omniture

Hasil USD LTI telah meningkat sebanyak 5.8% QoQ dan 8.5% YoY; Keuntungan Bersih meningkat sebanyak 37.9% YoY

LTI
2021-01-20 19:04 121

Pengumuman Hasil dan Lembaran Fakta Suku Ketiga, Tahun Fiskal 2021

MUMBAI, India, 20 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (kod BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perunding teknologi global dan penyelesaian digital, mengumumkan hasil Q3 FY21 pada hari ini.

Dalam Dolar AS: 

  • Hasil pada USD 427.8 juta; peningkatan 5.8% QoQ dan 8.5% YoY
  • Hasil Mata Wang Malar meningkat 5.3% QoQ dan 7.4% YoY

Dalam Rupee India: 

  • Hasil pada INR 31,528 juta; peningkatan 5.1% QoQ dan pertumbuhan 12.2% YoY
  • Pendapatan Bersih pada INR 5,193 juta; peningkatan 13.7% QoQ dan pertumbuhan 37.9% YoY

"Kami sukacita untuk menyampaikan pertumbuhan suku tahun yang kukuh sebanyak 5.8% QoQ dalam hasil USD. Pertumbuhan ini telah didorong oleh momentum pertumbuhan yang sihat meliputi seluruh portfolio kami. Kami terus melihat permintaan yang tinggi untuk penyelesaian IT berasaskan awan. Perkongsian tahap 1 kami dengan syarikat gergasi membolehkan kami bekerjasama dalam peluang memperoleh hasil pelanggan dan pemasaran. 

"Kami gembira mengumumkan dua urus niaga besar dengan TCV baharu bersih kumulatif bernilai USD 278 juta. Kami kekal fokus pada keupayaan pembinaan dan penskalaan yang berbeza. Perancangan urus niaga yang sihat dan usaha mendapatkan pelanggan yang berterusan menjadikan kami optimistik tentang masa depan." 

- Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, LTI 

Perjanjian Diperolehi Terkini 

  • Sebuah syarikat peneraju dalam transformasi digital yang berpangkalan di UAE telah memilih LTI sebagai rakan kongsi pilihan untuk menyediakan sokongan infrastruktur dan operasi aplikasi serta penyelenggaraan kepada pelanggan sedia ada dan baharu. Sebagai sebahagian daripada urus niaga tersebut, LTI juga akan bekerjasama dengan pelanggan akhir untuk membantu mereka menuju ke arah penggunaan awan dan mengubah operasi untuk mencari lokasi terbaik dan memperkenalkan automasi yang terunggul.
  • Sebuah syarikat tenaga Fortune 500 Global telah memilih LTI sebagai rakan kongsi utamanya untuk perjanjian perkhidmatan terurus aplikasi bagi mencipta dan menyatukan platform penghantaran perkhidmatan IT yang disejajarkan dengan perniagaan di seluruh organisasi dan mengurangkan jumlah kos hak milik.
  • Sebuah syarikat yang terletak di A.S yang menyediakan pemasaran dipacu data, penyelesaian kesetiaan dan pembayaran terkemuka telah memilih LTI untuk inisiatif transformasi digital yang berpusatkan pelanggan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, reputasi jenama, pemerolehan dan pengekalan pelanggan serta pengurangan kos melalui operasi yang diperkemaskan.
  • Sebuah syarikat kejuruteraan, pembinaan dan perlombongan yang terletak di Asia Tenggara telah bekerjasama dengan LTI untuk mengubah perolehan, penjualan, pembidaan, kontrak dan fungsi analitik menggunakan SAP untuk membolehkan kecemerlangan operasi, memastikan maklumat dipacu data dan keputusan dimaklumkan di seluruh organisasi.
  • LTI memeterai perjanjian penjualan pelesenan untuk produk AI, Decisions dan Catalog pada platform Mosaic dengan syarikat perbankan dan perkhidmatan kewangan multinasional untuk memberi kecekapan dalam pelaporan mereka dengan pengawal selia. Mosaic akan berfungsi sebagai platform analisis data yang disatukan yang membolehkan penyatuan semua model risiko kredit dan akan dihoskan dalam persediaan awan hibrid. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, LTI akan menjadi sebuah gedung sehenti yang menyediakan produk termasuk perkhidmatan pengendalian, penggunaan, pengintegrasian dan ujian.
  • Sebuah firma perkhidmatan kewangan terkemuka Eropah telah memilih LTI untuk mengurus operasi infrastruktur melalui model operasi yang lebih dipercayai dengan memanfaatkan platform Mosaic untuk memacu automasi.
  • Sebuah kumpulan insurans harta komersial dan kecederaan terkemuka yang berpangkalan di Kanada telah memilih LTI untuk menyatukan dan mengubah sistem pentadbiran dasar dan proses ke platform Duck Creek untuk memperkemaskan operasinya.
  • Sebuah syarikat pelaburan hartanah yang berpangkalan di A.S. telah memilih LTI untuk menyediakan perkhidmatan sokongan aplikasi, penyelenggaraan dan pembangunan berserta dengan inisiatif pelaksanaan utama untuk memacu pengoptimuman kos dan transformasi digital.

Anugerah dan Pengiktirafan 

  • LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dalam ISG Provider Lens™ Digital Business – Solutions and Service Partners Report, US 2020
  • LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dan Penampil Bintang (Star Performer) di Application and Digital Services, Everest Group dalam Capital Markets PEAK Matrix® Assessment 2021
  • LTI ditempatkan dalam Kuadran "Peneraju" dalam NelsonHall's Software Testing: Quality Engineering NEAT 2020
  • LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dalam ISG Provider Lens™ Public Cloud — Solutions and Services Report, Nordics 2020
  • LTI diiktiraf sebagai peneraju dalam Everest Group Insurance Business Model Innovation Enablement Services PEAK Matrix® Assessment 2021

Sorotan Perniagaan Lain 

  • LTI telah memenangi Kategori Nilai Cemerlang (Outstanding Value Category) di Honda Indirect Procurement Supplier 2020 Awards, AS. Kategori nilai cemerlang memperakui pembekal yang memberikan nilai paling banyak kepada Honda melalui pengiktirafan jumlah kos pemilikan
  • LTI kini adalah "rakan kongsi peringkat Elit" Snowflake, sebuah syarikat awan data. LTI juga telah menjadi rakan kongsi sulung untuk Snowcase, sebuah program yang dilancarkan oleh Snowflake untuk membangunkan dan memasarkan penyelesaian khusus industri bagi mempercepatkan pelaksanaan transformasi data awan kepada perusahaan
  • LTI kini ialah rakan kongsi peringkat "Premier" di Google Cloud
  • LTI kini merupakan "rakan kongsi peringkat Platinum" IBM
  • LTI telah bekerjasama dengan Temenos untuk melancarkan Platform Perbankan Digital di rantau Nordic
  • LTI telah memperoleh kedudukan antara 50 syarikat teratas (Penarafan "A") di kedudukan BW BusinessWorld India untuk Most Sustainable Companies 2020

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang menumpu. Dengan operasi di 31 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang membolehkan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingannya untuk menyelesaikan cabaran perusahaan yang paling kompleks di kesemua industri. Setiap hari, pasukan kami yang mempunyai lebih daripada 30,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi mereka dan memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 India:EQLTI India:LTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Accounting news, issues Earnings Data Analytics