omniture

Agensi Promosi Industri IT Nasional Korea akan Membantu Pengembangan Luar Negara bagi Syarikat Pendidikan Teknologi (Ed-Tech) yang Berpotensi dengan Persidangan Dalam Talian

National IT Industry Promotion Agency
2020-11-04 20:42 2014

SEOUL, Korea Selatan, 4 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga serta Agensi Promosi Industri IT Nasional, kedua-duanya agensi kerajaan Korea, akan mengadakan satu persidangan dalam talian sebagai sebahagian daripada "Projek 2020 untuk Menyokong Pengembangan Luar Negara Ed-Tech Korea" pada 2-3 November.

18 syarikat ed-tech Korea telah dipilih daripada kalangan pemohon yang kompetitif untuk mengambil bahagian dalam persidangan tersebut. Syarikat yang terpilih diharapkan akan dapat memperoleh banyak minat domestik dan antarabangsa disebabkan oleh kualiti dan perkhidmatan pendidikan mereka.

Kebanyakan peserta telah mempunyai rekod prestasi yang terbukti kerana sudah menandatangani MOU dengan syarikat dan organisasi luar negara. Genie Robot, contohnya, telah menandatangani kontrak eksklusif dan MOU dengan UAE KBBO Group pada Disember 2019. Mereka juga menandatangani kontrak eksklusif dengan negara Eropah tertentu pada bulan Januari dan Oktober 2020, dan juga kontrak jualan tambahan dengan Edu-Sense daripada Poland pada Januari 2020.

Satu lagi peserta, Visang Education membekalkan program Bahasa Inggeris kanak-kanak mereka "Wings" kepada lebih daripada 400 institusi pendidikan terbesar di China. Semenjak tahun 2019, mereka telah mengeksport perkhidmatan pendidikan kepada "engels" dan "EMA". Mereka selanjutnya merancang untuk membekalkan program Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah rendah/ menengah rendah di 60 pusat pendidikan di Vietnam. Selain itu, mereka telah menyediakan KLaSS (PENYELESAIAN PINTAR BAHASA KOREA) kepada Jabatan Bahasa Korea di University of Korea-Vietnam Industrial Technology untuk mengembangkan eksport ke Asia Tenggara.

JH Educon, sebuah syarikat pendidikan pengekodan, menandatangani kontrak pembekalan bernilai kira-kira $1 juta dengan Sekolah Pengekodan Robot Pintar di Malaysia dan Singapura yang dinamakan "the World of Robotics" (Dunia Robotik). Mereka juga bekerjasama dengan World of Robotics Indonesia pada tahun 2019, dan menandatangani kontrak bernilai kira-kira $150,000 di Myanmar pada tahun 2018. Di samping itu, mereka menandatangani kontrak dengan Iptikar, sekolah demonstrasi yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Sekolah Pengekodan Robot Pintar di UAE pada Mac 2019.

Selain itu, 15 syarikat Ed-Tech lain dengan reputasi yang mantap juga teruja untuk menyertai persidangan dalam talian "2020 Project of Supporting Korean Ed-Tech Overseas Expansion" (Projek 2020 untuk Menyokong Pengembangan Luar Negara Ed-Tech Korea).

 

Source: National IT Industry Promotion Agency
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology