omniture

Kajian baharu Sekolah Perniagaan HKBU tunjukkan pemberi dana khalayak dalam talian sering sokong usahawan Kickstarter dengan wajah kelihatan boleh dipercayai

Tidak kira sebaik mana rupa paras anda - wajah yang kelihatan boleh dipercayai merupakan kunci untuk memeterai urus janji
Hong Kong Baptist University
2021-02-18 15:27 250

HONG KONG, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Sepanjang beberapa tahun yang lalu, pendanaan khalayak dalam talian menunjukkan bahawa ia merupakan mekanisme pengumpulan dana berdaya maju yang akan berkekalan. Platform-platform seperti Kickstarter telah menjadi magnet untuk para usahawan yang ingin memasarkan konsep mereka dan mengumpul modal. Biarpun banyak perhatian diberikan kepada persembahan dan penerangan mengenai produk, satu kajian baharu oleh Dr. Yang Duan dan Dr. Ray Wang daripada Sekolah Perniagaan Hong Kong Baptist University (HKBU), Tien-Shih Hsieh of University of Massachusetts Dartmouth dan Zhihong Wang of Clark University meneliti suatu idea yang nampaknya baharu - adakah orang ramai membiayai kempen pendanaan khalayak berdasarkan sejauh mana usahawan tersebut dilihat boleh dipercayai? Adakah wajah usahawan pada dasarnya menjadi kunci kejayaan pendanaan khalayak?

Menggunakan foto usahawan yang melancarkan kempen Kickstarter, kajian berkenaan menghasilkan indeks kebolehpercayaan wajah komprehensif dengan menggunakan teknik-teknik pengesanan wajah berasaskan pembelajaran mesin. Melalui kaedah ini, penyelidik dapat melihat bahawa kebolehpercayaan pada wajah - persepsi pemberi dana terhadap keupayaan, kemurahan hati dan integriti usahawan berdasarkan ciri-ciri pada wajah usahawan - sememangnya mempengaruhi keputusan pendanaan. Berikut merupakan beberapa cara yang memberi kesan terhadap proses membuat keputusan pendanaan khalayak:

Semakin anda kelihatan boleh dipercayai, semakin tinggi kemungkinan untuk anda mendapat dana - Kajian tersebut mendapati bahawa usahawan yang kelihatan lebih dipercayai lebih cenderung untuk mendapat pembiayaan kempen mereka. Kebolehpercayaan wajah yang positif mempengaruhi kualiti DAN kuantiti - usahawan yang kelihatan "lebih dipercayai" bukan sahaja mendapat lebih banyak dari segi jumlah yang dijanjikan, mereka turut menarik lebih ramai pemberi dana secara keseluruhan.

Kebolehpercayaan pada wajah lebih penting untuk usahawan wanita dan kepercayaan adalah lebih penting berbanding daya tarikan - Kebolehpercayaan pada wajah memainkan peranan yang lebih penting dalam menentukan kejayaan pendanaan khalayak usahawan wanita berbanding rakan usahawan lelaki mereka. Meskipun segelintir mungkin mempertikaikan bahawa daya tarikan yang ditanggapi - dan bukan kebolehpercayaan - mungkin memainkan peranan di belakang tabir, kajian tersebut menguji aspek ini dan mendapati bahawa daya tarikan pada wajah tidak memberi kesan signifikan terhadap kejayaan pendanaan khalayak.

Wajah yang kelihatan boleh dipercayai membantu pemberi dana berasa lebih senang mengenai projek keseluruhan - Kebolehpercayaan pada wajah dapat mengurangkan kebimbangan pemberi dana berhubung ketidakpastian mengenai pendanaan khalayak. Persepsi ini boleh menjadi kunci untuk proses membuat keputusan dalam persekitaran pelaburan yang mana maklumat berkaitan projek yang lain adalah terhad.

Kebolehpercayaan pada wajah merupakan satu perkara yang diberi perhatian, namun beberapa kebenaran yang biasa masih kekal - Projek-projek dengan matlamat pengumpulan dana yang lebih rendah dan tempoh yang lebih panjang lebih berkemungkinan untuk dibiayai dengan jayanya dan usahawan yang menyertakan persembahan video mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi memandangkan ini menandakan kualiti yang tinggi dan kesediaan - elemen-elemen yang membina kepercayaan.

Meskipun ia seolah-olah dangkal apabila wajah seseorang mempengaruhi bakal pemberi dana khalayak, kajian tersebut menunjukkan bahawa kejayaan usaha pendanaan khalayak Kickstarter biasanya tidak mempunyai kaitan dengan kualiti sebuah projek - orang ramai perlu dimenangi dengan kepercayaan. Hanya dengan kelihatan seperti usahawan yang boleh dipercayai, orang ramai boleh berkompromi dengan kelemahan yang terdapat dalam aspek-aspek lain - wajah yang kelihatan boleh dipercayai boleh berjaya mendapatkan pendanaan.

Source: Hong Kong Baptist University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research