omniture

Mentafsir laluan ke arah kejayaan global SHAREit

Dari pemindahan fail hingga ke penemuan kandungan, perkongsian dan permainan, meneliti semua ciri yang menjadikan SHAREit sebagai satu fenomena global
SHAREit
2020-12-19 02:14 543

SINGAPURA, 19 Disember 2020 /PRNewswire/ -- SHAREit, sebuah aplikasi perkongsian fail yang kini telah berubah menjadi salah satu aplikasi luar talian dan dalam talian yang terkemuka di dunia, diakui sebagai platform penemuan permainan & video dan perkongsian fail. Baru-baru ia disenaraikan sebagai penerbit media yang paling pesat membangun di peringkat global menurut Edisi XI Indeks Prestasi AppsFlyer[1]. Pencapaian ini dicapai setelah SHAREit berada antara sepuluh aplikasi teratas global oleh State of Mobile pada tahun 2020 oleh AppAnnie[2]. Kejayaan ini merupakan bukti kepada penawaran produk unik SHAREit dan pelbagai ciri yang bukan hanya menjadikan aplikasi ini popular di kalangan pelanggan, tetapi juga sumber yang sangat diperlukan untuk pemasar.

SHAREit
SHAREit

Ciri utama SHAREit adalah pemindahan fail rakan ke rakan. SHAREit membolehkan pengguna berkongsi gambar, muzik, dan banyak lagi, dengan peranti lain tanpa menggunakan sambungan Internet atau Bluetooth. Dengan kelajuan pemindahan fail yang mencapai hingga 20mb/s, keefisienan SHAREit dalam ruang tersebut tidak dapat ditandingi. Selain itu, SHAREit juga memastikan pemindahan aplikasi yang selamat dengan Perkongsian Aplikasi Luar Talian Rakan ke Rakan Google Play. Ciri ini membolehkan pengguna berkongsi aplikasi melalui SHAREit sementara Google Play akan menentukan keaslian aplikasi yang dikongsi walaupun peranti itu berada di luar talian. Ia kemudian akan menambahkan aplikasi yang dikongsi itu ke Play Library pengguna dan juga menguruskan kemas kini aplikasi apabila peranti kembali bersambung dalam talian.

Mengulas tentang perjalanan SHAREit, Karam Malhotra, Naib Presiden Rakan & Global, SHAREit berkata, "Kami di SHAREit menyifatkan teknologi dan penyetempatan sebagai faktor terpenting untuk kejayaan kami. Dalam beberapa tahun lalu, kami telah berusaha memperkuatkan pasukan kami di peringkat global untuk mengorak langkah dalam pelbagai industri sambil memperkukuhkan ciri pemindahan aplikasi rakan ke rakan utama kami dengan bergabung bersama Google Play. Kami dalam perjalanan untuk memastikan semua jenis hiburan digital dapat diakses secara sama rata oleh semua orang, dengan menjadi platform perkhidmatan sehenti yang membolehkan pengguna melayari, memuat turun, dan memindahkan kandungan dan bermain permainan dengan mudah."

Selain perkongsian fail, SHAREit juga telah mengorak langkah sebagai platform penemuan, penggunaan dan perkongsian permainan dan kandungan. SHAREit memiliki satu pusat permainan berasingan di aplikasi yang menawarkan permainan HTML5, video permainan dan pilihan untuk memuat turun permainan popular. Ia merupakan salah satu katalog permainan mudah alih terbesar, daripada pembangun di seluruh dunia. Dengan kemajuan yang konsisten dari segi kandungan, SHAREit telah berjaya memanfaatkan populariti kandungan serantau tempatan untuk memantapkan dirinya sebagai hab untuk video format pendek dan sejak itu telah menyaksikan pangkalan penggunanya berkembang di seluruh dunia. SHAREit kini mempunyai pangkalan pengguna melebihi 1.8 bilion pengguna di peringkat global yang menuturkan 45 bahasa di kira-kira 200 buah negara dan wilayah. Pada masa ini, aplikasi ini mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna aktif bulanan di peringkat global.

Tentang SHAREit:

SHAREit merupakan platform dalam talian dan luar talian yang menyediakan pelbagai pilihan hiburan, termasuk arus video dalam talian, pemindahan fail, dan permainan. Menurut AppAnnie, aplikasi SHAREit adalah aplikasi ke-6 yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2019 di Apple iOS App Store dan Google Play Store. Terdapat lebih daripada 1.8 bilion pengguna di seluruh dunia, Pengguna Aktif Bulanan (Monthly Active Users atau MAU) SHAREit telah melebihi 500 juta orang dan beroperasi dalam 45 bahasa yang berbeza. 

 

Source: SHAREit
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research