SYDNEY, 24 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Self Care Corporation, pengeluar freezeframe jenama penjagaan kulit klinikal No.1 Australia, hari ini mengumumkan kerjasama baru bersama DCH Auriga yang berpangkalan di Hong Kong, sebuah syarikat dengan sejarah yang membanggakan dalam memperkaya kehidupan dengan menghubungkan pengguna Asia dengan produk dari syarikat sains hayat terkemuka di dunia.
Berkuat kuasa serta-merta, perjanjian itu memberi DCH Auriga hak eksklusif untuk mengedarkan produk freezeframe di Hong Kong, dan menandakan kemasukan rasmi pertama ke saluran runcit Hong Kong. Perjanjian itu juga memberi DCH Auriga hak untuk menjual produk freezeframe melalui penjualan dalam talian.
"Populariti kami di tanah besar China, digabungkan dengan kepakaran jaringan dan pengurusan DCH Auriga akan memperkuatkan kehadiran kami di pasaran Asia. Oleh kerana penemuan produk freezeframe palsu di pasaran, kami pertimbangkan banyak rakan pengedar dan merasa yakin bahawa prinsip etika dan keupayaan pasaran terkemuka Auriga akan membantu kami berkembang dengan yakin di Hong Kong dan Asia, memastikan pelanggan dan jenama kami selamat", kata Sonia Amoroso, Ketua Pegawai Eksklusif.
Pelantikan ini merupakan langkah penting bagi jenama ini setelah terdedahnya jaringan pemalsuan di Hong Kong dan tanah besar China.
Self Care telah menamatkan hubungannya yang terbatas dengan Freezeframe Co., Limited, dan Freezeframe Co., Limited tidak mempunyai kebenaran untuk menjual produk freezeframe, atau untuk memberi kebenaran kepada pihak lain untuk mengedarkan freezeframe. Self Care belum membekalkan produk freezeframe kepada Freezeframe Co., Limited atau mana-mana syarikat bersekutu termasuk Freezeframe China Co Pty Ltd sejak Mac 2019. Akibatnya, produk freezeframe dibekalkan oleh Freezeframe Co., Limited atau syarikat atau platform yang mengakui mendapat kelulusan oleh Freezeframe Co., Limited tidak mungkin menjual produk freezeframe asli yang berasal dari Self Care di Australia.
Perintah Mahkamah Sementara telah diberikan di Australia terhadap Freezeframe China Co Pty Ltd dan syarikat serta individu lain yang berkaitan dengan Freezeframe Co. Limited, yang menghalang mereka untuk terus membekalkan produk freezeframe. Perintah Mahkamah ini telah dilaksanakan sejak 25 Oktober 2019 dan masih diteruskan.
Kerjasama baru dengan DCH Auriga akan memastikan pembekalan produk "freezeframe" asli, termasuk krim mata jualan nombor 1 di Australia "freezeframe" REVITALEYES dan produk popular BREAST ENHANCER, TUMMY TUCK dan LASH PRESCRIPTION, ke kedai runcit Hong Kong dan dalam talian.
Satu-satunya cara untuk memastikan produk freezeframe yang sahih adalah dengan membeli daripada rakan pengedar Self Care yang dipercayai. Pautan boleh didapati di www.freeze-frame.com dan www.freezeframe.com.cn., Akaun sosial rasmi Weibo: freezeframe医学美容护肤 atau WeChat: freezeframe芙日菲
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638431-1LOGO?lang=0