omniture

IntSights Percepat Pengembangan di Asia Pasifik

IntSights
2020-09-08 09:30 460

SINGAPURA, 8 September 2020 /PRNewswire/ -- IntSights, syarikat kecerdasan ancaman yang memberi tumpuan bagi mendayakan perusahaan untuk Defend Forward™, hari ini mengumumkan komitmennya untuk memajukan strategi perniagaan serta pertumbuhannya di Asia Pasifik. Didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan ancaman siber, IntSights merancang untuk memperluaskan lagi jaringan rakan kongsi, operasi dan keupayaan sokongannya bagi melanjutkan Suit External Threat Protection (ETP) syarikat untuk perusahaan di seluruh rantau berkenaan.

Berpangkalan di ibu pejabat Asia Pasifiknya di Singapura dengan kehadiran di Hong Kong dan Jepun, perniagaan serantau IntSights disokong oleh pasukan pakar yang semakin berkembang bermula daripada penjualan dan prapenjualan kepada kejuruteraan sistem, saluran dan kejayaan pelanggan. Syarikat ini mengukur pemerolehan pelanggan melalui jaringan rakan kongsi salurannya yang luas termasuk penyepadu sistem global (GSI), penyedia perkhidmatan keselamatan terurus (MSSP), pengedar dan penjual semula.

"Ketika perusahaan di Asia Pasifik memperluaskan jejak digital mereka untuk berhubung dengan audiens mereka, mereka semakin sedar akan keperluan untuk membendung kerentanan daripada ancaman siber yang berasal dari persekitaran luar," kata Michael Tan, pengarah jualan rantau Asia, IntSights. "Menerusi pengembangan kami yang selanjutnya, kami berusaha untuk memaksimumkan kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi dan melengkapkan lebih banyak organisasi dengan kecerdasan ancaman yang boleh diambil tindakan yang akan memperkasa mereka untuk mengenal pasti, berlindung dan menghapuskan ancaman dengan proaktif."

Pelanggan global IntSights mencakupi pelbagai sektor termasuk kerajaan, e-dagang, rawatan kesihatan dan kewangan. Di Asia Pasifik, syarikat ini merangkumkan syarikat insurans global terkemuka, syarikat e-dagang terkenal dan beberapa penyedia telekomunikasi dan bank yang terbesar di Asia Tenggara, antara logo-logo baharunya.

"Di Jepun, lebih banyak syarikat mencari IntSights untuk penyelesaian kecerdasan siber kami yang komprehensif," kata Koichi Iwasaki, pengurus negara Jepun, IntSights. "IntSights membolehkan mereka melihat risiko-risiko tertentu yang dihadapi oleh mereka dalam rangkaian luar mereka, dengan penyelesaian yang berkesan kos dan laporan mendalam. Kami akan terus menyediakan mereka dengan pengalaman pelanggan yang terbaik berserta penyelesaian kecerdasan ancaman yang berkesan dan boleh diakses."

"Asia Pasifik merupakan pasaran yang penting untuk IntSights memandangkan semakin banyak organisasi yang tercari-cari penyelesaian kecerdasan siber generasi seterusnya bagi menyediakan perlindungan yang sesuai sebelum serangan berlaku," kata Jason Thompson, Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Pemasaran, IntSights. "Pelaburan dan komitmen kami dalam pasaran Asia Pasifik adalah penting ketika kami terus memacu momentum ini dengan membawa penyelesaian keselamatan siber yang inovatif dan automatik serta meneutralkan ancaman siber dari luar persekitaran pelanggan kami."

Latar Belakang IntSights 

IntSights merevolusikan operasi keselamatan siber dengan satu-satunya platform perlindungan ancaman luar semua-dalam-satu daripada industri yang direka bentuk untuk meneutralkan serangan siber di luar lingkungannya. Keupayaan peninjauan siber kami yang unik membolehkan pemantauan yang berterusan dibuat terhadap produl digital luar perusahaan melalui web yang jelas, mendalam dan gelap bagi mengenal pasti ancaman baru muncul dan mengatur tindak balas proaktif. Kecerdasan ancaman tersuai yang lancar berintegrasi dengan infrastruktur keselamatan demi pertahanan yang dinamik telah menjadikan IntSights sebagai salah sebuah syarikat keselamatan siber yang paling pantas berkembang di dunia. IntSights mempunyai pejabat-pejabat di Amsterdam, Boston, Dallas, New York, Singapura, Tel Aviv dan Tokyo. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi: intsights.com atau berhubung dengan kami di LinkedInTwitter dan Facebook.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200818/2888254-1logo?lang=0

Source: IntSights
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Corporate Expansion