omniture

Taiwan Pilihan Utama di Asia untuk Perjalanan Pasca-Pandemik

Syarikat Jepun Dinobat Juara 2020 Asia Super Team: Reach for the Stars
MEET TAIWAN, TAITRA
2020-11-30 18:39 200

TAIPEI, 30 November 2020 /PRNewswire/ -- Pertandingan Asia Super Team, dianjurkan oleh "Biro Perdagangan Asing Taiwan", "Kementerian Hal Ehwal Ekonomi" dan dilaksanakan oleh "Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan", mempromosikan perjalanan insentif di Taiwan dengan memperkenalkan pelbagai tempat tarikan Taiwan melalui berbagai-bagai tema serta pertandingan berbeza sejak tahun 2013. Di sidang akhbar kejohanan 2020 pada 26 November, keputusan Tinjauan Destinasi Pelancongan Insentif Asia dalam Era Pasca-Pandemik acara berkenaan diumumkan, selain daripada pasukan juara -- JTB Global Marketing & Travel dari Jepun, memenangi pakej pelancongan insentif bernilai US$50,000.

Keputusan Tinjauan Destinasi Pelancongan Insentif Asia dalam Era Pasca-Pandemik
Keputusan Tinjauan Destinasi Pelancongan Insentif Asia dalam Era Pasca-Pandemik

Keputusan Tinjauan Destinasi Pelancongan Insentif Asia dalam Era Pasca-Pandemik

Kesan COVID-19 terhadap perjalanan rentas sempadan pada tahun 2020 telah mengakibatkan banyak syarikat di seluruh dunia membatalkan pelan perjalanan insentif mereka. MEET TAIWAN menyoal selidik pengembara perniagaan korporat Asia untuk mengukur minat mereka terhadap perjalanan insentif dengan mengambil kira pandemik global. Keputusan daripada 3,939 respons soal selidik yang sah menunjukkan bahawa sebaik sahaja keadaan kembali pulih selepas wabak ini, 90% daripada kakitangan korporat dalam lapan negara Asia mengharapkan pelan perjalanan insentif syarikat, menunjukkan bahawa selepas berakhirnya sekatan pergerakan keluar masuk permintaan pengembara perniagaan terhadap perjalanan insentif menjadi lebih kukuh berbanding sebelum ini.

Apa yang penting, lebih daripada 80% pengembara perniagaan Asia akan mengutamakan integriti langkah-langkah pencegahan penyakit tempatan apabila mereka terlibat dalam perjalanan insentif masa depan dan keselamatan awam akan menjadi keutamaan kedua; ini menunjukkan bahawa pandemik ini telah mendorong syarikat-syarikat untuk memberi tumpuan terhadap faktor-faktor keselamatan apabila memilih destinasi perjalanan insentif mereka yang seterusnya. Mengikut statistik, Taiwan dinilai sebagai destinasi utama untuk perjalanan insentif antara syarikat-syarikat dan negara-negara Asia ekoran kekayaan sumber pelancongannya dan kejayaan pencegahan penyakit yang luar biasa. Sehingga 99% pengembara perniagaan menunjukkan keyakinan terhadap pencegahan dan keselamatan penyakit Taiwan, yang akan membawa manfaat kepada bidang pelancongan negara berkenaan selepas wabak ini.

Berhubung dengan jadual perjalanan insentif, kebanyakan responden soal selidik tersebut menyatakan keutamaan mereka terhadap hidangan masakan dan pengalaman budaya tempatan, diikuti dengan tempat-tempat kepentingan bersejarah. Jawapan daripada tinjauan tersebut akan membantu Taiwan dengan persiapan dan pemasaran akan datang selepas berlakunya wabak ini, selain berperanan sebagai rujukan untuk penyedia destinasi antarabangsa lain yang berminat.  Pertandingan Asia Super Team terus mencapai kejayaan cemerlang dan inovasi. Ia telah menarik pelbagai pasaran sasaran melalui pemasaran yang pelbagai, kreatif dan bersepadu. Pelaksanaan berterusan pemasaran yang kreatif menyumbang dalam menjadikan Taiwan sebagai destinasi utama untuk pameran dan perjalanan insentif di Asia.

Pasukan Jepun Menang Kejohanan Reach for the Stars

Tahun ini menyaksikan Asia Super Team diadakan sebagai pertandingan dalam talian eksklusif buat julung kalinya. Syarikat-syarikat elit dari Jepun, Korea, Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam mengambil bahagian dalam acara tersebut, menyahut cabaran Reach for the Stars dalam talian menerusi pertandingan selama seminggu. Serangan pandemik COVID-19 ditangani dengan membangunkan format serba baharu pertandingan inovatif yang mengubah pendekatan terdahulu, menggunakan elemen teknologi baharu dan alatan digital untuk mempromosikan dan mencetuskan dorongan terhadap perjalanan insentif di Taiwan. Peringkat akhir kejuaraan tersebut menggabungkan antara pertandingan dan undian dalam talian. JTB Global Marketing & Travel memenangi kejuaraan 2020 dan pakej perjalanan insentif bernilai US$50,000. Ia merupakan pengakhiran klimaks dan tidak lama lagi kakitangan syarikat mereka akan dapat menikmati perjalanan insentif di Taiwan selepas wabak ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan Asia Super Team, kunjungi laman sesawang rasmi di http://asiasuperteam.meettaiwan.com.

Source: MEET TAIWAN, TAITRA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Survey, Polls & Research