omniture

Huawei Lancar Program Flash Only+ Percepatkan Semua Industri

Percepatkan Perniagaan dengan Storan Denyar-penuh pada Harga Hibrid
Huawei
2020-07-03 03:31 3144

SHENZHEN, China, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan Hari IT globalnya secara dalam talian, dengan tema "Flash Only+ Percepatkan Semua Industri" Huawei melancarkan Flash Only+, program yang direka bentuk untuk menjadikan storan denyar-penuh memberi manfaat kepada industri-industri dengan lebih pantas.

"Sebagai penyedia infrastruktur ICT, Huawei komited untuk membangunkan infrastruktur data mudah AI bagi membantu pelanggan mempercepatkan transformasi digital. Teknologi utama di sebalik infrastruktur data mudah AI ialah pintar sepenuhnya, IP sepenuhnya, awan sepenuhnya dan denyar sepenuhnya. Program Flash Only+ ialah pemecut denyar-penuh yang akan membawa faedah storan denyar-penuh kepada pelbagai industri untuk mendorong transformasi digital," kata Huang Congliang, Naib Presiden Jabatan Storan Data dan Penyelesaian Visi Pintar Huawei.

Era "All-Flash" kini telah tiba. Storan denyar-penuh adalah sangat baik dari segi prestasi, keandalan, ruang dan penggunaan kuasa, namun tidak semua pelanggan memilih storan denyar-penuh. Mereka yang ingin beralih kepada storan denyar-penuh tertangguh hasratnya sama ada disebabkan oleh kebimbangan teknikal atau harganya.

Program "Flash Only+" menghapuskan kebimbangan teknikal mengenai penggunaan storan denyar-penuh untuk perkhidmatan misi kritikal

Program "Flash Only+" Huawei membolehkan pelanggan untuk mempercepatkan perniagaan misi kritikal dengan menawarkan tahap prestasi, keandalan dan kecekapan storan denyar-penuh OceanStor Dorado yang terbaik dalam industri. OceanStor Dorado Huawei menyediakan keandalan empat tahap yang mencecah 99.99999% dan bertoleransi 7 daripada 8 kegagalan pengawal tanpa gangguan perkhidmatan. Prestasi yang utama dalam industri ini akan meningkat dengan pesat sehingga 20 juta IOPS pada kependaman 0.1 ms yang amat kecil. Pelanggan akan mendapat jaminan untuk boleh menggantikan dan menaik taraf sistem tanpa sebarang pemindahan data dalam tempoh 10 tahun.

Program "Flash Only+" menawarkan kelebihan teknikal premium untuk menjadikan storan denyar-penuh berkesan kos.

Program "Flash Only+" membolehkan pengguna menikmati pengalaman dan kecekapan unggul storan denyar-penuh pada harga storan hibrid dengan keberkesanan kapasiti yang sama. OceanStor Dorado Huawei mengendalikan model kapasiti yang berkesan berdasarkan keupayan penggandaduaan dan pemampatan 1 untuk memberi jaminan sehingga 5x kapasiti yang berkesan bagi memenuhi kehendak dunia sebenar. Setelah dipersetujui, kapasiti yang berkesan dijamin dalam kitaran hayat penuh. Sistem denyar-penuh baharu dapat merendahkan jumlah kos pemilikan (TCO) sambil memberi pengalaman perkhidmatan optimum, membantu memperbaiki penyusutan pelanggan untuk perniagaan mereka. Program ini boleh digunakan untuk OceanStor Dorado 3000 V6 Huawei.

Pelanggan yang menyertai program ini sebelum 31 Disember 2020, akan mempercepatkan perniagaan dengan storan denyar-penuh pada harga storan hibrid. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Huawei tempatan atau kunjungi Laman Sesawang Flash Only+.

1: Nisbah penggandaduaan dan pemampatan berbeza bergantung pada senario. Untuk butiran lanjut, sila hubungi pejabat Huawei tempatan.

2: Huawei berhak untuk menetapkan terma dan syarat untuk program ini.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services