omniture

Cinta Laura Kiehl dari Sony Music Lancar Video Tarian Baru, "Cloud 9" dengan Mesej Hebat Mengenai Pemerkasaan Diri

Berikutan kejayaan kemasyhurannya di media sosial, video tarian yang menarik itu kini boleh dicapai oleh penonton global
Sony Music Entertainment Indonesia (SMEI)
2020-07-28 16:19 571

JAKARTA, Indonesia, 28 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Penyanyi terkemuka Indonesia dari Sony Music Entertainment Indonesia (SMEI), Cinta Laura Kiehl, melancarkan video tarian rasminya "Cloud 9" kepada penonton global. Beberapa bulan sebelum pelancaran rasmi ini, lagu bertempo pantas dan rentak goyang-pinggul ini telah menjadi viral di media sosial seperti Tiktok dan Instagram melalui #Cloud9Challenge. Lagu bernada menarik ini menggabungkan cinta penyanyi terhadap genre muzik tarian, dan menunjukkan pengaruh kuat dari pop Latin, muzik reggae dan dancehall.

 

 

Cinta Laura, Indonesia's multi-talented artist.
Cinta Laura, Indonesia's multi-talented artist.

SMEI dengan gembiranya memperkenalkan Cinta Laura Kiehl, penyanyi dengan pelbagai bakat dan tokoh masyarakat terkemuka di pasaran antarabangsa melalui kejayaan video tariannya, "Cloud 9". Sebagai seorang pelakon, beliau mendapat sanjungan di peringkat antarabangsa setelah memenangi anugerah Pelakon Wanita terbaik di HBO Latino Awards 2019 kerana peranannya dalam filem "Goodnight".

Untuk lagu ini, Cinta telah menulis runut lagu bersama Moa Carlebecker Forsell dan Olof Lindskog, yang kedua-duanya pernah bekerja dengan superstar K-pop, Red Velvet dan BTS  sebelumnya. Video tarian yang menakjubkan itu diarahkan oleh koreografer antarabangsa terkemuka Sandree Ha.

"Lagu ini diciptakan untuk memotivasi pendengar di seluruh dunia bagi mencari kebahagiaan dalam diri mereka. Apabila kita belajar menerima dan merasa yakin terhadap diri kita sendiri, kita akan pergi lebih jauh," kata Cinta.

"Cloud 9" mencerminkan keghairahan Cinta terhadap muzik Amerika Latin dan Caribbean, serupa dengan karya sebelumnya "Caliente" dan "Vida". Tidak seperti penghasilan video muzik yang biasa, projek "Cloud 9" mempamerkan koreografi tarian yang unik dan dinamik di sepanjang video, menggabungkan banyak tenaga dan pergerakan pinggul. Video ini ialah video tarian yang direka untuk disatukan dengan kempen media sosial terdahulu, dan juga menarik peminat baharu untuk menyertai #Cloud9Challenge dan mengembangkan karyanya ke pentas global.

"Kami optimis bahawa "Cloud 9" akan memberi rasa kesegaran kepada penontonnya dan juga peminat tarian di seluruh dunia. Menggabungkan kejayaan kempen media sosial dengan nada menarik dan pergerakan dinamik, tujuan kami adalah untuk mencetuskan rasa ingin tahu bagi mengetahui siapakah artis di sebalik karya itu. Pada akhirnya, kami mengajak penonton di seluruh dunia untuk meraikan kehidupan dengan karya ini," kata Muhammad Soufan, Pengurus Besar SMEI.

Latar belakang global Sony Music
https://www.sonymusic.com/

Latar belakang Cinta Laura Kiehl
Instagram:https://www.instagram.com/claurakiehl/
Twitter:https://twitter.com/xcintakiehlx
Faceook:https://www.facebook.com/CintaLaura.OfficialPage/
Youtube:https://www.youtube.com/channel/UC8viE0Ajiq6VGiXE3zkM9gA

Latar belakang Video Tarian Rasmi Cloud 9
https://www.youtube.com/watch?v=mS5DN_sU-Ds

Video - https://cdn5.prnasia.com/video/20200727_SMEI.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200727/2867848-1?lang=0

 

Source: Sony Music Entertainment Indonesia (SMEI)
Keywords: Entertainment Music New products/services