omniture

ZTE dan Omdia anjur bersama webinar 5G SA global

ZTE Corporation
2020-07-20 08:11 3108

SHENZHEN, China, 20 Julai 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menganjurkan webinar 5G SA global strim langsung dengan kerjasama Omdia, penjana penyelidikan teknologi global yang terkemuka.

Di webinar ini, pakar-pakar daripada Omdia dan ZTE berkongsi pandangan mereka mengenai trend industri global 5G SA dan meneroka pelbagai amalan penggunaan 5G SA di China.

"Sebanyak 56% penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersiap sedia untuk menggunakan rangkaian teras 5G dan rangkaian 5G SA dalam 24 bulan akan datang," kata Dario Talmesio, Pengarah Penyelidikan bagi Strategi Penyedia Perkhidmatan di Omdia. "Untuk itu, China menyediakan peluang pembelajaran yang penting daripada pelaksanaan kehidupan sebenar, memandangkan syarikat-syarikat telekomunikasi Cina mempelopori 5G SA pada masa kini."

Jason Tu, Saintis Utama Produk NFV/SDN di ZTE, turut menghuraikan faedah-faedah menggunakan rangkaian 5G SA. "Terminal dwimod NSA/SA kini sangat popular dalam pasaran. Penggunaan rangkaian 5G SA berskala besar dalam pasaran Cina telah berjaya mengesahkan penyelesaian hujung-ke-hujung 5G SA," kata Jason.

"Sebagai seni bina sasaran bagi rangkaian 5G, rangkaian 5G SA akan membantu pengendali membuka pasaran 2B yang baharu. Dengan menjual penghirisan rangkaian jaminan SLA yang berbeza kepada industri-industri vertikal, pengendali akan memperoleh sumber pendapatan baharu," tambah Jason. Beliau percaya bahawa proses mempercepatkan evolusi kepada rangkaian SA malah beralih terus kepada mereka nampaknya kini merupakan pilihan yang wajar.

"Dengan pengalaman yang luas dalam menggunakan penyelesaian 5G SA di China, Asia dan Eropah, ZTE berkedudukan baik untuk bekerjasama dengan pengendali global dan menyediakan mereka dengan 5G common Core, rangkaian radio SA atau rangkaian radio SA/NSA hibrid," kata Alex Wang, Pengarah Urusan Penyelesaian 5G RAN di ZTE.

ZTE telah meningkatkan liputan dan kapasiti rangkaian 5G SA melalui FAST (FDD Assisted Super TDD) dan meningkatkan lagi keupayaan berdasarkan kependaman yang rendah, pengkomputeran pinggir mudah alih, penghirisan rangkaian dan perkongsian rangkaian, menurut Alex Wang.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Syarikat ini komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news