omniture

Organisasi Malaysia diberi penghormatan di ASEAN Energy Awards 2020

15 daripada 27 organisasi Malaysia yang mengambil bahagian telah meraih kemenangan di AEA setelah dipilih untuk mewakili Malaysia berikutan kejayaan mereka di National Energy Awards 2020
Ministry of Energy and Natural Resources
2020-12-09 15:38 105

PUTRAJAYA, Malaysia, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Lima belas organisasi Malaysia telah menerima pelbagai penganugerahan di ASEAN Energy Awards (AEA) 2020. Anugerah-anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada syarikat awam dan swasta Asia Tenggara atas sumbangan mereka kepada pembangunan tenaga di rantau ASEAN. Disertai oleh semua negara anggota ASEAN, para penerima Anugerah tersebut dipilih berdasarkan pada pencapaian mereka semasa tempoh pertandingan.

15 organisasi Malaysia diberi penghormatan di ASEAN Energy Awards 2020
15 organisasi Malaysia diberi penghormatan di ASEAN Energy Awards 2020

Kemenangan ini membuktikan penglibatan proaktif Malaysia dalam sektor kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui. Ia juga mengakui tanggungjawab syarikat yang teliti dalam memastikan kecekapan dan kelestarian tenaga di rantau ini serta berterusan memajukan perkembangan dan pertumbuhan negara ke arah masa depan yang lebih lestari.

"Tugas kami untuk menambah baik pengurusan tenaga di Top Glove Factory 29 telah berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20 peratus dari tahun 2017 hingga 2019 dan pengurangan dalam pengeluaran karbon lebih daripada 4,000 tan setahun dalam tempoh yang sama," kata Pengurus Kanan Top Glove, Chia Hock Yi.

Ir. Au Chong Hun daripada Primetech Engineers Sdn Bhd, yang menyelia projek penaiktarafan Menara Weld yang memenangi anugerah, berkata, "Daripada menggantikan penyejuk lama dengan yang baharu, kami ingin berinovasi. Kami melakukan ini dengan menggabungkan loji penyejuk menara dan pusat membeli-belah menjadi loji pusat dengan sistem pam aliran utama boleh ubah yang sangat efisien. Pemikiran di luar kotak ini telah menyumbang kepada pengurangan tenaga sebanyak 38.7 peratus."

ASEAN Energy Awards 2020 yang diadakan di Da Nang, Vietnam telah dikendalikan oleh ASEAN Centre of Energy; iaitu satu entiti di bawah ASEAN. Majlis penganugerahan berlangsung secara maya pada 19 November dan disiarkan secara langsung di halaman YouTube, LinkedIn dan Facebook ASEAN Centre of Energy.

Pemenang Malaysia yang lain termasuk Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM Centre), Menara KEN TTDI, Amcorp Power Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, LCDA Tower, Menara Weld and The Weld Shopping Centre dan Green Energy Office (GEO) – Malaysian Green Technology and Climate Change Centre.

Organisasi yang menjadi naib johan pertama dalam kategori mereka ialah Persada Plus Complex dan UKM-YSD Chair for Sustainable Development. Pada masa yang sama, Ban Hoe Seng (Auto) Honda Showroom and Care Centre, Hospital Jelebu, Top Glove Factory F29, Sime Darby Plantation, Concord Green Energy Sdn Bhd dan Angsana Johor Bahru Mall merupakan naib johan kedua dalam kategori mereka.

Para pemenang menerima piala dan, plak dan penghormatan berprofil tinggi dalam majlis penyampaian anugerah, yang dihadiri oleh Menteri Tenaga daripada negara-negara anggota ASEAN dan wakil-wakil lain.

Selain pemenang-pemenang yang disebutkan, 12 organisasi Malaysia yang lain mengambil bahagian dalam AEA. Kesemua 27 syarikat yang telah dipilih untuk mewakili Malaysia merupakan peserta bagi National Energy Awards (NEA) 2020 yang dianjurkan di Putrajaya, Malaysia dan berakhir pada bulan 28 Februari 2020.

National Energy Awards (NEA)

NEA adalah pengiktirafan tahunan untuk menghargai pencapaian cemerlang dan amalan terbaik dalam memacu agenda lestari negara. Dirasmikan pada tahun 2018, anugerah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) untuk mempromosikan kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Penyertaan untuk anugerah NEA 2021 sedang dibuka; justera itu, syarikat awam dan swasta dialu-alukan untuk memohon. Hubungi sekretariat NEA di nea@greentechmalaysia.my untuk memohon.

Layari www.nationalenergyawards.com.my dan ikuti media sosial NEA di https://www.facebook.com/nationalenergyawards dan https://www.instagram.com/nationalenergyawards/ untuk maklumat lanjut.

Source: Ministry of Energy and Natural Resources
Keywords: Oil/Energy Utilities Awards