omniture

Anak singa yang diseksa oleh penculiknya di Rusia, kemudian dipindahkan selama tujuh bulan, akan diterbangkan ke habitat semula jadi di tempat perlindungan hidupan liar Afrika

Russian Copper Company
2020-11-21 00:46

Simba akan terbang dari Rusia ke Tanzania pada akhir bulan November. Semua kos penghantaran balik akan dibayar oleh Russian Copper Company setelah aktivis hak asasi haiwan mengeluarkan rayuan untuk meminta pertolongan

URALS, Rusia, 20 November 2020 /PRNewswire/ -- Masa depan yang cerah bagi Simba, anak singa yang digunakan sebagai alat untuk rakaman gambar di Rusia. Singa tersebut hampir mati ketika ia diselamatkan dari sebuah gudang di Dagestan, Rusia pada bulan Mac 2020; dia diseksa, kurus kering dan tidak boleh berjalan. Penduduk setempat memberitahu pihak berkuasa bahawa penculiknya menggunakan anak singa tersebut untuk menjana wang, mengenakan bayaran kepada pelancong yang mengambil gambar swafoto dengan Simba dan kakinya dipatahkan untuk mengelakkan Simba melarikan diri. Ia juga kekurangan zat makanan dan tubuhnya dipenuhi dengan luka. Laporan penganiayaan tersebut sampai kepada pengetahuan aktivis hak asasi haiwan di Ural. Doktor Haiwan Dr. Karen Dallakyan dan yang lain berjaya menyelamatkan anak singa tersebut dan membawanya ke pusat penyelamatan haiwan bukan berasaskan keuntungan milik Dallakyan, SAVE ME Foundation di Chelyabinsk, Rusia. Selama tujuh bulan, Dallakyan dan pasukannya memberikan rawatan perubatan dan penjagaan kepada Simba. Menurut Dallakyan, "Ramai orang yang baik hati telah berusaha menyelamatkan Simba. Menyaksikan perkembangan haiwan yang luar biasa ini adalah sesuatu yang sangat berbaloi. Saya berasa lega dan bersyukur kerana banyak perniagaan, organisasi dan individu telah bergabung tenaga untuk membolehkan haiwan ini membesar di habitat semula jadi di Afrika."

 

Proses pemulihan yang sukar bagi anak singa ini akan berakhir dengan pemulangan unik ke Tanzania pada akhir bulan November 2020; satu usaha yang ditaja oleh Russian Copper Company. Simba akan diterbangkan ke Kilimanjaro Animal Crew Rehabilitation Centre di Moshi, Tanzania, di mana ia akan tinggal di kandang terpisah di pusat khusus untuk singa yang dipulihara di bawah pengawasan 24 jam. Singa akan mempunyai ruang yang besar dan cantik untuk bebas berkeliaran.

Jurucakap Russian Copper Company Kirill Irkha mengatakan, "Ketika kami mendengar keadaan Simba dan perlukan dana untuk mengembalikan haiwan tersebut ke Afrika, kami dengan berbesar hati mahu menanggung kosnya. Penganiayaan yang dialami oleh Simba tidak dapat dibayangkan. Dunia menyaksikan Simba kembali sihat seperti sedia kala. Terima kasih kepada profesional dan sukarelawan yang berdedikasi. Kami tidak sabar untuk melihat Simba di habitat semula jadi dan gembira dapat memainkan peranan untuk membawanya ke sana." 

Ini ialah penghantaran balik rasmi bagi haiwan liar pertama dalam sejarah Rusia.

Simba the lion cub was abused and near death when he was first rescued by animal rights activists in Russia. His body was covered with sores and his legs had been broken.
Simba the lion cub was abused and near death when he was first rescued by animal rights activists in Russia. His body was covered with sores and his legs had been broken.

 

After receiving medical care in Russia, Simba has recovered and is now a beautiful, proud lion who will be repatriated to Africa to live in his natural habitat. All costs are being covered by the Russian Copper Company.
After receiving medical care in Russia, Simba has recovered and is now a beautiful, proud lion who will be repatriated to Africa to live in his natural habitat. All costs are being covered by the Russian Copper Company.

 

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1339133/Russian_Copper_Company_Simba_Video.mp4
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1334593/russian_copper_company_simba_before.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1334594/russian_copper_company_simba.jpg?p=medium600

 

Source: Russian Copper Company
Keywords: Mining Mining/Metals Animal Welfare Corporate Social Responsibility MAT (Mature Audience)