omniture

"China Bookshelf" CRRC Tubuhkan Perpustakaan Budaya Cina di Australia

CRRC
2021-01-13 02:25 325

MELBOURNE, Australia, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- CRRC Corporation Limited ("CRRC", 1766.HK), salah sebuah syarikat peralatan pengangkutan rel yang terbesar di dunia, telah menyampaikan lebih daripada 575 buah buku bukan fiksyen yang memperkenalkan China dari pelbagai aspek ke Melbourne di Australia pada Disember lalu. Penghantaran ini melambangkan permulaan projek China Bookshelf CRRC (China Bookshelf) yang bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya antara China dan Australia serta untuk mewujudkan komuniti inklusif yang saling mempercayai.

"Projek China Bookshelf" CRRC Tubuhkan Perpustakaan Budaya Cina di Australia.
"Projek China Bookshelf" CRRC Tubuhkan Perpustakaan Budaya Cina di Australia.

 

CRRC Lancar "Projek China Bookshelf" di CRRC Times Electric dan Perpustakaan Tempatan untuk Terus Mencetuskan Perbualan Pertukaran Budaya.
CRRC Lancar "Projek China Bookshelf" di CRRC Times Electric dan Perpustakaan Tempatan untuk Terus Mencetuskan Perbualan Pertukaran Budaya.

 

"China Bookshelf" CRRC Pilih Lebih 500 Buku daripada Pilihan Budaya, Sejarah, Tradisi, Adat, Falsafah dan Banyak Lagi.
"China Bookshelf" CRRC Pilih Lebih 500 Buku daripada Pilihan Budaya, Sejarah, Tradisi, Adat, Falsafah dan Banyak Lagi.

China Bookshelf akan mencipta perpustakaan mini dengan tumpuan terhadap China dan budaya Cina di serata dunia. Buku-buku akan dikongsikan baik untuk kakitangan CRRC mahupun khalayak awam di luar China. Sebanyak 275 buah buku yang dihantar ke Australia kali ini akan ditempatkan di ruang istirehat kakitangan di CRRC Times Electric di Melbourne, manakala 300 buah buku lagi akan disediakan untuk penduduk tempatan daripada perpustakaan komuniti.

Pemilihan buku-buku dalam projek ini dikeluarkan oleh penerbit-penerbit utama China, yang meliputi pelbagai unsur budaya China selain pengenalan kepada industri alihan rel Cina. Mengetengahkan adat, tradisi, sejarah, seni bina, geografi, falsafah sehinggalah politik dan gerakan sosial, perpustakaan mini ini akan membolehkan pembaca mendapat akses yang komprehensif terhadap China kuno dan moden, memperkasa ikatan individu-ke-individu Sino-Australia yang lebih kukuh dengan persefahaman yang lebih mendalam.

"CRRC komited untuk mewujudkan budaya korporat yang pelbagai dan inklusif. Budaya kami adalah berasaskan etos komunikasi terbuka," kata Liu Hualong, Pengerusi CRRC.

Projek China Bookshelf mengulangi usaha CRRC untuk mewujudkan budaya integriti dan tanggungjawab, menghapuskan konflik budaya dengan mencari titik persamaan dan integrasi budaya bersama kakitangan dan penduduk tempatan.

Mulai tahun 2018, syarikat ini telah melancarkan pelbagai aktiviti silang budaya bagi menggalakkan pertukaran sedemikian di Australia termasuk Hari Terbuka di kilang Morwell dan penajaan sukan untuk permainan bola keranjang tempatan. CRRC turut meninjau peluang untuk bekerjasama dengan universiti-universiti Australia dalam bidang pembuatan, pengurusan dan penyelidikan saintifik.

Dengan terlibat secara aktif bersama rakan kongsi di kawasan setempat, CRRC berusaha untuk membina bersama-sama sebuah komuniti dengan minat bersama dan pembangunan harmoni bersama kerajaan tempatan, perniagaan dan juga komuniti.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi CRRC atau halaman korporat di FacebookTwitterInstagramYouTube.

Latar Belakang CRRC

CRRC (CRRC Corporation Limited) ialah salah sebuah syarikat peralatan pengangkutan rel yang terbesar di dunia, dengan hasil jualan tahunan mencecah RMB229.01 bilion pada tahun 2019. Ia menyediakan produk dan perkhidmatan ke lebih daripada 100 negara dan wilayah serta menubuhkan 15 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) antarabangsa. CRRC turut menubuhkan pangkalan pembuatan tempatan di AS, Australia, Afrika Selatan, Malaysia, Turki dan India, antara negara-negara lain. Setakat tahun 2019, CRRC menduduki tempat ke-359 antara syarikat-syarikat Fortune Global 500.

 

 

Source: CRRC
Related Stocks:
HongKong:1766
Keywords: Art Entertainment Railroads and Intermodal Transportation Transportation