omniture

KD200 Huion: Kombinasi Inovatif Papan Kekunci dan Tablet Pen Menang Tiga Anugerah Reka Bentuk Antarabangsa

Huion
2021-01-18 11:01 267

SHENZHEN, China, 18 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia peranti lukisan digital global Huion baru-baru ini melancarkan tablet pennya yang memenangi anugerah KD200. Dilengkapi dengan papan kekunci satu-tangan dan pengawal dail, tablet pen ini merupakan satu inovasi untuk lukisan digital yang cekap. Teknologi Bluetooth 5.0 terbina dalam menjadikannya lebih menarik dan juga produktif.

Huion Inspiroy Keydial KD200
Huion Inspiroy Keydial KD200

Reka bentuk inovatif untuk kecekapan lebih tinggi

Bagi memudahkan lagi pengguna semasa mereka melukis, KD200 menggabungkan tablet pen dengan papan kekunci dan pengawal dail buat julung kalinya. 23 kunci papan kekunci standard boleh berfungsi seperti mana yang terdapat pada papan kekunci umum, yang menyokong input berterusan serta kombinasi kunci, manakala pengawal dail dan 5 kekunci tekan boleh diatur cara boleh disesuaikan sebagai fungsi-fungsi berbeza bagi memenuhi lebih banyak keperluan individu.

Sebagai produk yang direkayasa dengan baik yang mempunyai prestasi cemerlang, KD200 diiktiraf secara meluas oleh institusi-institusi antarabangsa dan juga para pereka profesional. Ia telah memenangi Golden Pin Design Award, Good Design Award dan juga Red Star Design Award.

Huion Inspiroy Keydial KD200
Huion Inspiroy Keydial KD200

Bluetooth 5.0 untuk penciptaan yang lebih bebas

Dilengkapi dengan teknologi Bluetooth 5.0 yang maju, KD200 Huion menyokong jarak komunikasi yang lebih luas dan pemindahan isyarat yang lebih cepat yang membolehkan pengguna untuk menyerlahkan daya kreativiti mereka baik di rumah mahupun semasa berada di mana-mana sahaja. Selain itu, dengan hayat bateri sehingga 18 jam lamanya, pastinya KD200 dapat memenuhi keperluan kebanyakan pengguna, apatah lagi ia hanya memerlukan 1.2 jam untuk mendapat bateri yang dicas penuh.

PenTech3.0 dan helaian tekstur untuk pengalaman melukis pen-atas-kertas

Didayakan oleh PenTech3.0, pen digital tanpa bateri PW517 dengan teras magnet lebih rendah memberikan pengalaman melukis yang lebih stabil. Tambahan pula, dengan 8192 tahap kepekaan tekanan dan sokongan condong ±60°, garisan dalam kelebaran dan ketepuan berbeza dapat direalisasikan dengan mudah dan secara semula jadi dengan menyelaraskan sudut pen dan tekanan yang dikenakan. Dibuat dengan kemasan seakan kertas, helaian tekstur KD200 adalah anti-calar dan anti-cap jari, lalu menulis di atasnya dirasakan seperti menulis di atas sekeping kertas kerana pengguna dapat merasakan geseran pen digital apabila ia meluncur atas permukaan KD200.

Sebagai produk pertama yang dikeluarkan oleh Huion pada tahun 2021, KD200 menonjolkan penghormatan dan kejayaan teknologi cemerlang yang dicapai oleh Huion dalam dekad yang lalu. Pada masa akan datang, Huion akan terus memperkenalkan produk-produk yang lebih inovatif dan praktikal bagi memudahkan kelahiran artis digital di serata dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Huion, sila kunjungi: www.huion.com.

 

Source: Huion
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Awards