omniture

OctaFX menentang penipuan dalam pasaran Forex

OctaFX
2020-07-20 09:00 588

KINGSTOWN, St Vincent dan Grenadines, 20 Julai 2020 /PRNewswire/ -- OctaFX merupakan broker dalam talian antarabangsa yang membekalkan perkhidmatan dagangan di seluruh dunia sejak sembilan tahun yang lalu. Kebelakangan ini, mereka telah mendapati bawa terdapat pertambahan dalam jumlah penipu yang cuba mengaitkan diri dengan syarikat ini dan mendapatkan dana pedagang secara haram.

Laman-laman web palsu ini agak sukar dikenal pasti dengan hanya sekilas pandang. Ada antara individu yang tidak bertanggungjawab yang mula mendapatkan sijil keselamatan dan menggunakan domain .com mereka sebagai domain tahap tertinggi, yang menyukarkan pedagang untuk mengenal pasti apa-apa perkara yang mencurigakan apabila melihat pada bar alamat berkenaan.

Satu cara untuk pedagang mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan oleh pengajuk OctaFX ini adalah dengan memerhatikan nama domain itu sendiri. Broker ini ingin memberi amaran kepada klien mereka mengenai peningkatan dalam bilangan laman web dan akaun media sosial palsu yang menggunakan pelbagai bentuk jenama OctaFX. Pihak syarikat turut menekankan bahawa segala urusan hanya sah di bawah jenama rasminya sahaja.

Klien OctaFX perlu memberi perhatian terhadap kaedah pemprosesan pembayaran. Broker ini hanya memproses pembayaran yang dilakukan menerusi profil klien di laman web rasmi atau melalui Aplikasi OctaFX Trading dan OctaFX Copytrading.

Memerangi penipuan dalam pasaran Forex merupakan suatu usaha yang sukar dan memerlukan sokongan daripada semua pihak. OctaFX sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan laman web dan akaun media sosial palsu ini dibanteras. Pasukan itu turut memberitahu kami bahawa usaha itu akan menjadi lebih sukar tanpa bantuan daripada komuniti pedagang. OctaFX amat berterima kasih kepada para pedagang yang tidak berhenti melaporkan laman web dan akaun palsu yang cuba memperdayakan penggunanya.

Tentang OctaFX

OctaFX merupakan sebuah broker Forex yang membekalkan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak tahun 2011. Ia turut menawarkan pengalaman dagangan tercanggih kepada lebih daripada dua juta akaun dagangan. OctaFX telah meraih lebih daripada 20 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah Broker ECN Terbaik 2020 oleh World Finance. Syarikat ini terkenal atas aktiviti sosial dan usaha amal yang dilakukannya. Ia turut menganjurkan kempen promosi di peringkat global dan tempatan dengan ganjaran wang tunai dan produk yang bernilai.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1195822/OctaFX_Logo.jpg?p=medium600

Contact:
marketing@octafx.com
+34-691-370-613

Source: OctaFX
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Public Safety Financial Technology