omniture

LONGi menyertai Inisiatif EV100 dan EP100 untuk terus menyuntik "Tenaga Hijau" ke dalam Climate Action!

LONGi Green Energy Technology Co., Ltd
2020-11-10 17:07 1542

Abstrak: LONGi menjadi syarikat China pertama yang menyertai inisiatif RE100& EV00&EP100, menjadi mercu tanda tindakan iklim China

SHANGHAI, 10 November 2020 /PRNewswire/ -- Pada 7 November, acara besar Ekspo Import Antarabangsa China yang ke-3 (selepas ini disebut sebagai "CIIE") masih berlangsung. Di Pavilion UK, pengasas dan presiden LONGi, Li Zhenguo menyampaikan ucaptama "Fotovolta Karbon Sifar Bersih, dihasilkan oleh LONGi", dan mengumumkan bahawa LONG secara rasmi menyertai inisiatif "EV100" dan "EP100" oleh Climate Group. Ini merupakan satu lagi pencapaian hebat dalam terus mempromosikan tindakan iklim setelah LONGi menyertai inisiatif RE100.

"Kami menyertai EV100 dan komited untuk meletakkan pengecas yang sesuai di semua premis kami dalam dekad akan datang untuk memimpin lebih daripada 50,000 pekerja di seluruh dunia menukar kereta mereka kepada EV." Encik Li Zhenguo berkata, "Pada masa yang sama, kami memegang kukuh matlamat pembangunan EP100 dan komited untuk memasang Sistem Pengurusan Tenaga di semua lokasi pengeluaran dan operasi LONGi, tujuannya adalah untuk memberikan komitmen selama sepuluh tahun bagi mencapai peningkatan produktiviti tenaga sebanyak 35% menjelang tahun 2025." Li Zhenguo turut berkata, "LONGi akan terus memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan transformasi tenaga global, secara berterusan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau korporat, dan mencapai manfaat ekonomi serta matlamat perlindungan alam sekitar."

Helen Clarkson, Ketua Pegawai Eksekutif Climate Group, mengucapkan tahniah kepada LONGi menerusi video: "Kami gembira melihat LONGi menjadi perniagaan China yang pertama menyertai ketiga-tiga kempen perniagaan kami – pada tenaga bersih, pengangkutan bersih dan kecekapan tenaga. Mereka mempamerkan langkah seterusnya untuk perniagaan bercita-cita tinggi di China."

Mengurangkan pelepasan selama beberapa dekad akan datang menjadi sangat penting untuk mencapai bukan hanya Sumbangan Nasional yang Ditentukan (Nationally Determined Contributions atau NDC) mereka sendiri tetapi juga sasaran global 2C yang ditetapkan di bawah Perjanjian Paris 2015.

LONGi akan mendukung wawasan "Menggunakan tenaga solar, Membina dunia hijau", dengan menetapkan matlamat strategik, memberi tumpuan kepada pelepasan karbon dalam proses pengeluaran dan operasi, dan pada masa yang sama berkongsi penjimatan tenaga, pengurangan pelepasan karbon and pengalaman pembangunan teknologi tenaga baharu untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lebih baik untuk manusia dan menyuntik "kuasa hijau" ke dalam pembangunan dunia lestari.

Latar belakang:

EV100 merupakan inisiatif global yang diketuai oleh Climate Group, kumpulan bukan berasaskan keuntungan antarabangsa, yang menyatukan syarikat-syarikat yang komited untuk menjadikan pengangkutan elektrik satu norma baharu pada tahun 2030. Lebih separuh daripada semua kenderaan baharu atas jalan memasuki armada syarikat, jadi sangat penting agar perniagaan menerajui peralihan ke kenderaan elektrik (EV) melalui keputusan pelaburan dan pengaruh mereka terhadap berjuta-juta kakitangan dan pelanggan di seluruh dunia.

EP100 merupakan inisiatif global oleh kumpulan Climate Group, kumpulan bukan berasaskan keuntungan antarabangsa, yang menyatukan kumpulan syarikat tenaga pintar yang semakin berkembang yang komited untuk memanfaatkan sepenuhnya inisiatif bagi meningkatkan produktiviti tenaga mereka. Anggota kumpulan ini memacu inovasi teknologi dan mengurangkan pelepasan sambil membuat penjimatan kos yang besar dan meningkatkan daya saing – memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengikuti langkah mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://en.longigroup.com/

 

Source: LONGi Green Energy Technology Co., Ltd
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Not for profit Trade show news