omniture

Cromwell Property Group dan Cromwell European REIT Jalin Kerjasama dengan EXS dan Stratus untuk Platform Hartanah Pusat Data Baharu

Cromwell Property Group
2020-07-14 04:59 498

SYDNEY, 14 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pelabur dan pengurus hartanah terpelbagai Cromwell Property Group (ASX:CMW) (Cromwell) telah memeterai satu perkongsian strategik dengan Stratus Data Centres (Stratus), anggota EXS Capital Group (EXS), untuk melabur dan mengurus pelancaran platform hartanah pusat data di seluruh Eropah dan Asia Pasifik melalui Stratus Cromwell Data Centre Fund (SCDC Fund atau Dana).

Perkongsian yang sangat saling melengkapi ini akan menggabungkan pengkhususan sektor pusat data Stratus, yang akan bertanggungjawab untuk pembangunan, pemajakan, reka bentuk dan pembinaan projek, dengan jaringan EXS Asia serta modal, pengurusan dana dan pengalaman pelaburan hartanah Cromwell.

Cromwell akan menjadi pelabur asas dalam SCDC Fund yang menyasarkan nilai aset kasar yang akhirnya bernilai lebih US$1 bilion, dengan 25% daripada portfolio ini telahpun dikenal pasti oleh dua tapak strategik pertama dengan keeksklusifan. Cromwell akan turut mendapatkan dana pelaburan dan akhirnya menyediakan perkhidmatan pengurusan dana bersama dan pengurusan aset setelah setiap projek tersebut siap.

Dalam masa yang sama, Cromwell European Real Estate Investment Trust (SGX:CNNU; CSFU) (Cromwell European REIT atau CEREIT) telah memeterai Perjanjian Surat Hasrat dengan Stratus dan Cromwell untuk bersama-sama melabur secara langsung ke dalam 50% kepentingan dalam dua projek pusat data pertama SCDC Fund di London dan Frankfurt, tertakluk kepada pelbagai perkembangan.

Projek pertama ialah pusat data 100 megawatt (MW) dua peringkat yang menawarkan perkhidmatan di London. Tapak projek berkeluasan 6-ekar ini terletak secara strategik di laluan gentian optik di bahagian timur bandar ini, akan dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui dan rundingan bersama pengendali penyewa berpotensi berjalan dengan lancar. Kerja-kerja pembinaan dijangka selesai pada tahun 2021.

Projek kedua yang lebih besar terletak di tapak strategik berkeluasan 34-ekar yang menawarkan perkhidmatan di Frankfurt. Sebuah projek 300MW berbilang peringkat, dengan perjanjian prapajakan lanjutan dan proses perancangan yang sedang dijalankan, sebaik sahaja selesai ia akan menjadi salah satu kampus pusat data yang terbesar di Jerman dan Eropah Barat.

Pertumbuhan pesat data yang dihasilkan oleh media sosial, peranti mudah alih, penstriman video dan pengkomputeran awan telah mendorong permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk pusat data. Permintaan ini hanya dipercepatkan oleh pandemik COVID-19 yang mendorong lebih dalam kehidupan moden dan perniagaan dalam talian. Dengan sokongan aset hartanah yang mantap dan pajakan jangka panjang terhadap pengendali awan bertaraf dunia, hartanah pusat data dapat menyediakan pelabur dengan pendapatan yang stabil, lindung ke bawah dan potensi kenaikan yang kukuh.

Ketua Pegawai Pelaburan Cromwell, Rob Percy berkata: "Perkongsian ini merupakan satu lagi contoh yang baik mengenai strategi 'Labur untuk Urus' kami yang sedang dilaksanakan. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan organisasi pakar dengan kaliber Stratus bagi mencipta peluang pelaburan yang mengujakan yang kami tahu akan mendapat permintaan yang kukuh daripada pengendali pusat data hiperskala yang utama dan rakan kongsi modal antarabangsa."

Simon Garing, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Pengurus CEREIT berkata: "Kami telah mengenal pasti sektor dengan peluang pelaburan yang signifikan di Eropah, yang mana kami percaya akan terdapatnya permintaan yang berterusan untuk projek pusat data. Pusat data amat sesuai untuk strategi pelaburan dan komposisi portfolio sedia ada kami dan kami berharap agar dapat merealisasikan pulangan terlaras risiko yang menarik untuk pemegang unit CEREIT daripada perkongsian ini. Platform ini juga akan membolehkan kami untuk mengekstrak nilai tambahan melalui beberapa peluang pusat data masa depan yang berpotensi di lokasi-lokasi strategik dalam portfolio berkeluasan 1.4 juta meter persegi sedia ada CEREIT."

Eric Solberg, Pengerusi Stratus dan EXS, mengulas: "Kami berasa gembira untuk menggabungkan pembangunan kami dan kepakaran pusat data dalam pasaran antarabangsa dengan modal, pengurusan dana dan pengalaman pelaburan hartanah Cromwell."

"Projek-projek London dan Frankfurt hanyalah permulaan, dengan projek-projek selanjutnya dikenal pasti di bandar-bandar pintu masuk utama di Eropah termasuk Dublin dan Milan serta di Asia, termasuk Tokyo, Manila, Jakarta dan Mumbai. Sebagai pemaju bagi 'pemaju pakar bagi pemaju-pemaju' dalam hartanah Asia, EXS teruja untuk membawa jaringan rakan kongsi tempatan serantau kami ke SCDC Fund."

Nigel Clarkson, Ketua Pegawai Eksekutif Stratus, menambah: "Sebagai veteran selama lebih dua puluh tahun yang membangunkan dan menukar pusat data di seluruh UK, Eropah, Asia dan Australia, saya boleh katakan bahawa permintaan global terhadap pengkomputeran awan hanya akan menuju satu arah -- meningkat ke atas! Dengan sokongan daripada Cromwell, kami akan berusaha untuk mempercepatkan pembangunan portfolio hartanah pusat data global kami malah turut menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada penyewa dan rakan kongsi pengendali hiperskala dan awan kami."

LATAR BELAKANG CROMWELL PROPERTY GROUP

Cromwell Property Group (ASX:CMW) ialah pelabur dan pengurus hartanah terpelbagai yang beroperasi di tiga benua dan merupakan asas pelabur global. Sehingga 31 Disember 2019, Cromwell mempunyai permodalan pasaran sebanyak $3.1 bilion, portfolio pelaburan hartanah langsung yang bernilai $3.2 bilion dan jumlah aset bawah pengurusan sebanyak $11.9 bilion di seluruh Australia, New Zealand dan Eropah.

LATAR BELAKANG CROMWELL EUROPEAN REIT

Cromwell European REIT ialah amanah pelaburan hartanah dengan strategi pelaburan utama dengan melabur, secara langsung atau tidak langsung, dalam portfolio terpelbagai aset hartanah yang menjana pendapatan di Eropah yang digunakan terutamanya untuk tujuan pejabat, industri ringan / logistik dan peruncitan.

Portfolio CEREIT merangkumi 94 pegangan kekal khususnya atau pegangan pajak berterusan di dalam atau berhampiran bandar-bandar pintu masuk utama di Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Poland, dengan tumpuan yang seimbang terhadap sektor-sektor pejabat dan industri ringan / logistik. Sehingga 31 Mac 2020, portfolio CEREIT mempunyai nilai taksiran kira-kira sebanyak EUR2,075[1] juta dan kawasan boleh sewa agregat kira-kira 1.4 juta meter persegi dengan hampir 800 penyewa-pelanggan dan profil WALE sekitar 4.5 tahun.

CEREIT ialah REIT pertama dengan portfolio Pan-Eropah terpelbagai yang disenaraikan pada Singapore Exchange Securities Trading Limited. CEREIT diurus oleh Cromwell EREIT Management Pte. Ltd., subsidiari milik penuh Penaja CEREIT, Cromwell Property Group.

LATAR BELAKANG STRATUS DATA CENTRES

Stratus ialah platform hartanah pusat data (DS) bebas, dipimpin dan diurus oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman dan berkepakaran yang mempunyai lebih 20 tahun rekod prestasi terbukti dalam pelaburan, pembangunan dan pengurusan hartanah DC. Stratus pernah bekerjasama dengan beberapa pelabur global bagi mengenal pasti dan memperoleh akses eksklusif ke projek DC dan penyewa melalui hubungan sedia ada.

Stratus menyediakan produk komprehensif yang memenuhi keperluan penyewa seperti penyelesaian 'Shell' Berkuasa & Terancang, Dipasang sepenuhnya dan siap guna. Stratus bukan pengendali DC dan tidak bersaing dengan penyewa dalam perniagaan kolokasi. Stratus bermatlamat untuk menjadi rakan kongsi hartanah jangka panjang pelanggannya, yang dapat memanfaatkan kepakarannya dalam memperoleh tapak di luar pasaran utama mereka, memperoleh kuasa dan perancangan serta membangunkan DC binaan sesuai di pelbagai lokasi di seluruh Asia & Eropah, bagi mencapai "penambahan sumber" yang sebenar untuk pengendali hiperskala dan awan global.

LATAR BELAKANG EXS CAPITAL

EXS ialah sebuah firma pelaburan hartanah ekuiti persendirian bebas yang mempunyai pejabat-pejabat di Cayman Islands, Hong Kong dan Singapura serta dipimpin oleh Eric Solberg, seorang veteran pelaburan Asia selama 30 tahun dan pasukan pedigri. Sepanjang dekad yang lalu, EXS telah memimpin pelaburan yang telah selesai dan masih berjalan yang bernilai lebih US$1 bilion di seluruh Asia dan pasaran berkaitan.

EXS menaja pelaburan gaya ekuiti persendirian ke dalam perniagaan hartanah menerusi perkongsian dengan pengurusan pakar, sama ada pemaju tempatan atau pakar sektor, dengan matlamat untuk membina peneraju pasaran bernilai tinggi. Strategi yang amat berbeza dan struktur dana EXS membolehkan perkongsian jangka panjang yang lebih erat dengan pengurusan, pelaburan berbilang peringkat kitaran balas dan akhirnya realisasi dan pulangan lebih tinggi yang dijangkakan.

Pelbagai anggota EXS Capital Group dilesenkan di Singapura melalui MAS di Singapura untuk Pengurusan Dana; di Hong Kong menerusi Suruhanjaya Sekuriti & Niaga Hadapan di Hong Kong untuk Penasihat, Kewangan Korporat dan Pengurusan Aset, Pihak Berkuasa Ejen Hartanah Hong Kong untuk Hartanah; dan dengan CIMA di Cayman Islands.

[1] Penilaian adalah berdasarkan penilaian bebas yang dijalankan oleh Colliers dan Cushman & Wakefield sehingga 31 Disember 2019 untuk 91 hartanah sedia ada dalam portfolio ini. Tiga aset yang diambil alih di Jerman yang disempurnakan pada 24 Mac 2020 dilaksanakan dengan harga beliannya.

Source: Cromwell Property Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Contracts