omniture

En. Anil Jaggia, Bekas Ketua Pegawai Maklumat, HDFC Bank, sertai Cloud4C - Syarikat CtrlS, sebagai Penasihat Strategik

Cloud4C
2020-08-03 11:42 456

Beliau akan memainkan peranan penting dalam mereka bentuk penyelesaian teknologi pintar dan cerdas yang inovatif untuk sektor Perbankan

SINGAPURA dan HYDERABAD, India, 3 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- En. Anil Jaggia, bekas Ketua Pegawai Maklumat, HDFC Bank, dan seorang veteran teknologi telah menyertai Cloud4C - sebuah syarikat CtrlS, sebagai penasihat strategik untuk amalan perbankan. Beliau akan bekerjasama erat dengan pasukan kepemimpinan organisasi dengan fokus utama untuk mendayakan projek transformasi perbankan besar pada Cloud, DevOps, Automasi, dan membantu bank dalam perjalanan transformasi digital mereka. Beliau merupakan lulusan pengurusan dari IIM Ahmedabad dan memegang ijazah kejuruteraan dari IIT Kanpur. Beliau mempunyai pengiktirafan yang mantap dan membawa lebih daripada 30 tahun pengalaman yang beraneka dalam pelbagai perkhidmatan kewangan, perniagaan dan strategi IT.

Anil_Jaggia
Anil_Jaggia

Terdahulu, dalam tahun 2008, En. Anil Jaggia - pemimpin teknologi yang sangat dihormati dan berwawasan di sektor perbankan - telah mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pegawai Maklumat HDFC Bank dan memainkan peranan penting dalam transformasi digital bank dan membawa kepada kedudukan kepemimpinan yang disegani. Beberapa inisiatif utama yang diambil olehnya di HDFC Bank adalah berkisarkan transformasi teras, gudang data, Analitik, Perbankan Digital, Kesinambungan Perniagaan, bersama dengan tanggungjawab tambahan untuk memimpin Majlis Penyelarasan untuk Keterangkuman Kewangan (FI) dan Perbankan Lestari Mata Pencarian Mapan (SLB). Sebelum menyertai HDFC Bank, beliau ialah Ketua Pegawai Operasi Centurion Bank of Punjab Limited, selama empat tahun. Sebelum ini, En. Jaggia bekerja selama lebih 18 tahun dengan Citibank di Chicago, New York, Singapura, Mumbai dan Kolkata.

En. Anil Jaggia berkata, "Saya gembira dapat menyertai Cloud4C sebagai Penasihat Strategik. Dunia perbankan kini bergerak secara strategik daripada perbankan fizikal kepada perbankan tanpa kontak. Masa depan adalah di mana semuanya akan berkomunikasi melalui internet semua benda untuk mencari dan melibatkan pelanggan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, teknologi sosial, analitik dan teknologi penyimpanan dan pengkomputeran yang cekap." Katanya lagi, "Saya tidak sabar untuk bekerjasama secara aktif dan erat dengan pasukan kepemimpinan Cloud4C untuk membina penyelesaian teknologi perbankan yang inovatif, alaf baharu, kolaboratif, tangkas, terbuka, selamat, cepat disesuaikan dan pematuhan peraturan untuk membantu sektor perbankan merangkumi masa depan digital."

Perbankan digital ialah masa depan kerana produk dan perkhidmatan perbankan akan disampaikan melalui aplikasi mudah alih, diproses melalui API, dan disampaikan melalui semua saluran internet yang menjadikan perbankan maya satu kenyataan. Pasaran Perbankan Digital seluruh dunia diunjurkan mencapai $500 bilion menjelang tahun 2027 dengan pangkalan pengguna digital seramai 4 bilion. Cloud4C dengan kehadirannya di 50 lokasi merentas 25 negara merancang untuk melayani 25,000 bank di seluruh dunia melalui awan komuniti perbankannya dan penyelesaian teknologi perbankan era baharu yang lain yang digabungkan dengan perkhidmatannya awam pintar terurus. Syarikat hari ini melayani 60 syarikat multinasional global Fortune 500 dan lebih 20 bank dengan pematuhan peraturan peringkat global seperti garis panduan GDPR di Eropah garis panduan RBI di India antara lainnya.

En. Sridhar Pinnapureddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cloud4C Services, mengatakan, "Saya sangat gembira menyambut En. Anil Jaggia, seorang veteran industri perbankan berpengalaman yang membawa pengalaman mendalam dalam penyelarasan perniagaan-IT, inovasi dalam strategi IT di sektor perbankan. Saya mengucapkan selamat datang memasuki keluarga Cloud4C. Beliau menambah, "En. Anil akan memainkan peranan penting dalam membentuk penyelesaian teknologi zaman baharu kami untuk sektor perbankan karena perbankan semakin tersemat dan berada di mana-mana."

Latar Belakang Cloud4C

Cloud4C ialah penyedia Perkhidmatan Terurus Awan terkemuka di dunia dan penasihat yang dipercayai kepada 4,000 pelanggan di 25 Negara dan 50 lokasi termasuk 60 daripada Multinasional Global Fortune 500. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan awan (awam, swasta, hibrid) dan komuniti awan (Clouding Community Banking, SAP Community Cloud), migrasi awan pada pengskala-hiper seperti AWS, Microsoft Azure, Google Cloud, perkhidmatan terurus awan pintar hujung ke hujung, perkhidmatan pemulihan bencana, perkhidmatan keselamatan terurus dan membantu perniagaan mematuhi undang-undang kedaulatan data yang ketat di negara masing-masing.

Syarikat ini merancang untuk memperluas jejak geografinya ke 80 negara dan 160 lokasi di seluruh dunia dalam 36 hingga 48 bulan akan datang.

www.cloud4c.com 

Hubungan Media:
B.S. Rao
Naib Presiden dan Ketua Global (Perhubungan Awam dan Komunikasi)
Cloud4C Services
bsrao@cloud4c.com
www.cloud4c.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1198268/Cloud4C_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1221845/anil_jaggia.jpg?p=medium600

 

Source: Cloud4C
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements