omniture

XCMG Sumbang Pengorek untuk Inisiatif Bantuan Banjir di seluruh China

XCMG
2020-08-31 23:46 518

XUZHOU, China, 31 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Musim banjir pada musim panas ini mengakibatkan kacau bilau di seluruh China terutamanya di wilayah-wilayah Sichuan, Qinghai, Gansu, Yunnan, Jiangxi, Jiangsu dan Hubei. Sebagai respons, pengeluar jentera pembinaan terkemuka, XCMG (SZ:000425) dengan aktifnya telah menyediakan bantuan yang tepat pada masanya di kawasan-kawasan bencana kepada operasi menyelamat kecemasan.

XCMG Contributes Excavators to Flood Relief Initiatives across China.
XCMG Contributes Excavators to Flood Relief Initiatives across China.

Pada 8 Julai, XCMG menghantar dua pengorek XE200DA dengan segera ke Desa Yuanshan di Bandar Dahe, Daerah Huangmei, Bandar Huanggang di Wilayah Hubei sebagai respons kecemasan kepada penyelamatan tanah runtuh. Disebabkan oleh kuantiti serpihan yang banyak di lokasi, pengorek yang lebih kecil tidak boleh mengatasinya. XCMG mengumpulkan pasukan perkhidmatan di lokasi dan kesemua sembilan orang yang terputus hubungan semasa tanah runtuh telah diselamatkan dan lebih daripada 40 penduduk kampung dipindahkan ke tempat yang selamat.

Hujan lebat selama beberapa hari di Mukim Hukou di Bandar Jiujiang, Daerah Jiangxi menaikkan paras air Tasik Poyang dan Sungai Yangtze yang menyebabkan peresapan tebing. Pada 12 Julai, XCMG menghantar enam pengorek yang bekerja sepanjang masa untuk menyiapkan tambak setinggi 1 meter dan sepanjang 13,527 meter. Hasilnya, taman perindustrian yang terjejas oleh banjir dapat meneruskan pengeluaran dan operasi.

Semasa musim banjir 2020, XCMG mengambil bahagian dalam beberapa operasi bantuan bencana dan menyelamat di seluruh China, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Menghantar 20 pengorek untuk melakukan pembaikan jalan dengan segera di Bandar Longnan di Daerah Gansu sejak 22 Ogos;
  • Menghantar pengorek ke Mukim Pengze di Wilayah Jiangxi, satu daripada Kawasan yang paling teruk terjejas, untuk mengukuhkan dan menaikan paras tebing Tasik Fang setinggi 60 sentimeter untuk menguruskan situasi berbahaya dengan berkesan;
  • Di Bandar Yangtan di Bandar Guangde, Anhui, pelanggan En. Wang memandu pengorek XE200DA untuk membersihkan jalan sungai dan jalan raya yang dikorek untuk memastikan operasi menyelamat susulan.

XCMG merancang protokol bantuan gempa bumi dan bencananya dalam tahun 2017, mengikuti prinsip kepimpinan bersatu, pengurusan local, maklumbalas pantas, dan pengumpulan dan tindakan yang selaras. Protokol ini memperincikan prosedur tindak balas kecemasarn, penugasan personel, peralatan, dan peruntukan sumber, serta kerjasama erat dengan peniaga dan pelanggan tempatan yang boleh menyediakan penyewaan peralatan dan sokongan segera sebagai sumber sokongan.

Setakat 22 Ogos, lebih daripada 20 pelanggan XCMG telah mengerahkan pengorek untuk menyumbang kepada penyelamatan dan bantuan di wilayah yang terjejas, melaksanakan tugas yang termasuk mengorek sungai, pembinaan jalan kampung, meruntuhkan bangunan-bangunan usang dan membersihkan sampah.

"XCMG prihatin dan menyedari tanggungjawab kami ketika negara berada dalam situasi yang sukar dan nyawa dan harta benda rakyat terancam. Kami komited untuk menyokong mereka di kawasan bencana dengan tindakan yang praktikal," kata Wang Min, pengerusi XCMG.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah syarikat pengeluar jentera berat multinasional dengan sejarah selama 77 tahun. Ia kini berada di kedudukan keempat dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih daripada 187 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau laman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200828/2902254-1?lang=0

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Transportation