omniture

Sistem Tidur HOGO Sasar Berikan 'Rehat yang Sempurna'

HOGO
2020-07-15 06:41 323

MADRID, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Menurut Complutense University of Madrid, Granada University dan sokongan daripada Psychoneuroimmunology Research Society International Organization (PNIRS), sistem rehat HOGO merupakan satu-satunya di dunia yang mengurangkan usia biologi dengan memperlahankan proses pengoksidaan dan keradangan. Di samping itu, ia diperbuat daripada 100% bahan semula jadi yang dapat meningkatkan kesihatan serta merta. Inilah satu-satunya sebab mengapa ramai atlet elit, seperti Marcos Llorente daripada Atlético de Madrid dan pegawai-pegawai tinggi lain memiliki HOGO.

 

The football player, Marcos Llorente, sleeps in a HOGO rest system, which increases recovery times between one sports session and the next.
The football player, Marcos Llorente, sleeps in a HOGO rest system, which increases recovery times between one sports session and the next.

 

Syarikat Sepanyol HOGO menyokong secara saintifik yang dapat meningkatkan sistem imun hasil daripada rehat yang menenangkan. Jabatan R + D + I miliknya, selepas menjalankan penyelidikan selama 30 tahun, telah memperoleh bahan yang dapat melindungi orang ramai daripada pencemaran elektromagnet, serta medan geo-elektrik yang akan dipulihkan.

Bantal, pelapik tilam dan selimut yang digabungkan olehnya menjadikannya termokawalatur, mengekalkan suhu badan dan mengelakkan proses berpeluh atau berasa sejuk yang mengganggu proses rehat. Di samping itu, sabut kelapa yang membentuk tilam bertanggungjawab untuk menyerap kelembapan dari persekitaran dan daripada tilam itu sendiri, selain menghasilkan pengionan negatif.

Sistem rehat HOGO beradaptasi mengikut individu yang berehat di atasnya. Ahli-ahli profesional HOGO bertanggungjawab dalam menjalankan kajian diperibadikan sebelum proses pemasangan, menyesuaikan sistem rehat tersebut mengikut ketinggian, berat dan ergonomik anda. Hasil daripada kefleksibelan dan kerintangannya, HOGO dapat meningkatkan kawalan postur.

Untuk mengetahui kesan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan, HOGO telah menjalankan pelbagai kajian saintifik oleh pasukan fisiologi Complutense University of Madrid (Profesor Monica de la Fuente del Rey) dan University of Granada (Doktor Darío Acuña Castroviejo). Khususnya, kajian yang disediakan oleh Profesor Fuente del Rey itu dibentangkan di kongres Psychoneuroimmunology Research Society (PNIRS) lalu yang diadakan di Berlin pada Jun 2019 yang lalu, yang mana ia mendapat sokongan daripada organisasi antarabangsa ini untuk penyelidik dalam bidang saintifik dan perubatan.

Kesan daripada tidur dalam sistem rehat ini terhadap atlet elit, seperti Marcos Llorente daripada Atlético de Madrid, mempengaruhi terutamanya masa pemulihan antara satu sesi sukan dan sesi sukan yang seterusnya, memandangkan ia dapat meningkatkan kepantasan dan kualiti pemulihan tisu konjunktif. Selain itu, ia memberikan masa pemulihan yang lebih singkat antara kecederaan, satu aspek penting untuk atlet elit, antara faedah-faedah lain. Harganya: 35,000 euro.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1213657/marcos_llorente_hogo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1213656/HOGO_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: HOGO
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail