omniture

Arria dan TIBCO Umum Perkongsian Strategik Bawakan Pemahaman Data Lebih Pantas dengan Naratif Bahasa Tabii

Arria NLG
2020-07-18 01:58 566

NEW YORK, 18 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Arria NLG, penyedia teknologi Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat telah berganding bahu untuk membantu dunia memperoleh makna yang lebih besar daripada data, membuka peluang kepada penyelesaian yang lebih baik untuk banyak masalah yang kita hadapi. Kolaborasi mereka menambah papan pemuka BI dengan pandangan yang ditulis dalam bahasa tabii, memberi titik permulaan yang baharu untuk analitik data.

 

Perkongsian ini telahpun membantu orang ramai dengan memberikan mereka pemahaman yang lebih baik mengenai data COVID-19 dalam konteks yang melibatkan mana-mana tempat di seluruh dunia yang sangat memerlukan maklumat mengenainya. Perisian penjanaan bahasa tabii Arria digunakan pada papan pemuka COVID-19 TIBCO Spotfire® bagi memberi pandangan data yang penting mengenai impak penyakit ini dari peringkat tempatan ke peringkat global.

Saintis data TIBCO mengumpul sejumlah besar data untuk dilaporkan pada papan pemuka mereka, termasuk peta, graf dan visualisasi lain bagi menggambarkan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Perisian NGL Arria kemudiannya menggunakan kecerdasan buatan untuk mentransformasikan data menjadi naratif bertulis yang dihasilkan secara dinamik, membantu penatap papan pemuka memahami dengan lebih baik mengenai apa yang disampaikan oleh data kepada mereka. Orang ramai boleh melihat dengan mudah trend dalam bilangan virus, seperti kawasan yang mengalami kes yang semakin sedikit, sama ada terdapatnya sebarang kenaikan dan apa yang berlaku dengan angka tersebut apabila negeri-negeri dibuka semula. Video >

"Bahasa merupakan salah satu kemajuan terhebat di dunia, ia mendorong manusia untuk maju ke hadapan. Membawa bahasa manusia kepada teknologi pastinya akan memberi kesan yang serupa," kata Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif Arria. "Sekiranya data merupakan minyak baharu, pendemokrasian pemahaman data merupakan cara untuk mendorong pertumbuhan perniagaan."

Pandemik ini bukanlah satu-satunya aspek yang mana kolaborasi antara Arria NLG dan TIBCO dapat memberi orang ramai pemahaman yang lebih besar mengenai data yang sentiasa berubah-ubah yang memainkan peranan begitu kritikal dalam semua aspek kehidupan mereka. Perniagaan juga telah mula menikmati ganjaran. Aplikasi untuk perniagaan termasuk farmaseutikal, kewangan, peruncitan dan pelaporan perusahaan am – mana-mana tempat di mana paparan pemuka digunakan untuk menyediakan akses segera terhadap maklumat kritikal.

Sebagai contoh, teknologi Arria boleh didapati sebagai tambahan pada TIBCO Spotfire, membolehkan syarikat-syarikat untuk melakukan lebih lagi dalam Spotfire® dengan data mereka dengan melangkaui visualisasi — pada dasarnya menyediakan titik permulaan baharu untuk analitik data.

Hasilnya, orang ramai pada semua peringkat dalam sesebuah organisasi akan mendapat pemahaman berharga daripada apa yang didedahkan oleh data. Kepintaran perniagaan menjadi lebih bernilai apabila ia boleh difahami dengan mudah dan digunakan oleh sesiapa sahaja dalam perusahaan dan bukan sahaja oleh saintis data. Penjanaan bahasa tabii Arria membolehkan individu untuk berhubung, berkomunikasi dan berkongsi pemahaman serta pandangan yang akan merapatkan silo dalam seluruh perusahaan.

"Pandemik ini telah menekankan keperluan terhadap sains data yang mantap dan juga pandangan berasaskan fakta buat semua orang," kata Michael O'Connell, ketua pegawai analitik untuk TIBCO. "Ringkasan bertulis automatik daripada Arria ini memberi pemahaman serta merta mengenai data COVID-19 dan penyarian pandangan yang jelas, untuk membimbing tingkah laku dan dasar awam."

Latar Belakang Arria NLG
Arria NLG (www.arria.com) ialah peneraju global dalam bidang Penjanaan Bahasa Tabii (NLG), suatu bentuk kecerdasan buatan yang mengkhusus dalam mengekstrak pandangan daripada sumber data yang rumit dan menyampaikan maklumat ini dalam bahasa tabii (iaitu seolah-olah ditulis atau dituturkan oleh manusia). Seni bina API Arria membolehkan integrasi yang lancar dengan sebarang platform BI, RPA atau VOICE. Arria menawarkan penyelesaian NLG untuk sektor perbankan, kerajaan, perkhidmatan kewangan, insurans, farmaseutikal, barangan produk pengguna, berita dan media.

TIBCO dan Spotfire ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar TIBCO Software Inc. dan/atau subsidiarinya di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Semua nama dan tanda produk serta syarikat lain yang disebutkan dalam dokumen ini merupakan kepunyaan pemilik masing-masing dan disebut bagi tujuan pengenalan.

Pautan Berkaitan

Papan pemuka COVID-19

https://www.arria.com/studio-for-bi/

Teknologi Arria tersedia sebagai tambahan pada TIBCO Spotfire

Video >

Hubungan Media: Lyndsee Manna
Naib Presiden Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian
Lyndsee.manna@arria.com

Video - https://mma.prnewswire.com/media/1215728/Arria_NLG_TIBCO_Spotfire.mp4 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1164169/Arria_NLG_Logo.jpg?p=medium600

Source: Arria NLG
Related Stocks:
LSE:NLG
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics