PARIS, 14 November 2020 /PRNewswire/ -- Leanne Zeng, Naib Presiden Hal Ehwal Global di Thousand Cities Strategic Algorithms Cloud Technology (TCSA), menghadiri panel yang meneroka "Pendigitalan Baharu Kewangan Antarabangsa dan Masa Depan Sistem Monetari Antarabangsa" pada 5 November. Panel berlangsung semasa Dialog Benua, sebuah forum yang dihoskan oleh Institut Ekonomi Antarabangsa Hamburg dan Reinventing Bretton Woods Committee.
Dipengerusikan oleh Ousmene Mandeng, Penasihat Kanan di Accenture, ahli panel termasuk Jean Pierre Landau, Bekas Timbalan Gabenor Banque de France; Rod Garratt, Pengerusi Ekonomi, UC Santa Barbara; Harold James, Profesor Sejarah dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Princeton; dan Livio Stracca, Timbalan Ketua Pengarah Perhubungan Antarabangsa, Bank Pusat Eropah. Ahli panel terlibat dalam perdebatan hangat dan bertukar pandangan tentang masalah yang sedia ada dalam sistem monetari global, serta kesan positif mata wang digital bank pusat dan mata wang digital persendirian terhadap sistem pembayaran antarabangsa dan kewangan inklusif.
Zeng dijemput untuk berkongsi pandangannya mengenai kepentingan Pembayaran Elektronik Mata Wang Digital (Digital Currency Electronic Payment atau DCEP) yang dicipta oleh Bank Rakyat China, implikasi mata wang RMB digital terhadap pembayaran merentasi sempadan, dan pengantarabangsaan RMB di negara-negara di Inisiatif Sejalur Sejalan (Belt and Road Initiative). Zeng menekankan bahawa walaupun kemunculan Libra adalah pemangkin untuk penyelidikan dalam mata wang digital di kalangan monetari dan kewangan, Bank Rakyat China telah memulakan penyelidikan pada tahun 2014.
Sebagai mata wang digital pertama di China, DCEP menggabungkan fungsi mata wang digital dan pembayaran elektronik. DCEP menyokong pembayaran luar talian dan mempunyai kesan yang meluas terhadap kewangan inklusif dan pengantarabangsaan RMB. Melalui pengumpulan data masa nyata mengenai aliran monetari, DCEP menyediakan rujukan yang berguna untuk perumusan dan pelaksanaan dasar monetari yang disesuaikan dan meningkatkan ketelusan dalam pembuatan dasar. Dengan sokongan mata wang digital, bank pusat dapat memperoleh data transaksi dan tingkah laku secara serentak, melaksanakan penyeliaan kewangan secara efektif, memerangi aktiviti haram, bahkan menentukan penggunaan khas mata wang digital semasa keadaan kecemasan.
Pengerusi juga menjemput Zeng untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif TCSA dalam bidang analisis data monetari. Berdasarkan data monetari masa nyata, TCSA menyelaraskan data ekonomi, fiskal, monetari dan kewangan nasional, yang disepadukan ke dalam kepintaran data ekonomi nasional. Penyelesaian ini meningkatkan kepemimpinan kerajaan terhadap sumber sosial dan ekonomi, meningkatkan kekinian dan ketepatan keputusan ekonomi.