omniture

Zepp Lancar Rakan Premium dalam Kesejahteraan

Zepp Z - Reka Bentuk Klasik Bertembung dengan Teknologi Kontemporari
Zepp
2020-11-18 19:49 323

SHENZHEN, China, 18 November 2020 /PRNewswire/ -- Zepp, jenama profesional yang menumpu pada pengurusan kesihatan digital, hari ini mengadakan acara strim dalam talian langsung untuk meringkaskan mengenai Zepp E serta melancarkan peranti boleh pakai terkininya, jam tangan pintar Zepp Z. Diinspirasikan oleh reka bentuk jam tangan klasik, Zepp Z menggabungkan dengan lancar ketukangan tradisional dan bahan-bahan berkualiti tinggi bagi mencipta jam tangan pintar premium yang elegan. Zepp Z membantu orang ramai mengawal kesihatan fizikal dan mental mereka serta meningkatkan kualiti hidup mereka.

Zepp Z: A Brand New Icon with a Titanium Alloy Body
Zepp Z: A Brand New Icon with a Titanium Alloy Body

Reka bentuk premium hasilkan klasik moden

Diperbuat daripada sekeping aloi titanium yang digilap, Zepp Z adalah sangat ringan dan luar biasa kuat dan salutan nanoteknologi NTC menjadikannya tahan calar. Tekstur yang licin dan sentuhan mewah reka bentuk mahkota klasik, dengan muka jam serta butang berukir, mentransformasikan kawalan jam tangan pintar anda menjadi pengalaman lancar yang intuitif. 

Dengan Always-On Display[1], Zepp Z membolehkan anda memeriksa masa sekali imbas manakala Health Key[2] yang berguna membolehkan anda mengakses metrik kesihatan kegemaran anda serta merta. Paparan 326 ppi menghasilkan semula dengan jelas spektrum warna-luas 100% NTSC dengan tahap butiran yang luar biasa.

Rakan kesejahteraan serba boleh anda

Zepp Z mengesan penanda kesihatan anda 24/7 melalui teknologi data AI dan biometrik canggih[3].  Sensor optik 2.0 PPG BioTracker™ memantau kadar denyutan jantung anda[4] dan turut memberi amaran mengenai kadar denyutan jantung yang meningkat secara tidak normal.

Kadar ketepuan oksigen darah (SpO2)[5] anda merupakan metrik kesihatan berguna yang membolehkan Zepp Z mengukurnya daripada pergelangan tangan anda.

Bagi membantu anda memahami biometrik anda dengan mudah, Zepp Z menyediakan Sistem Penilaian Kesihatan PAI™ [6] yang menukarkan data kesihatan anda kepada nilai tunggal intuitif selepas memproses kadar denyutan jantung, aktiviti dan metrik kesihatan yang lain.

Zepp Z juga boleh memantau status tidur anda melalui tempoh tidur mendalam, ringan dan REM[7], serta waktu bangun dan tidur siang antara jam 11 pagi-6 petang serta mentafsirkan ciri-ciri berkenaan untuk memberi skor kualiti tidur.

Menggunakan algoritma yang dibangunkan sendiri, Zepp Z dapat memantau tahap tekanan anda.

Teman dan pembantu kecergasan pintar anda

Tetapan sukan masa sebenar memantau kadar denyutan jantung anda melalui kebanyakan senaman, memberi pemberitahuan kepada anda berhubung tahap senaman, peringkat dan zon kadar denyutan jantung yang anda alami semasa bersenam[8]. Semasa anda bergerak dan memerlukan sedikit alunan muzik pula, Zepp Z membolehkan anda mengawal trek kegemaran anda pada telefon anda.

Zepp Z boleh bertahan selama lebih daripada dua minggu bagi penggunaan harian biasa[9] dan lebih daripada 30 hari[10] dengan penggunaan asas sahaja.

Apabila memakai Zepp Z, anda boleh menggunakan arahan suara untuk berinteraksi dengan Alexa[11] pada telefon bimbit anda untuk mengawal perkakas rumah pintar anda, menetapkan penggera dan pemasa, menyemak cuaca dan banyak lagi. Pembantu suara[12] luar talian terbina dalam juga menyokong 58 arahan suara agar anda boleh berinteraksi dengan Zepp Z dan kekal mengawal pada bila-bila masa dan di mana-mana.

Zepp – setiap detik bersama anda

Jenama Zepp diasaskan di Silicon Valley pada tahun 2010 dan serta merta menjadi jenama tumpuan untuk para atlet yang ingin meningkatkan prestasi mereka. Kini dalam tahun 2020, Zepp memulakan lembaran baharu dengan kesihatan sebagai misinya, dikuasakan oleh kepercayaan terhadap peranan teknologi bertumpu manusia yang dapat dimainkan dalam kemajuan diri dan merealisasikan potensi Internet Pelbagai Benda yang dikuasakan oleh AI. Zepp terus membangunkan teknologi, peranti dan aplikasi baharu untuk membantu pengguna dengan pengurusan kesihatan peribadi mereka.

