omniture

Valo melancarkan kit alat tempat kerja digitalnya yang lengkap di Microsoft 365, SharePoint dan Microsoft Teams

Valo
2020-12-03 14:19 37

HELSINKI, 3 Disember 2020  /PRNewswire/ -- Valo telah melancarkan kit alat tempat kerja digitalnya yang lengkap di Microsoft 365, SharePoint dan Microsoft Teams.

Valo’s digital tools put the user at the center.
Valo’s digital tools put the user at the center.

Dengan memanfaatkan portfolio alat tempat kerja digital sedia ada, termasuk Valo Intranet dan Valo Teamwork yang memenangi anugerah, ia telah melancarkan Valo Connect, Valo Entrance dan Valo Ideas.

Alat tempat kerja digital baharunya yang stabil bermaksud organisasi kini mempunyai semua yang mereka perlukan untuk menjalankan perniagaan mereka secara digital dari dalam ekosistem Microsoft.

Valo Connect, satu alat untuk menghubungkan mereka semua 

Oleh kerana Microsoft Teams semakin menjadi tumpuan untuk melakukan kerja bagi kebanyakan orang, Valo Connect menyatukan alat dan kandungan digital organisasi ke dalam satu portal perniagaan yang mudah digunakan dalam Teams.

Valo Connect bukan sahaja menghubungkan alat sedia ada, ia membawanya ke satu tempat, ia juga menggabungkan alat pihak ketiga dari luar ekosistem Microsoft.

Dengan Valo Connect, pengguna boleh mengakses intranet mereka, papan pemuka tadbir urus, alat pencetus idea, ekstranet dan aplikasi pihak ketiga semuanya dari dalam Teams. Ia juga boleh menambahkan penyambung, aplikasi dan juga alat OOTB.

Ini bermakna pengguna hanya perlu pergi ke satu tempat untuk berhubung dengan orang, berbual, mendengar berita, maklumat dan kandungan agar dapat memperoleh pengalaman kerja seharian dengan cekap.

Di samping itu, kerana Valo Connect adalah sebahagian dari rangkaian produk Microsoft 365, ia boleh diakses dari mana saja pada mana-mana peranti dengan selamat dan terjamin.

Pekka Walkama, Presiden Valo berkata:

"Valo Connect tidak hanya meringankan beban pengurusan IT, ia juga menawarkan pengalaman tempat kerja digital yang lebih lancar dengan menggabungkan alat tempat kerja digital secara langsung dalam Microsoft Teams. Tidak ada penyelesaian lain di pasaran yang setanding kami." 

Valo Entrance menjadikan kerjasama dengan organisasi luar sentiasa selamat dan terjamin  

Apabila kerjasama digital antara syarikat semakin meningkat, perniagaan memerlukan cara untuk bekerjasama dengan para pemegang taruh luaran dengan lebih mudah dan selamat.  

Dengan Valo Entrance para Pengurus Projek boleh menjemput dan bekerjasama dengan pengguna luaran dengan mudah, tanpa memerlukan sokongan IT, yang secara tradisinya sukar dilakukan tanpa menggunakan SharePoint. 

Seluruh domain boleh dijemput secara sekaligus, begitu juga dengan alamat individu daripada kolaborator luaran. Selain itu, para pemegang taruh luaran dapat melayani diri sendiri, dengan memilih untuk masuk dan mendaftar bagi mengakses secara kendiri. 

Walau bagaimanapun, papan pemuka Valo Entrance dan fungsi carian terbina dalam juga membolehkan IT untuk mengawasi kebenaran akses dan kawalan, seperti halaman manakah pengguna luaran dapat melihat dan menghapus ahli yang meninggalkan pasukan. 

Pekka Walkama, Presiden Valo berkata:

"Valo Entrance adalah cara yang selamat dan terjamin untuk bekerjasama dengan organisasi luar. Portal layan diri adalah mudah dan selesa untuk digunakan, sementara tadbir urus IT tetap menjadi perkara utama." 

Valo Ideas mempermudah i dea sumber awam dan memanfaatkan wawasan berharga di seluruh organisasi 

Dengan corak kerja yang sedang diamalkan menjadi satu normal baharu, adalah sukar untuk mengumpul idea daripada rakan sekerja yang bekerja dari jauh, di lapangan atau di luar negara.  

Valo Ideas, satu alat pengurusan idea yang secara langsung bergabung ke dalam aliran kerja Microsoft 365, menyediakan kawasan berpusat di mana idea dapat diketengahkan, disusun dan diambil tindakan.  

Pekerja yang mempunyai idea tentang cara meningkatkan produk, perkhidmatan atau cara bekerja boleh mengemukakan cadangan mereka ke hab berpusat yang dipaparkan. Semua ahli pasukan boleh menyukai dan memberi komen tentang idea tersebut dan pengurus boleh mengambil tindakan bersesuaian terhadapnya. 

Valo Ideas boleh digunakan untuk mendapatkan idea sumber awam dari seluruh tenaga kerja, menjangkau rakan sekerja yang sebelumnya tidak dikenali dan memanfaatkan pandangan yang tidak ternilai untuk mendorong inovasi terbuka. Selain itu, ia boleh digunakan untuk mengumpulkan orang-orang di sekitar idea, membantu mereka membuat keputusan secara kolektif. 

Pekka Walkama, Presiden Valo berkata:

"Valo Ideas adalah alat pengurusan idea yang demokratik. Ini melibatkan pekerja dari setiap jabatan dan peringkat syarikat, menjadikan inovasi sebagai proses yang telus dan kolektif."

Valo mempunyai rangkaian alat tempat kerja digital yang lengkap 

Valo terkenal kerana menjual penyelesaian intranet lengkap yang sangat digemari yang dibina di atas SharePoint. 

Valo Intranet telah memenangi pelbagai anugerah termasuk ClearBox Consulting's 2020 Intranet Choice – Europe 2020 dan Intranet Choice – North America 2020 dan Best Intranet/Extranet di ESPC Awards 2019.

Alat tadbir urus IT Valo Teamwork terkenal kerana mempermudah pengurusan dan keselamatan organisasi dalam Microsoft 365.

Secara kolektif, produk tempat kerja digital Valo menyediakan pengguna akhir dengan semua alat yang mereka perlukan untuk menyelesaikan tugasan mereka dengan cekap.

Nota kepada editor: 

Tentang Valo

Ditubuhkan pada tahun 2015, Valo adalah penyedia perintis tempat kerja digital dengan rangkaian rakan kongsi profesional global yang berpengaruh kepada SharePoint dan Microsoft 365, yang memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 700 pelanggan dan 2.5 juta pengguna di seluruh dunia. 

Sila layari Valo untuk mengetahui lebih lanjut di: www.valointranet.com

 

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1346632/Picture1_Valo.jpg
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1346633/Valo_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Valo
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources New products/services