omniture

JA Solar Bekalkan Modul untuk Projek Dwimuka-Berserta-Penjejak Pertama Malaysia

JA Solar Technology Co., Ltd
2020-08-04 03:42 781

BEIJING, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, JA Solar mengumumkan bahawa ia membekalkan modul dwikaca dwimuka 43.8MW untuk projek solar pertama Malaysia yang menggabungkan modul dwikaca dwimuka dengan penjejak. Projek ini dijangka dapat menjana 74 juta kWj kuasa elektrik setahun sebaik sahaja mula beroperasi.

Dilaburkan oleh Halpro Engineering, satu usaha sama antara pemaju Jerman, EPC Greencells Group dan rakan kongsi tempatan mereka Majulia, projek berkenaan tergolong dalam program Solar Berskala-Besar (LSS) pusingan kedua Malaysia. Menggabungkan teknologi sel dwimuka yang berkecekapan tinggi dengan struktur dwikaca yang kuat, modul dwikaca dwimuka ini mempunyai kuasa menjana tenaga elektrik dari bahagian belakangnya, dengan penilaian kuasa yang dapat mencecah lebih 70% daripada bahagian hadapannya. Modul ini berupaya untuk meningkatkan pulangan pelaburan dengan berkesan melalui peningkatan kapasiti penjanaan kuasanya, prestasi penyinaran yang rendah dan prestasi rintang PID, walaupun dalam keadaan yang mencabar (seperti padang pasir, tepi laut dan sebagainya) serta keadaan cuaca melampau (termasuk suhu tinggi, kelembapan tinggi dan sebagainya). Menggabungkan modul berkecekapan tinggi dengan penjejak, projek ini dijangka memperoleh hasil tenaga yang malah lebih tinggi dan lebih pulangan untuk pelabur.

Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "Telahpun menubuhkan tapak pembuatan di Malaysia pada tahun 2015 dan membekalkan modul untuk beberapa projek berskala besar dalam pasaran tempata, JA Solar aktif mengukuhkan kehadirannya dalam mempromosikan teknologi baharu untuk membantu pelanggan tempatan mengurangkan LCOE dan meningkatkan pulangan pelanggan. Pada masa akan datang, JA Solar akan terus mempromosikan aplikasi teknologi canggih untuk mendorong pembangunan pasaran fotovolta di Malaysia dan semua negara Asia Tenggara yang lain."

Source: JA Solar Technology Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities