omniture

Ujian University of Toronto Sahkan Pelitup Muka Pertama Nyahaktifkan Coronavirus

I3 BioMedical Inc.
2020-07-14 20:25 348

MIRABEL, Quebec, 14 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, i3 BioMedical Inc. mengumumkan bahawa sepasukan saintis di University of Toronto menguji dan mengesahkan bahawa virus SARS-CoV-2, yang mengakibatkan Covid-19, tidak dapat dipulihkan selepas diaplikasikan pada pelitup muka TrioMed Active. Permukaan luar pelitup muka tersebut menyahaktifkan >99% ampaian Coronavirus dalam beberapa minit.

University of Toronto Tests Confirm First Mask From i3 BioMedical Inc That Deactivates Coronavirus.
University of Toronto Tests Confirm First Mask From i3 BioMedical Inc That Deactivates Coronavirus.

Pelitup muka pembedahan jenis IIR TrioMed Active Mask menggabungkan teknologi TrioMed dan memberikan tahap perlindungan aktif termaju untuk petugas kesihatan dan masyarakat umum. Teknologi antimikrob berpaten ini menjadi teras dalam seluruh barisan produk perubatan syarikat ini seperti pembalut luka, pita perubatan, sarung tangan, penutup kepala, gaun hospital dan peralatan perlindungan diri lain yang dijual di seluruh dunia.

Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Infection Control mengesahkan bahawa individu menyentuh muka mereka 23 kali setiap jam secara purata1. Selain itu, coronavirus yang mengakibatkan Covid-19 masih wujud dan boleh berjangkit pada lapisan luar pelitup muka sehingga 7 hari, menurut kajian yang diterbitkan dalam The Lancet Microbe2. Selain daripada amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan berhubung swakontaminasi dengan menyentuh pelitup muka seseorang, dua bahan terbitan saintifik ini menunjukkan selanjutnya kekurangan utama dalam tahap perlindungan untuk semua pemakai pelitup muka masa kini.

"TrioMed Active Mask ialah perlindungan pernafasan pertama dan satu-satunya yang terbukti secara saintifik dapat menyahaktifkan virus yang mengakibatkan Covid-19, mengurangkan risiko kontaminasi kepada pemakai secara drastik," kata Pierre Jean Messier, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif i3 Biomedical Inc. "Syarikat kami menghabiskan bertahun-tahun dan berjuta-juta dolar untuk membangunkan teknologi antimikrob yang interaktif ini. Produk yang terhasil digunakan oleh komuniti perubatan di seluruh dunia dan telah diuji oleh makmal-makmal bebas yang dapat membunuh pelbagai jenis mikrob, seperti MRSA, VRE, E-Coli, Staphylococcus Aureus, Virus Influenza dan kini SARS-CoV-2. Ujian saintifik pihak ketiga ini mengesahkan kedudukan utama TrioMed dalam teknologi antimikrob perubatan yang disediakan dalam usaha memerangi Covid-19."

Ciri-ciri dan faedah-faedah pelitup muka TrioMed Active termasuk:

  • Perlindungan antimikrob yang aktif pada lapisan luar pelitup muka menyahaktifkan >99% Coronavirus SARS 2 dan virus Influenza H1N1
  • Kecekapan penapisan virus (VFE) > 99.9%
  • Kecekapan penapisan bakteria (BFE) > 99.9%
  • Mematuhi Tahap 3 ASTM F2100
  • Mematuhi standard Peranti Perubatan Eropah EN 14683 Jenis IIR
  • Hayat simpan selama lima tahun

Latar Belakang i3 BioMedical Inc: i3 BioMedical ialah sebuah syarikat Kanada, yang memberi tumpuan pada pembangunan dan pembuatan produk antimikrob baharu yang dapat membantu mencegah penularan jangkitan dan penyakit.

 

___________________________________

1

Kwok YL, Gralton J, McLaws ML. Face touching: a frequent habit that has implications for hand hygiene. Am J Infect Control. 2015;43(2):112-114. doi:10.1016/j.ajic.2014.10.015    

2

Chin A W H, Chu J T S, Perera M R A, et al. Stability of SARS-CoV-2 in different environmental conditions. Lancet Microbe 2020; diterbitkan dalam talian 2 April. https://doi.org/10.1016/S2666-5247(20)30003-3.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelitup muka TrioMed Active, kunjungi www.triomed.com atau hantarkan emel kepada triomed@triomed.com; media.relations@utoronto.ca  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1213779/i3_biomedical_inc__university_of_toronto_tests_confirm_first_mas.jpg?p=medium600

Source: I3 BioMedical Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals