Menurut pakar kesihatan awam Majlis Kebersihan Global (Global Hygiene Council, GHC), mematuhi pendekatan berasaskan risiko untuk menjaga kebersihan di rumah adalah amat penting untuk membantu menyekat ancaman rintangan antibiotik yang semakin meningkat
LONDON, 10 September 2020 /PRNewswire/ -- Kadar rintangan terhadap antibiotik yang biasa digunakan dianggarkan boleh mencecah lebih 40-60% di sesetengah negara mulai tahun 2030.1 Dengan rintangan antimikrob (AMR) yang bakal mengorbankan 10 juta nyawa pada tahun 2050 jika tiada tindakan diambil,2 pakar GHC menyeru agar amalan kebersihan di rumah dan kehidupan seharian dikaji semula untuk memastikan ia berkesan dan sesuai ketika berdepan dengan masalah kesihatan awam kritikal yang kita hadapi sekarang, seperti AMR dan COVID-19.
Dalam Kertas Kerja Posisi baharu yang dibangunkan oleh GHC dan diterbitkan dalam American Journal of Infection Control edisi September, pakar membuktikan bahawa penjagaan kebersihan yang baik di rumah dan dalam kehidupan seharian memainkan peranan penting dalam menangani masalah kerintangan antibiotik. Tahap kebersihan yang baik menyumbang kepada penentangan terhadap AMR dalam dua cara, dengan mencegah jangkitan, lantas mengurangkan keperluan preskripsi antibiotik dan mencegah jangkitan dari satu individu ke individu yang lain yang mempunyai masalah kerintangan antibiotik.
Kertas kerja ini mengkaji semula bukti bahawa untuk mengurangkan penyebaran jangkitan di rumah dan dalam komuniti, pendekatan yang lebih tertumpu pada kebersihan berasaskan pentaksiran risiko diperlukan. Sebagai contoh, menghilangkan kuman yang menyebarkan jangkitan pada permukaan berisiko tinggi dan tangan pada setiap masa, seperti semasa menyediakan makanan dan menggunakan tandas, terbukti dapat mengurangkan penyebaran jangkitan dari satu individu ke individu yang lain. Satu kajian intervensi menunjukkan bahawa peningkatan kebersihan tangan dalam kalangan sekumpulan kanak-kanak di sebuah pusat asuhan dapat mengurangkan keperluan antibiotik bagi jangkitan pernafasan biasa pada kadar 30%.3
Seperti yang dijelaskan oleh Profesor Sally Bloomfield yang merupakan pakar kesihatan awam dan penyumbang kertas kerja; "Berbanding menjaga kebersihan rumah, kami lebih menekankan agar orang ramai dapat mengekalkan pendekatan Kebersihan Bersasar berdasarkan bukti ini di rumah dan dalam kehidupan seharian kita dengan memberikan tumpuan pada waktu dan tempat mikrob berkemungkinan tinggi merebak. Ia bertujuan bukan sahaja untuk membantu mengawal penularan koronavirus sekarang, malahan membantu menangani AMR secara berterusan."
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1196867/GHC_Logo.jpg?p=medium600