omniture

CHD Paparkan Konsep Bertanggungjawab

China Huadian
2020-12-18 15:27 289

BEIJING, 18 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, China Huadian Corporation (CHD) telah mengeluarkan Laporan Pembangunan Berterusan Kemboja sektor tenaga elektrik yang pertama, dengan memperlihatkan komitmennya untuk menjadi teladan dalam kerjasama antarabangsa di rantau Asia Tenggara.

“Light up Cambodia: Laporan Pembangunan Berterusan Kemboja” dikeluarkan oleh CHD (Bahasa Mandarin-Bahasa Kemboja, Bahasa Mandarin-Bahasa Inggeris)
“Light up Cambodia: Laporan Pembangunan Berterusan Kemboja” dikeluarkan oleh CHD (Bahasa Mandarin-Bahasa Kemboja, Bahasa Mandarin-Bahasa Inggeris)

Kami Ambil Berat Kami Sayang, Terangi Kemboja

Bahagian utama laporan tersebut terdiri daripada empat seksyen, iaitu "Angkor Bersejarah Seribu Tahun, Berkongsi Sinar Persahabatan", "Cahaya Ekologi Bersinar Sepanjang Sungai Mekong", "Kerjasama Menang-menang Menerangi Sinar Pembangunan", dan "Bunga Padi Mengharumkan Sinar Keharmonian". Empat seksyen tersebut telah menunjukkan pencapaian komprehensif CHD di Kemboja dalam pelaksanaan strategi pembangunan berterusan di samping menjalankan tanggungjawab dari segi ekonomi, alam sekitar dan sosial.

CHD telah menyumbang pelitup muka, bahan penyahjangkit dan kelengkapan perlindungan yang bernilai RMB 1.33 juta kepada kerajaan Kemboja dan rakan kerjasamanya di negara itu semasa pandemik COVID-19.
CHD telah menyumbang pelitup muka, bahan penyahjangkit dan kelengkapan perlindungan yang bernilai RMB 1.33 juta kepada kerajaan Kemboja dan rakan kerjasamanya di negara itu semasa pandemik COVID-19.

Kanak-kanak Kemboja menyertai Hari Terbuka Awam bertemakan "Kami Ambil Berat Kami Sayang" anjuran CHD. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti "Kami Ambil Berat Kami Sayang" anjuran CHD termasuk acara Hari Terbuka Awam dan lain-lain telah dibawa dari China ke Kemboja, dan telah memberi pengaruh kepada komuniti tempatan dengan menjunjung tinggi semangat yang ikhlas, berbakti dan penyayang.

Menerangi masa depan

Pada tahun 2020, CHD melancarkan program integrasi persilangan budaya global - Light Up the Future di Kemboja. Program ini mengfokuskan 17 matlamat pembangunan berterusan PBB, terutamanya mendorong perkembangan pendidikan berkualiti tempatan. Pada April 2020, Light Up the Future - Perpustakaan Dalam Talian CHD (http://www.chd.com.cn/library) telah dirasmikan di Kemboja. Sejak itu, banyak sumber termasuk video dan buku bergambar tentang pencegahan wabak, eksperimen STEAM serta bahan ekstrakurikulum yang lain boleh didapati melalui perpustakaan ini secara dalam talian. Kandungan berkaitan melawan wabak COVID-19 telah disediakan khusus untuk kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 16 tahun di Kemboja. Di samping itu, Light Up the Future juga menawarkan siri acara yang memupuk nilai-nilai seperti inovatif, hijau, terbuka dan sudi berkongsi, sementara mempromosikan gaya hidup yang mesra alam.

Kanak-kanak Kemboja sedang mempelajari ilmu tenaga elektrik melalui Perpustakaan Dalam Talian CHD-Light Up the Future.
Kanak-kanak Kemboja sedang mempelajari ilmu tenaga elektrik melalui Perpustakaan Dalam Talian CHD-Light Up the Future.

Seorang budak lelaki yang menyertai “Sumber Tenaga Masa Hadapan”, pertandingan lukisan kanak-kanak.
Seorang budak lelaki yang menyertai “Sumber Tenaga Masa Hadapan”, pertandingan lukisan kanak-kanak.

CHD akan terus mengadakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sumber tenaga, mengeluarkan laporan pembangunan berterusan mengikut negara dan topik yang berlainan dan meningkatkan imej jenama CHD sebagai perusahaan tenaga yang dapat mengekalkan ketelusan, mengintensifkan pelaksanaan interaksi dan tanggungjawab sosial.

Source: China Huadian
Keywords: Oil/Energy Utilities Water Utilities Environmental Issues