omniture

Venture Global Calcasieu Pass Mengumumkan Penghasilan Pertama Kereta Api Pencecairan Pasang Siap di Kilang

Venture Global LNG
2020-11-11 22:17

ARLINGTON, Va., 11 November 2020 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. dengan bangganya mengumumkan kejayaan penghasilan dua buah kereta api pencecairan pertama di kemudahan eksport syarikat, Calcasieu Pass LNG di Cameron Parish, Louisiana.  Penghasilan kereta api LNG 0.6 MTPA yang sangat optimum, yang dibuat di kilang ini, kurang daripada 15 bulan selepas keputusan pelaburan terakhir projek, bukan sahaja merupakan pencapaian penting projek tetapi juga satu perubahan dalam pembinaan LNG.


Dua buah kereta api berskala sederhana, dengan pencecairan bermodul dan pemampat dingin campuran dihantar ke Louisiana dari kilang pembuatan Baker Hughes di Avenza, Itali lebih awal dua bulan daripada tarikh penghantaran dalam kontrak.  Setiap kereta api, dihantar lengkap dan siap dipasang, berjaya dipunggah, dihantar ke Calcasieu Pass dan diletakkan pada landasannya dalam tempoh kurang daripada satu hari.  Projek pertama dan kedua daripada lapan belas kereta api yang sama sekarang akan disambungkan ke penukar haba aluminium yang dipanaskan oleh Chart, atau kotak sejuk, lapan di antaranya sudah dipasang di lokasi. 

Mike Sabel, Pengerusi Eksekutif Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan, "Venture Global LNG amat berbangga untuk menunjukkan pelaksanaan strategi berterusan yang kami pelopori.  Satu-satunya kereta api pencecairan bermodul pasang siap di kilang membolehkan kami menyampaikan jadual pembinaan terpantas dalam industri LNG sambil mendorong pengurangan risiko yang dramatik di seluruh projek.  Kami tidak sabar menantikan kejayaan penghantaran kereta api Calcasieu Pass yang ketiga hingga 18 dan kemudian 36 kereta api yang sama untuk Plaquemines LNG."

Pengerusi Eksekutif Bersama Bob Pender menambah, "Penyelesaian dan penyampaian dua modul pencecairan pertama kami menunjukkan pelaksanaan kelas pertama dan kerjasama yang wujud dalam hubungan jangka panjang kami dengan Baker Hughes.  Walaupun terdapat kesan COVID-19 dan pelbagai taufan di Pesisir Teluk, kami akan mula memasang kereta api ini lebih awal daripada jadual kontrak.  Ini adalah langkah ke hadapan dalam pembinaan infratsruktur LNG."

Tentang Venture Global LNG

Venture Global LNG adalah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang dibekalkan dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber.  Syarikat ini sedang membangun atau membina 50 MTPA kapasiti pengeluaran di Louisiana untuk menyediakan tenaga yang bersih dan berpatutan kepada dunia.  Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1331504/venture_global_lng_2020_11_01_vg_modules__2.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1331505/venture_global_lng_dji_0009b.jpg?p=medium600

Source: Venture Global LNG
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Railroads and Intermodal Transportation Transportation Utilities