omniture

Herbalife Nutrition Lancar Masker Muka Vitamin untuk Kulit yang Cantik, Sihat

Diformulasikan dengan campuran proprietari, termasuk kompleks 12 Vitamin, Pokok Lidah Buaya, Garam Laut Jeju dan Ekstrak Beras Jeju
Herbalife Nutrition Asia Pacific
2020-08-10 15:49 1015

HONG KONG, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat pemakanan global yang ulung, Herbalife Nutrition, hari ini memperkenalkan siri Masker Muka Vitamin baharunya untuk 13 pasaran di Asia Pasifik, termasuk Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan Taiwan, dan Thailand.

Herbalife Nutrition Vitamin Mask series comprises three variants to cater to different skin needs.
Herbalife Nutrition Vitamin Mask series comprises three variants to cater to different skin needs.

Sebagai penambahan baharu kepada rangkaian produk nutrisi luaran Syarikat tersebut, siri Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition menawarkan kepingan masker muka dalam tiga varian -- Pelembap, Pencerah dan Penegang -- bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza. Setiap masker muka diformulasikan dengan campuran vitamin proprietari yang unik termasuk kompleks 12 Vitamin, Pokok Lidah Buaya, Garam Laut Jeju dan Ekstrak Beras Jeju, bagi membantu pengguna memperoleh kulit yang cantik dan sihat.

Vitamin merupakan unsur semula jadi dalam kulit manusia dan merupakan sebahagian daripada sistem yang melindungi kulit daripada tekanan persekitaran. Dengan Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition, pengguna di Asia Pasifik dapat merasai kelembapan kulit yang bertahan lama, keanjalan kulit yang lebih baik dan keserian kulit yang dipertingkatkan.

Masker Muka Vitamin Pelembap

Diformulasikan dengan campuran proprietari asid hialuronik tiga kali ganda, protein avokado terhidrolisis dan Ekstrak Centella Asiaticamasker muka ini memberi kesan pelembap yang bertahan sepanjang hari, menjadi kulit yang kelihatan lebih terhidrat, lembap dan lebih lembut.

Dalam satu kajian keberkesanan, 90% daripada subjek menyatakan bahawa kulit mereka terasa lebih terhidrat dan lebih lembut hanya selepas sekali penggunaan Masker Muka Vitamin Pelembap.

Masker Muka Vitamin Pencerah

Masker Muka Vitamin Pencerah diformulasikan untuk pengguna yang memiliki kulit yang normal atau kusam yang inginkan rangsangan keserian tambahan. Diperkaya dengan Vita-Glow Complex -- campuran proprietari Niasinamida, Adenosina, Pearles Rosée dan Omija Peptida -- masker muka ini dapat membantu menyokong keserian dan kecerahan kulit.

Masker Muka Vitamin Penegang

Bagi mereka yang memiliki tekstur kulit yang normal, kering atau kasar, Masker Muka Vitamin Penegang dapat membantu menegangkan dan menyihatkan kulit. Ia merupakan masker muka yang kaya dengan serum dengan Vita-Lift Complex – campuran proprietari Niasinamida, Adenosina, Biji Lupin dan Ekstrak Ginseng Hitam. Seperti Masker Muka Vitamin Pencerah, Masker Muka Vitamin Penegang menyokong ketegangan dan keanjalan kulit serta membekalkan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita.

Siri Masker Muka Vitamin Herbalife Nutrition akan tersedia di pasaran-pasaran terpilih di seluruh Asia Pasifik mulai awal Ogos tahun ini dan akan diperkenalkan secara berperingkat di pasaran-pasaran Asia Pasifik lain menjelang suku kedua tahun 2021.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat bertaraf global yang telah mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan yang terbukti untuk ahli bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang berkualiti tinggi dan disokong oleh sains, dijual di lebih 90 negara oleh ahli yang menjadi usahawan yang memberi bimbingan secara peribadi dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. Melalui kempen global Syarikat ini yang bertujuan untuk membasmi kelaparan, Herbalife Nutrition turut komited untuk membawakan nilai pemakanan dan pendidikan kepada masyarakat di serata dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200806/2878427-1?lang=0

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services