Aplikasi Zepp itu sendiri merupakan platform untuk mengurus kesihatan diri dan turut menghubungkan jenama seinduk Amazfit, yang menawarkan barisan pelengkap dengan jam tangan pintar, tali jam dan peranti boleh pakai berjenama, dengan perkhidmatan awan.

Mulai 17 November 2020, Zepp Z, dengan badan logam sentuhan premium yang ringan, keupayaan kesihatan digital serta muka jam tangan yang mudah disesuaikan akan mula disediakan di laman sesawang rasmi Zepp (www.zepp.com) dengan harga bermula daripada USD 349.

[1] "Always-On Display" ialah ciri yang membolehkan jam tangan memaparkan maklumat sistem apabila skrin dihidupkan dan memaparkan masa apabila skrin dimatikan. Bagi mengaktifkan ciri ini, tetapkan secara manual mod AOD.

[2]  Disokong oleh penaiktarafan OTA. The Health Key hanya akan dicetuskan apabila jam tangan memaparkan skrin utama. Anda boleh menyesuaikan kekunci untuk mengukur kadar denyutan jantung, SpO2 atau tahap tekanan.

[3] Produk ini bukan peranti perubatan. Data ujian dan keputusan adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan bukan bertujuan untuk diagnosis perubatan atau pemantauan perubatan.

[4] Ciri pengesanan kadar denyutan jantung 24-jam memerlukan pengguna untuk menetapkan dan menghidupkan ciri "pengesanan kesihatan jantung"; pemantauan kadar denyutan jantung 24-jam disokong dalam aplikasi tersebut dan nilai minimum boleh ditetapkan kepada 1 minit; ciri ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebagai asas untuk diagnosis perubatan. Keputusan pengesanan disediakan untuk rujukan sahaja. Sila rujuk institusi perubatan profesional sekiranya anda tidak sihat.

[5] Tahap SpO2 boleh mempengaruhi tahap oksigen ke pelbagai organ. Jika tahapnya terlalu rendah, ia boleh menyebabkan pening, sakit kepala atau serangan jantung. Produk ini bukan peranti perubatan. Data pengukuran bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk melakukan diagnosis profesional atau pemantauan bagi sebarang keadaan perubatan. Di samping itu, ketepatan data akan terjejas sekiranya bahagian sensor terkena kulit yang bertatu, berpigmen atau berwarna gelap.  Bagi mengukur SpO2, pastikan lengan anda tidak bergerak.

[6] Kajian Kecergasan HUNT menunjukkan bahawa individu yang mengekalkan skor PAI™  sebanyak 100 atau lebih tinggi mengalami risiko hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis 2 yang lebih rendah. Kajian Kecergasan HUNT: Kajian ini dijalankan oleh Profesor Ulrik  Wisloff  daripada Fakulti Perubatan Norwegian University of Science and Technology. Ia berjalan selama lebih daripada 35 tahun dan melibatkan 230,000 peserta.

[7] Tempoh pergerakan mata pantas, juga dikenali sebagai REM, merupakan asas bagi ritma biologi normal dan pemanjangan hayat mamalia. Ia menyumbang kira-kira 20%-25% daripada seluruh kitar tidur waktu malam. Ia dicirikan oleh pergerakan mata pantas, aktiviti EEG frekuensi bercampur amplitud rendah dan pengenduran ketegangan otot. Bagi memantau kitar REM anda, mod pembantu tidur dan penjejakan kadar denyutan jantung perlu diaktifkan.

[8] Tidak boleh digunakan untuk senaman dalam air.

[9] Keadaan ujian: Pemantauan kadar denyutan jantung dan pemantauan tidur dihidupkan dan SpO2 diukur dua kali sehari. Setiap hari, skrin dihidupkan untuk memaparkan 150 pesanan dan pengguna mengangkat pergelangan tangan 30 kali untuk memeriksa masa. Operasi lain bertahan tidak lebih daripada 5 minit pada satu-satu masa. Pengguna bersenam tiga kali seminggu dan berlari selama 30 minit pada satu-satu masa, dengan ciri GPS diaktifkan. Hayat bateri dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan jumlah masa sebenar mungkin sedikit berbeza daripada nilai nominal.

[10] Hayat bateri ini merujuk kepada keadaan berikut: Bluetooth, pemantauan kadar denyutan jantung dan ciri-ciri lain dimatikan. Pengguna mengangkat pergelangan tangan untuk menghidupkan skrin 100 kali sehari. Hayat bateri dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan jumlah masa sebenar mungkin sedikit berbeza daripada nilai nominal.

[11] Alexa akan disokong oleh penaiktarafan OTA. Alexa tidak akan disediakan di semua negara/wilayah. Untuk melihat negara/wilayah yang tersedia, bahasa yang disokong, serta cara untuk mengaktifkan dan menggunakan Alexa pada Zepp Z, sila kunjungi support.zepp.com.

[12] Pembantu  suara  luar talian  hanya  menyokong  arahan  suara  Bahasa Inggeris.

Source: Zepp
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry New products/services