omniture

Xinhua Silk Road: Bandaraya Ningbo Timur China percepat pembinaan bandaraya pintar

Xinhua Silk Road Information Service
2020-09-17 09:50 428

BEIJING, 17 September 2020 /PRNewswire/ -- Bandaraya Ningbo Timur China, penyumbang penting kepada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan salah satu daripada bandaraya Cina yang merintis pelaksanaan pelan strategik kebangsaan untuk terus membangunkan sektor pengeluaran di China, mempercepatkan pembinaan bandaraya pintar.

Seorang pelawat bermain permainan VR melalui peranti yang dikuasakan 5G di Ekspo Bandaraya Pintar dan Ekonomi Cergas ke-10 di Ningbo, Wilayah Zhejiang timur China, 11 September 2020.
Seorang pelawat bermain permainan VR melalui peranti yang dikuasakan 5G di Ekspo Bandaraya Pintar dan Ekonomi Cergas ke-10 di Ningbo, Wilayah Zhejiang timur China, 11 September 2020.

Pada 5 Jun tahun ini, Ningbo mengeluarkan pelan tindakannya untuk mempromosi pembinaan infrastruktur baharu di sepanjang tempoh 2020-2022, menunjukkan bahawa ia akan menggunakan pengkomputeran awan, data besar, Internet Komunikasi Benda, 5G, kecerdasan buatan, dan teknologi rantaian blok di bidang-bidang seperti tadbir urus, penjagaan kesihatan, ekonomi perindustrian untuk menjadikan tadbir urus bandar dan perkhidmatan awam lebih pintar.

Bandaraya pesisir pantai ini memulakan projek otak bandaraya dengan pelaburan bernilai 460 juta yuan pada 8 Ogos. Mengutamakan pendigitalan perkhidmatan kerajaan, pemantauan penguatkuasaan undang-undang, tadbir urus sosial, perkhidmatan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, projek ini dianggap sebagai infrastruktur teras bagi tadbir urus digital, cerdas dan pintar di Ningbo.  

Bandaraya ini memberikan kepentingan terhadap pembinaan rangkaian 5G, yang merupakan asas kepada pembinaan bandaraya pintar. Setakat hujung bulan Ogos tahun ini, 9,458 stesen pangkalan 5G telah dibina di Ningbo, dengan isyarat 5G meliputi kawasan-kawasan bandar utama, pelabuhan dan teluk di seluruh bandaraya, kata Chen Chenghai, pegawai yang berkhidmat di Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Ningbo, pada sesi Ekspo Bandaraya Pintar dan Ekonomi Cerdas ke-10.

Ningbo telah membentuk sejumlah kes demonstrasi penggunaan biasa 5G ditambah dengan port cerdas, pemanduan cerdas, budaya dan pelancongan pintar, pengeluaran cerdas dan Internet perindustrian. Sebagai contoh, Pelabuhan Zhoushan Ningbo, pelabuhan tersibuk China, telah mula menggunakan teknologi 5G untuk mengawal kren sejak bulan April lalu, yang pertama seumpamanya di negara ini.

Dalam langkah seterusnya, Ningbo akan terus mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G untuk memperkasa pembinaan bandaraya pintar, kata Chen.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/316215.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2918803-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building