omniture

Monese menggunakan platform perbankan teras Thought Machine, Vault untuk menjangkau jutaan lagi pelanggan

Thought Machine
2020-10-06 10:56 739
  • Monese akan memindahkan pemegang akaun Eropah dan UK ke platform perbankan teras Thought Machine
  • Gabungan teknologi perbankan teras moden Thought Machine dan pendekatan Monese yang mengutamakan mudah alih akan memperkenalkan ciri-ciri dan keupayaan baharu untuk jutaan pelanggan

LONDON dan SINGAPURA, 6 Okt. 2020 /PRNewswire/ -- Monese, perkhidmatan perbankan popular pan-Eropah yang menyediakan akaun wang mudah alih segera tempatan di 31 negara, hari ini mengumumkan ia akan menggunakan Vault, platform perbankan teras natif awan. Monese, yang menyediakan akaun kepada pengguna dan juga perniagaan, akan memindahkan asas pelanggannya yang sedia ada ke platform natif awan Thought Machine, kerana ia memberikan tumpuan pada pengukuhan platform teknologi teras syarikat dan infrastruktur perbankannya.

Kit alat pembangunan produk Vault yang unik, dikenali sebagai Smart Contracts, memperkasakan bank dan syarikat fintech untuk membangunkan produk baharu dengan cepat dan pada masa yang sama, meningkatkan secara radikal pengalaman pelanggan yang baru menyertai dan pelanggan sedia ada. Ini jauh berbeza dengan bank yang dikekang oleh teknologi legasi yang tidak fleksibel. Vault akan menyediakan Monese asas teknologi awan yang diperlukan untuk menyampaikan pengalaman pelanggan perintis dengan pantas, dan mempertingkatkan kebingkasan untuk jutaan pelanggannya.

Kerjasama ini menyatukan dua syarikat fintech dengan visi bersama untuk masa depan perkhidmatan kewangan dan minat mendalam untuk kecemerlangan kejuruteraan dalam pembangunan produk. Diasaskan pada 2014 oleh bekas jurutera Google Paul Taylor, Thought Machine membawakan teknologi natif awan sebenar kepada perbankan teras. Thought Machine menyenaraikan Lloyds Banking Group, Atom, SEB dan Standard Chartered sebagai klien dan pengguna platformnya, Vault.

Monese dilancarkan pada 2015 oleh usahawan Norris Koppel selepas mengalami sendiri masalah semasa membuka akaun bank di negara baru. Dengan akaun wang mudah alih, kemudahalihan di 31 negara, dan disediakan dalam 14 bahasa, Monese adalah segera, atas permintaan dan merangkumi kewangan. Akaun UK dan Eropahnya akan dikuasakan oleh Vault untuk membolehkan penyampaian produk yang lebih cepat, kebingkasan yang lebih tinggi dan pengalaman perbankan yang lebih lancar untuk pelanggan baharu dan sedia ada.

Norris Koppel, CEO di Monese, memberikan komen: "Di Monese, matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan perbankan mudah alih yang benar-benar moden agar pelanggan mempunyai kebebasan untuk berkembang di mana sahaja mereka berada di dunia. Dengan menggunakan Vault, kami meneroka kemungkinan baharu untuk menyampaikan pengalaman perbankan lancar yang pasti akan membantu kami menjangkau lebih ramai pelanggan."

Paul Taylor, CEO di Thought Machine, menambah: "Syarikat teknologi yang paling beraspirasi dan paling dominan, kesemuanya menjalankan sistem mereka sepenuhnya di awan. Monese kini menyertai sekumpulan syarikat perkhidmatan kewangan elit yang memberikan inovasi, keselamatan dan kebingkasan kepada para pelanggannya, secara besar-besaran. Platform perbankan teras hiper fleksibel Vault membolehkan kliennya membangunkan dan memberikan perkhidmatan perbankan yang benar-benar seperti yang mereka inginkan. Kami teruja untuk melihat Monese mencapai visi kebebasan kewangannya dengan menggunakan platform kami yang benar-benar natif awan".

Mengenai Thought Machine

Thought Machine ditubuhkan pada 2014 dengan misi untuk membolehkan bank melaksanakan sistem moden dan berpindah daripada platform IT legasi yang mengganggu industri perbankan. Kami melakukan ini melalui platform perbankan teras natif awan kami, Vault. Sistem generasi akan datang ini telah dihasilkan daripada asas sebagai sebuah platform natif awan sepenuhnya. Ia tidak mengandungi walau satu baris kod yang legasi atau pra-awan.

Diasaskan oleh usahawan Paul Taylor, pelanggan Thought Machine termasuklah Lloyds Banking Group, SEB, Standard Chartered dan Atom bank. Kami kini mempunyai sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 350 orang di pejabat-pejabat di London dan Singapura dan telah mengumpul lebih daripada GBP110 dana pembiayaan daripada Eurazeo Growth, Draper Esprit, SEB, British Patient Capital, IQ Capital, Playfair Capital, Lloyds Banking Group dan Backed.

Untuk maklumat lanjut, layari thoughtmachine.net   atau e-mel press@thoughtmachine.net 

Mengenai Monese

Monese adalah salah satu daripada perkhidmatan perbankan pan-Eropah yang paling popular dan dipercayai yang menyediakan akaun wang segera dan mudah alih. Dilancarkan pada 2015 oleh usahawan Norris Koppel, selepas mengalami sendiri masalah semasa membuka akaun bank di negara baru, Monese berusaha ke arah memberikan orang ramai kebebasan untuk berkembang di mana sahaja.

Dengan akaun berbilang mata wang, kemudahalihan di 31 negara dan disediakan dalam 14 bahasa, Monese membolehkan orang ramai dan perniagaan untuk melakukan urus niaga perbankan seperti orang tempatan di UK dan Eropah.

Untuk maklumat lanjut tentang Monese, layari: http://www.monese.com, atau e-mel press@monese.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20201002/2936839-1LOGO?lang=0

 

Source: Thought Machine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology