omniture

Model bank digital-penuh CIMB di Filipina bakal capai pertumbuhan deposit 500% pada 2020

CIMB Bank Philippines
2020-07-24 21:21 487

MANILA, Filipina, 24 Julai 2020 /PRNewswire/ -- CIMB Bank Philippines meramalkan kenaikan deposit sebanyak 500% menjelang akhir tahun, susulan lonjakan purata tunai bagi setiap pelanggan sebanyak 160% yang dilaporkan pada suku kedua tahun 2020.

Perolehan pelanggan CIMB meningkat sepanjang bulan April hingga Jun, dengan peningkatan deposit yang ketara, membolehkan bank ini untuk melepasi sasaran deposit tahun 2020nya yang telahpun dilakukannya. Melonjak semasa tempoh kuarantin komuniti negara ini, CIMB menyaksikan pertumbuhan dalam pembukaan akaun simpanan dan permohonan pinjaman peribadi. Ia juga menjangkakan untuk melepasi sasaran awal sebanyak empat juta pelanggan dan kini menyasarkan lima juta dalam tahun hadapan.

Pada Jun lalu, CIMB mencatatkan pelepasan pinjaman bulanannya yang tertinggi. Lima puluh satu peratus pemohon pinjaman yang berjaya merupakan peminjam kali pertama, manakala 98% dengan pinjaman belum jelas menyatakan kesediaan untuk memohon pinjaman bersama mereka lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank Philippines Vijay Manoharan berkata, "Sebagai bank digital yang paling banyak menerima anugerah di negara ini, kami menyedari bahawa kami berkedudukan unik untuk menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian yang boleh diakses, terutamanya dalam tempoh ini yang mana penerimaan digital adalah perlu untuk individu dan perniagaan."

"Penembusan kami ke dalam pasaran Filipina sentiasa bertujuan untuk memenuhi keperluan mereka yang terabai tatkala kami menyasarkan untuk mengubah landskap perbankan di negara ini," kongsi beliau. "Cabaran yang dicetuskan oleh pandemik ini terhadap kami hanya mendorong kami untuk melakukan lebih lagi ketika kami terus mencari jalan untuk menyokong pelanggan kami menerusi komitmen kami untuk memimpin warga Filipina menuju kebebasan kewangan."

Manoharan berkongsi bahawa keberkesanan model perbankan platform mereka membolehkan pemegang akaun untuk mengharapkan pelancaran lebih banyak perkongsian dalam beberapa bulan akan datang bagi membawa lebih nilai dan faedah buat pelanggan.

Latar Belakang CIMB 

CIMB Bank Philippines ialah sebuah bank berciri digital sepenuhnya yang mengutamakan mudah alih dan menerima pelbagai anugerah yang dapat mendaftar lebih 2,500,000 pelanggan sejak tahun pertama operasi mereka; dan yang berpeluang merangkul 12 anugerah termasuk Bank Pengguna Digital Terbaik Global Finance dan Bank Digital Terbaik Asian Banker.

CIMB Bank Philippines merupakan sebahagian daripada CIMB Group, salah sebuah bank yang terkemuka di ASEAN dan berada dalam lebih 16 pasaran global. Dengan penubuhan CIMB Bank Philippines, CIMB berupaya untuk melanjutkan jangkauannya dan mentransformasikan pengalaman perbankan warga Filipina. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi kami di www.cimbbank.com.ph atau klik suka di Facebook dan ikuti kami di Instagram @CIMBBankPH. Muat turun aplikasi CIMB Bank PH di gedung Apple & Google Play hari ini.

 

Source: CIMB Bank Philippines
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Sales reports