omniture

Pengeluaran Perisian Apstra Mempercepat Kelajuan dan Kebolehpercayaan tentang Bagaimana Rangkaian SONiC Digunakan dan Dikendalikan di Pusat Data

Apstra
2020-11-18 03:44 3

Evolusi Apstra yang seterusnya dalam Rangkaian Berasaskan Tujuan bermatlamat untuk mempercepat dan mempermudah penggunaan dan operasi rangkaian SONiC

MENLO PARK, Calif., 17 November 2020 /PRNewswire/ -- Apstra, perintis Intent-Based Networking (IBN) dan syarikat perisian multinasional, telah mengemas kini pusat data terkemuka dalam industri automasi rangkaian, pengesahan dan perisian analitik dengan peningkatan operasi dan ciri SONiC (Perisian untuk Rangkaian Terbuka di Awan) yang signifikan. Peningkatan perisian menghilangkan kerumitan penerapan dan cabaran operasi yang menjadi penghalang kemasukan untuk SONiC. 

Apstra akan terus memberikan komitmen SONiC untuk meningkatkan kelajuan dan kebolehpercayaan dengan segera tentang bagaimana rangkaian SONiC digunakan dan dikendalikan di pusat data untuk memenuhi inovasi dan keperluan perniagaan dengan pantas. Apstra bekerjasama dengan SONiC, yang dibangunkan oleh Microsoft dan Open Compute Project (OCP), untuk mengkonfigurasi dan mengautomasikan agar mudah digunakan dan dikendalikan di rangkaian pusat data anda.

Apstra_SONiC
Apstra_SONiC

Protokol sokongan Apstra dan SONiC adalah sangat penting untuk bidang perniagaan. Kini, semua pelanggan perniagaan akan menyedari faedah dan kecekapan jaringan terbuka yang telah diakui oleh syarikat-syarikat berskala besar dan berskala web selama bertahun-tahun.

Keluaran perisian terbaru Apstra merangkumi:

Peningkatan di atas memungkinkan automasi rangkaian 0-2 hari yang lebih maju untuk mempermudah pengurusan rangkaian pusat data secara dramatik — mengautomasikan pembangunan, operasi, penyelesaian masalah dan keselamatan rangkaian pusat data anda. Dengan berbuat demikian, Apstra lebih memperkasa perniagaan untuk menyeragamkan model operasi yang konsisten dalam kalangan beberapa vendor perkakasan dan sistem operasi rangkaian, termasuk SONiC, Juniper, Arista, Cisco, Cumulus, Dell dan VMware. 

"Apstra menghapuskan halangan kemasukan dan merupakan pembuka laluan yang strategik untuk perniagaan yang menggunakan dan mengoperasikan SONiC.," kata Mansour Karam, Pengasas Bersama dan Presiden Apstra. "Perisian Apstra memudahkan kerumitan OS untuk untuk bertukar kepada model operasi masa kini yang konsisten merentasi semua pilihan pertukaran OS, termasuk SONiC."

Tambahan pula, penyelesaiannya menggabungkan perkakasan, automasi dan analisis terkemuka dalam industri, memungkinkan transformasi pusat data perniagaan sambil memanfaatkan rangkaian terbuka untuk menghapuskan sekatan vendor. Apstra adalah penggalak utama bagi pemisahan rangkaian dan kami berpegang teguh pada komitmen kami untuk melaksanakan operasi infrastruktur secara automatik, bebas perkakasan dan siap untuk digunakan pada skala besar. Integrasi Apstra dengan versi terkini SONiC memperluas pilihan bagi perniagaan untuk menggunakan rangkaian pusat data dengan menghapuskan kekangan dan kerumitan perkakasan.

"Pengeluaran perisian ini adalah hasil daripada hasrat pelanggan kami dan penyelarasan kitaran inovasi kami untuk memenuhi keperluan mereka," kata Jeff Jones, Naib Presiden Kanan Jualan di Apstra. "Ia memberikan automasi, pengesahan dan analisis keupayaan kami berasaskan tujuan yang tiada tandingan, yang digunakan oleh pelanggan kami hari ini dalam Arista, Cisco dan Cumulus. Rangkaian Dell, Juniper dan VMware kepada SONIC."  

Apstra memberi kuasa kepada organisasi untuk mengautomasikan semua aspek rangkaian SONiC, termasuk fasa merancang, membina, menggunakan dan operasi. Penyelesaian IBN yang terkemuka ini memanfaatkan analisis berasaskan tujuan yang canggih untuk mengesahkan rangkaian secara berterusan, seterusnya menghapuskan kerumitan, kerentanan dan gangguan sehingga menghasilkan jaringan yang selamat dan berdaya tahan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mengubah perniagaan anda dengan Apstra, sila layari https://apstra.com/.

Tentang Apstra, Inc
Apstra® ialah syarikat perisian multinasional yang memberikan penyelesaian bersepadu untuk mengautomasikan seni bina dan operasi rangkaian pusat data. Produk utama Apstra, AOS, memberi kuasa kepada organisasi untuk mengautomasikan semua aspek merancang, membangun, mengguna dan mengoperasikan rangkaian mereka, membolehkan mereka membuat perubahan pada rangkaian dengan cepat dan boleh dipercayai, sambil memanfaatkan modal insan dengan cekap dan mengelakkan kebergantungan terhadap satu-satunya vendor perkakasan. Organisasi yang menggunakan AOS telah melihat pengurangan dalam Perbelanjaan Operasi (OpEx) sebanyak lebih daripada 80 peratus, peningkatan kecekapan sebanyak 99 peratus dan peningkatan kebolehpercayaan sebanyak lebih daripada 70 peratus. AOS memanfaatkan analisis berdasarkan niat Apstra yang maju untuk mengesahkan rangkaian secara berterusan, yang akan menghapuskan kerumitan, kerentanan dan gangguan sehingga menghasilkan jaringan yang selamat dan berdaya tahan.

Apstra, yang ditubuhkan pada tahun 2014 oleh peneraju industri rangkaian yang terkenal dan terbukti David Cheriton, Mansour Karam dan Sasha Ratkovic, beribu pejabat di Menlo Park, California, dengan pejabat-pejabat di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1335824/apstra_sonic.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1166841/Apstra_Logo.jpg?p=medium600

Source: Apstra
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services