omniture

Pantum Lancar Elite Series Pencetak Berkualiti Tinggi Global Baharu

Pantum
2021-01-19 15:22 80

ZHUHAI, China, 19 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pantum, jenama yang membangunkan, mengeluarkan dan menjual pencetak laser serta kartrij toner di seluruh dunia, melancarkan Elite Series, yang merupakan siri produk premium yang disediakan di serata dunia yang terdiri daripada enam model bermula daripada pencetak fungsi tunggal hingga pencetak berbilang fungsi. Antara siri baharu tersebut, BP5100DN merupakan yang pertama memasuki pasaran, bermula di Rusia, Eropah, Asia-Pasifik dan Amerika Utara. Diikuti oleh negara-negara serta wilayah-wilayah lain.

Pantum, sebagai sebuah syarikat yang teliti, akan terus menambah baik dan mengoptimumkan prestasi pencetak demi pengalaman pengguna yang lebih baik. Dengan tumpuan teguhnya untuk mengembangkan portfolio produknya bagi memenuhi keperluan pasaran yang berbeza, pengenalan Elite Series Pantum adalah penting kerana banyak sebab. Ia bukan sahaja melengkapkan segmen berkualiti tinggi portfolio Pantum, malah ia turut memberi nilai tambahan kepada rakan kongsi. Tambahan pula, ia menyediakan pengguna dengan lebih banyak pilihan, lantas dapat memenuhi keperluan mereka yang pelbagai.

Sebagai salah satu mesin terpantas dalam rangkaian produk A4 semasa Pantum, BP5100DN/BP5100DW baharu memberi produktiviti yang paling maju dan prestasi yang tiada tandingan, dengan pencetakan berkelajuan tinggi iaitu 40 halaman seminit (PPM) untuk kertas A4 dan 42 PPM untuk surat. Output halaman pertama dicapai dalam masa kurang daripada 6.9 saat. Tambahan pula, ia menawarkan kapasiti luar biasa dengan jumlah cetakan bulanan maksimum mencecah 80,000 halaman, didorong oleh bekas ruang kertas berbilang fungsi 60-halaman yang berkuasa. Pencetakan dupleks automatik juga membolehkan pengguna untuk menjimatkan 50% kertas. Kedua-dua dram dan toner berasingan adalah mesra alam dan berpatutan manakala struktur bingkai logam yang kuat dan tahan lasak memberi sokongan andal untuk pencetakan berterusan.

Pantum Lancar Elite Series Pencetak Berkualiti Tinggi Global Baharu
Pantum Lancar Elite Series Pencetak Berkualiti Tinggi Global Baharu

Model-model BP5100DN/BP5100DW Elite Series juga mudah digunakan, dengan teknologi pemasangan pemacu satu-klik ciri Pantum membolehkan pengguna menetapkannya dengan satu klik pada butang. Pencetakan itu sendiri mudah dilaksanakan dan boleh dilakukan pada telefon bimbit, melalui aplikasi Pantum, Air print, atau Mopria. Selain itu, model-model ini mempunyai mod senyap bagi memastikan persekitaran kerja yang senyap dan tidak terganggu. Justeru itu, ia sesuai khususnya untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana, kumpulan kerja perusahaan dan pengguna kerajaan.

Menerusi jaringan jualan global yang semakin berkembang, kini Pantum berada di berpuluh-puluh negara serta wilayah di seluruh dunia. Dengan Elite Series baharunya yang dimulakan pada Tahun Baharu, Pantum memandang ke tahun 2021 yang menjanjikan harapan ketika ia berusaha untuk membawa penyelesaian pencetakan kepada pengguna yang lebih beraneka berbanding sebelum ini.

Latar Belakang Pantum

Ditubuhkan pada tahun 2010, Pantum ialah pengeluar pencetak, dengan perniagaannya mencakupi pencetak, bahan cetak serta penyelesaian dan perkhidmatan pencetakan. Pada tahun 2011, Pantum memulakan pengembangan luar negaranya menerusi jejak global semasa yang melibatkan berpuluh-puluh negara. Dengan teknologi berpatennya, Pantum komited untuk memenuhi keperluan pencetakan yang semakin berkembang dengan menawarkan produk yang menjimatkan, mesra pengguna dan cekap tenaga serta penyelesaian pencetakan yang andal. Hari ini, Pantum kini turut membawa nilai yang lebih besar kepada pelanggannya melalui produknya yang berkesan kos dan perkhidmatan premium.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusia
Chulpan Sadykova
Wakil Jualan Rusia
Tel.: +7 987 2 975 973
Emel: chulpan@pantum.com

Eropah
En. Jack Hao
Pengurus Jualan Eropah
Telefon Bimbit: +86 15916279793
Emel: jack.hao@pantum.com

Asia-Pasifik
En. Aaron Zhao
Pengurus Jualan Asia-Pasifik
Telefon Bimbit: +86 18928036307
Emel: Aaron.zhao@pantum.com

Amerika Utara
En. Kyan Liao
Pengurus Jualan Amerika Utara
Telefon Bimbit: +86 13570615281
Emel: kyan.liao@pantum.com

Source: Pantum
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Office Products Computer Accessories Retail New products/services