omniture

Huawei Mengumumkan Pemenang Global Apps Up 2020

Huawei mengumumkan pemenang global bagi Peraduan Inovasi Aplikasi HUAWEI HMS
Lebih daripada 3,000 pasukan di seluruh dunia bersaing bagi merebut hadiah berjumlah USD1 juta dalam bentuk wang tunai
Huawei
2020-12-08 18:02 196
  • Lebih daripada 100 pemenang di lima rantau peraduan memenangi hadiah tertinggi dengan setiap satu menerima $15,000 dalam bentuk wang tunai, pelaburan persendirian dan peluang promosi utama
  • Ribuan aplikasi baharu yang menarik dikeluarkan di AppGallery semasa proses pertandingan
  • Senarai pemenang penuh diumumkan di laman web Apps Up 2020

SHENZHEN, China, 8 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Lebih daripada 3,000 pasukan pembangun dari lima rantau di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam Apps Up 2020, Peraduan Inovasi Aplikasi HUAWEI HMS. Pemenang-pemenang akhir diumumkan hari ini[1].

Huawei Mengumumkan Pemenang Global Apps Up 2020
Huawei Mengumumkan Pemenang Global Apps Up 2020

 

Huawei Mengumumkan Pemenang Global Apps Up 2020
Huawei Mengumumkan Pemenang Global Apps Up 2020

Peraduan Inovasi Aplikasi HUAWEI HMS untuk pembangun HMS dilancarkan pada bulan Jun di Eropah, China, Asia Pasifik, Amerika Latin dan Timur Tengah & Afrika, menarik peserta dari lebih 170 buah negara. Peraduan berlangsung selama lebih daripada 100 hari, sambil para peserta mencari cara yang inovatif untuk menggunakan perkhidmatan HMS Core.

Setelah fasa pengundian umum besar-besaran digabungkan dengan penilaian oleh panel pakar kami, lebih daripada 100 penyertaan telah dipilih untuk kategori berikut:

Aplikasi Terbaik
Permainan Terbaik
Aplikasi Paling Berpengaruh Secara Sosial
Aplikasi Paling Popular
Anugerah Terhormat

Pemenang Apps Up 2020 menikmati satu bahagian daripada sejumlah hadiah bernilai USD1 juta, serta peluang pelaburan persendirian dan peluang promosi. Pemenang juga akan menikmati promosi aplikasi mereka di HUAWEI AppGallery, serta akses percuma ke sumber HUAWEI Mobile Cloud dan acara, kursus dan pensijilan Huawei Developers. Pemenang Apps Up juga berpeluang bertukar-tukar idea dengan panel penilaian pertandingan.

Semua peserta telah menerbitkan aplikasi mereka di HUAWEI AppGallery, memberi mereka akses ke pasaran berjuta-juta pengguna peranti HUAWEI di seluruh dunia.

Huawei mengalu-alukan penyerahan daripada pelbagai bidang, termasuk kesihatan fizikal dan mental, pendidikan, sains, pembangunan pertanian, perlindungan alam sekitar, pengangkutan dan keselamatan masyarakat. Tujuan Huawei adalah untuk mempromosikan aplikasi yang mencipta pengalaman hidup pintar baharu untuk semua orang, di seluruh dunia.

Berikut adalah beberapa contoh jenis penemuan kreatif dan memberi inspirasi yang muncul dalam Peraduan Apps Up 2020:

  • Eropah: PlantSnap menyediakan platform untuk pengguna berkongsi minat mereka terhadap tumbuh-tumbuhan, alam semula jadi dan alam sekitar dengan orang-orang yang berfikiran sama di seluruh dunia. Dikuasakan oleh HUAWEI Account Kit dan keupayaan HMS Core yang lain, ia boleh mengenal pasti tanaman dalam masa beberapa saat
  • China: Earthquake Map & Alert App menyediakan data sejarah dan masa sebenar gempa bumi yang diperolehi daripada laman web meteorologi rasmi, membantu orang di seluruh dunia. Ia mengintegrasikan HUAWEI Push Kit.https://protect-eu.mimecast.com/s/jzq4C98kYTLRZ7ncoeAGf?domain=globe.it 
  • Asia Pasifik: Spick & Span merupakan permainan arked yang menggalakkan pemain berusaha mencapai dunia yang lebih bersih. Ia mengintegrasikan In-App Purchases (Pembelian Dalam Aplikasi), Account Kit, Push Kit dan HUAWEI Ads.
  • Amerika Latin: SOSMex merupakan aplikasi butang panik yang membolehkan wanita di Mexico memberitahu rakan dan keluarga mereka tentang lokasi mereka, supaya rakan dan keluarga tahu apabila mereka berada dalam bahaya. Aplikasi ini dibina dengan HUAWEI Awareness Kit, antara keupayaan terbuka HMS Core yang lain.
  • Timur Tengah dan Afrika: The Deaf Sign Language App (ASL) membantu pengguna mempelajari bahasa isyarat dengan hanya mengucapkan satu perkataan atau frasa supaya mereka dapat berkomunikasi dengan mudah dengan orang yang mempunyai masalah pendengaran. Ia mengintegrasikan HUAWEI Analytics Kit dan HUAWEI Account Kit.

Zhang Ping'an, Presiden Perkhidmatan Awan Pengguna Huawei berkata: "Kami tetap komited untuk menyediakan lebih banyak keupayaan, IDE dan alat kepada para pembangun, berhasrat untuk membantu mereka menjadikan idea inovatif mereka satu realiti dan membawa ciptaan mereka kepada dunia. Huawei mengalu-alukan semua pembangun untuk menyertai kami dalam ekosistem HMS dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membentuk masa depan teknologi."

#HMSInnovateforAll

[1] Pemenang rantau Timur Tengah & Afrika akan diumumkan pada 8 Disember 2020

Tentang Huawei Developers

Huawei Developers, sebuah platform sebagai sebahagian daripada Huawei Mobile Services, menyediakan sokongan operasi sehenti kepada pembangun di seluruh kitaran pembangunan aplikasi dan perkhidmatan; membantu pembangun mengubah idea menjadi kenyataan dengan rangkaian kemampuan pembangunan yang lengkap melalui HMS Core.

Dengan lebih daripada 2 juta pembangun di seluruh dunia sekarang ini, cita-cita Huawei Developers adalah untuk berhubung dengan pembangun global bagi membina ekosistem terbuka dan inovatif dengan kejayaan bersama.

Aplikasi yang dihasilkan di Huawei Developers boleh diterbitkan dan diedarkan di aplikasi HUAWEI AppGallery, platform pengagihan Huawei dan salah satu daripada kedai aplikasi pertama di dunia yang melaksanakan sistem pengesahan identiti pembangun. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengesanan empat lapisan untuk memastikan keselamatan aplikasi dan memanfaatkan algoritma proprietari bagi membolehkan cadangan kandungan berguna.

Tentang HMS Core

HMS Core merupakan koleksi alat yang dibuat untuk rakan kongsi dan pembangun aplikasi Huawei untuk mewujudkan pengalaman baharu yang unik yang memanfaatkan kemampuan penuh perkakasan dan perisian yang ditawarkan oleh peranti Huawei. Dengan mengintegrasikan HMS Core 5.0, pembangun dapat memanfaatkan keupayaan pada peranti Huawei dengan cepat. HMS Core kini menyokong lebih daripada 2 juta pembangun, dan 55,000 aplikasi di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut: https://developer.huawei.com/en

Ikuti perkembangan terkini dengan Huawei Developers:

Facebook: @Huaweidevs 
Twitter: @Huawei_devs 
YouTube: @Huawei Developers 
LinkedIn: @Huawei Developers

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards