanyakan (71%) mereka menyatakan bahawa hal ini berlaku semasa berada di rumah.

Penolong Profesor Perubatan Sumanth Gandra MD, daripada Washington University School of Medicine di St. Louis menjelaskan, "Ketika kanak-kanak perlahan-lahan mula kembali ke sekolah di seluruh dunia, tumpuan terhadap kebersihan yang lebih baik tidak seharusnya menjadi langkah dalam tempoh jangka pendek. Walaupun COVID-19 telah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kebersihan tangan untuk menghentikan penyebaran jangkitan pernafasan, langkah-langkah kebersihan asas seperti mencuci tangan juga penting bagi mencegah penularan penyakit biasa termasuk jangkitan gastrousus."

Hanya 60% daripada kanak-kanak berkata bahawa sabun sentiasa disediakan di sekolah, dengan satu dalam 10 menyatakan sabun tidak pernah disediakan.

Sekolah-sekolah menyediakan pelbagai peluang untuk penularan jangkitan dan menggunakan pendekatan kebersihan bersasaran menawarkan cara untuk memaksimumkan perlindungan. Menurut satu kertas kajian terkini yang diterbitkan dalam American Journal of Infection Control, amalan kebersihan harian yang lebih baik dapat mengurangkan risiko berlakunya jangkitan biasa sehingga 50% dan keperluan terhadap antibiotik sehingga 30%.

Profesor Sally Bloomfield daripada London School of Hygiene and Tropical Medicine mengulas, "Kebersihan bersasaran bererti memberi tumpuan pada kebersihan di tempat dan pada waktu - dikenali sebagai 'detik risiko' - apabila mikrob yang berbahaya berkemungkinan besar untuk merebak. Detik risiko utama di sekolah-sekolah termasuk pengendalian makanan, menggunakan tandas dan menyentuh permukaan."

Dr. Gandra. menambah, "Penting agar tabiat kebersihan yang sihat, seperti mencuci tangan selama 20 saat menggunakan sabun dan air, diterapkan kepada generasi akan datang bagi membantu mencegah penularan wabak pada masa depan dan bagi melindungi keluarga daripada jangkitan."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1196866/ghc_survey.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1196867/GHC_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: The Global Hygiene Council (GHC)
Keywords: Education Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Children-related news Survey, Polls & Research