omniture

Ivanti Wavelink Jalin Kerjasama dengan Manhattan Associates Sokong Pengaktifan Suara untuk Gudang dalam pasaran SEA

Ivanti
2020-07-20 08:25 499

Ivanti Speakeasy sediakan pelanggan dengan penyelesaian diaktifkan suara utama untuk meningkatkan ketepatan dan produktiviti secara berkesan kos

SINGAPURA, 20 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Ivanti Wavelink hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Manhattan Associates di Asia Tenggara (SEA) bagi menyokong pengaktifan suara dalam gudang. Menggunakan Ivanti® Speakeasy, pelanggan dalam pergudangan, pengangkutan dan logistik serta peruncitan yang memanfaatkan Sistem Pengurusan Gudang (WMS) Manhattan Associates, kini dapat mengalami pengaktifan suara yang menyokong integrasi WMS yang fleksibel, versatil dan berkesan kos, menawarkan ketepatan dan produktiviti yang lebih baik dan mudah serta pantas untuk digunakan.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Manhattan Associates dan menyokong pelanggan mereka bagi menggunakan penyelesaian pengaktifan suara kami untuk firma pergudangan, rantaian bekalan dan logistik di rantau SEA," kata Simon Storey, naib presiden kawasan APAC di Ivanti Wavelink. "Dengan Ivanti Speakeasy, kami menyediakan pelanggan bersama kami dengan penyelesaian diaktifkan suara yang terbaik untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan dalam masa yang sama meningkatkan ketepatan serta keselamatan dalam rantaian bekalan."

Direka bentuk untuk mempercepatkan pemodenan dalam persekitaran pergudangan dan rantaian bekalan, Ivanti Speakeasy ialah cara yang pantas dan mudah untuk menambah fungsi suara pada sebarang aplikasi.

Beberapa manfaat dan ciri-ciri Speakeasy termasuk:

  • Integrasi mudah dengan hampir semua penyelesaian WMS. Ivanti Speakeasy membantu menghapuskan pemasangan dan integrasi ciri-ciri suara termaju yang intensif, memakan masa dan biasanya mahal ke dalam WMS.
  • Penggunaan Mudah dan Pantas. Ivanti Speakeasy melanjutkan suara ke emulasi terminal atau aplikasi web dan membolehkan gudang untuk menggunakan suara pada komputer mudah alih sedia ada.
  • Latihan Pekerja yang Ringkas. Ivanti Speakeasy ialah penyelesaian suara bebas yang terbukti dan sedia digunakan dan boleh mengecam suara tanpa memerlukan sebarang masa dan kos latihan terlebih dahulu.
  • Kefleksibelan dan Keserbagunaan. Ivanti Speakeasy berfungsi dengan telnet dan aplikasi web merentas pelbagai sistem operasi Windows dan Android.
  • Berbilang mod. Dengan Ivanti Speakeasy, pemilih boleh beralih antara mod arahan suara dan pada skrin, memberikan mereka kefleksibelan untuk memilih input suara atau sentuhan, yang juga dapat meningkatkan keselamatan.
  • Bertutur Bahasa Produktiviti Global. Ivanti Speakeasy dapat mengenali tindak balas lisan pengguna dalam pelbagai bahasa, tanpa mengira loghat.

"Di Manhattan Associates, perisian, teknologi platform dan pengalaman kami yang tiada tandingan membantu mendorong pertumbuhan jualan kasar dan keuntungan bersih untuk pelanggan kami di rantau ini," kata Richard Wright, pengarah urusan, SEA di Manhattan Associates. "Jalinan kerjasama dengan Ivanti akan menyokong kami selanjutnya dalam komitmen kami untuk membawakan pelanggan kami dengan pengalaman integrasi teknologi yang lancar.

"Sebagai penyedia bagi penyelesaian awan dan WMS atas-premis termaju, Manhattan Associates sentiasa berusaha ke arah membantu syarikat-syarikat di rantau ini menggunakan rantaian bekalan dan penyelesaian omnisaluran untuk meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan keuntungan. Dengan bekerjasama erat bersama Ivanti Wavelink, kami boleh memastikan agar pelanggan dapat mendapat manfaat dengan cepat daripada pemodenan gudang mereka bersama Speakeasy dan suara."

Latar Belakang Manhattan Associates
Manhattan Associates ialah peneraju teknologi bagi rantaian bekalan dan perdagangan omnisaluran. Kami menghimpunkan maklumat merentas perusahaan, menyatukan jualan bahagian depan dengan pelaksanaan rantaian bekalan bahagian belakang. Perisian, teknologi platform dan pengalaman kami yang tiada tandingan membantu mendorong pertumbuhan jualan kasar mahupun keuntungan bersih untuk pelanggan kami. Manhattan Associates mereka bentuk, membina dan menyampaikan penyelesaian awan dan atas premis termaju agar di seluruh kedai, melalui rangkaian anda atau daripada pusat pemenuhan pesanan, anda bersedia untuk meraih ganjaran daripada pasaran omnisaluran.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.manh.com.

Ivanti Wavelink
Unit perniagaan Ivanti Wavelink membantu organisasi memanfaatkan teknologi moden dalam gudang dan dalam seluruh rantaian bekalan untuk meningkatkan penyampaian tanpa mengubah suai sistem bahagian belakang. Syarikat ini turut menyatukan IT dan Operasi Sekuriti untuk mengurus dan melindungi tempat kerja digital dengan lebih baik. Bermula daripada komputer peribadi (PC) kepada peranti mudah alih, VDI dan pusat data, Ivanti menemui aset IT atas premis dan dalam awan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan IT dan mengurangkan risiko dengan pandangan dan pengautomatan. Ivanti beribu pejabat di Salt Lake City, Utah dan mempunyai pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ivanti.com/wavelink dan ikuti@GoIvanti.

Hak cipta © 2020, Ivanti.  Hak cipta terpelihara.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/613276/IvantiLogo_Logo.jpg?p=medium600

Source: Ivanti
Related Links:
Keywords: Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements