omniture

SmartKem, Inc. Memperoleh $24.6 Juta dan Menyelesaikan Pengambilalihan Berbalik

SmartKem
2021-02-24 20:00 1669

Peneraju dalam pembangunan bahan semikonduktor organik generasi baharu untuk pembuatan barangan elektronik fleksibel, dengan jayanya memuktamadkan pengambilalihan dan menyelesaikan pembiayaan 

MANCHESTER, England, 24 Februari 2021 /PRNewswire/ -- SmartKem, Inc. (Syarikat), perintis pembangunan bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan bahan semikonduktor organik bagi pembuatan peralatan elektronik fleksibel, hari ini mengumumkan penyelesaian pembiayaan pelaburan swasta bernilai $24.6 juta. Sebelum pembiayaan tersebut, SmartKem Limited (SmartKem) menyelesaikan transaksi pengambilalihan berbalik dengan Parasol Investments Corporation (Parasol), sebuah perbadanan Delaware awam, yang menjadikan SmartKem anak syarikat milik penuh Parasol. Selepas pengambilalihan tersebut, Parasol menukar namanya kepada SmartKem, Inc. dan akan meneruskan perniagaan bersejarah SmartKem. Para pengarah SmartKem iaitu Ian Jenks, Robert Bahns, Dr. Simon King, Klaas de Boer dan Barbra Keck, dilantik sebagai Pengarah Syarikat. Ian Jenks dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif manakala Robert Bahns menjadi Ketua Pegawai Kewangan Syarikat tersebut.

Ian Jenks, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, "Kejayaan pembiayaan ini mengatasi jangkaan kami dan kami percaya ia juga menunjukkan keyakinan pelabur terhadap SmartKem, teknologi, produk, daya tarikan pelanggan semasa serta peluang pasaran kami. Pembiayaan ini membolehkan kami terus meningkatkan rangkaian pengeluaran dakwat truFLEX®, Alat Automasi Reka Bentuk Elektrik serta memperluas Perkhidmatan Pembuatan Asas kami."

Teknologi truFLEX® SmartKem mendeposit dakwat organik ke atas substrat pada suhu serendah 80°C, membolehkan pengeluar memanfaatkan pelbagai jenis substrat plastik yang fleksibel dengan kos yang rendah menggunakan peralatan dan infrastruktur standard industri sedia ada. Rangkaian transistor SmartKem adalah fleksibel, boleh dilentur, sesuai dipakai dan ringan serta boleh digunakan dalam beberapa aplikasi yang berbeza, termasuk paparan telefon pintar boleh dilentur, komputer riba boleh dilipat, lampu belakang TV, paparan automotif melengkung, paparan e-Kertas berwarna, item boleh dipakai, cap jari dan pengesan sinar-X serta biosensor bercetak.

GP Nurmenari, Inc. (seperti yang dinasihati oleh Intuitive Venture Partners) bertindak sebagai ejen pelaburan eksklusif untuk pelaburan swasta ini. Montrose Capital Partners merupakan penaja untuk transaksi tersebut.

Sekuriti yang dikeluarkan dalam pengambilalihan dan dijual dalam pelaburan swasta ini tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933 dan tidak boleh dijual semula kerana tiada pendaftaran atau pengecualian pendaftaran di bawah Akta tersebut.

Siaran akhbar ini bukan merupakan tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk pembelian sekuriti dan tidak ada penjualan sekuriti ini di bawah mana-mana bidang kuasa yang menjadikan penawaran, pengumpanan atau penjualan ini tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa tersebut.

Tentang SmartKem

SmartKem ialah peneraju global Bahan Organik Penggunaan Khusus untuk papan litar transistor filem nipis organik (OTFT) yang serasi dengan keluaran standard industri. SmartKem memberi tumpuan kepada reka bentuk, pembangunan, perindustrian dan pemindahan teknologi bersuhu rendah, yang didepositkan dengan penyelesaian semikonduktor organik untuk papan litar transistor .

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Semua pernyataan dalam siaran akhbar ini yang bukan pernyataan masa lalu, adalah pernyataan berpandangan ke hadapan, antaranya termasuk pernyataan yang berkaitan dengan harapan Syarikat tentang kedudukan dan peluang pasarannya, harapan dan perancangan tentang pembangunan produk, pembuatan dan penjualan serta hubungan dengan rakan kongsi dan para pelabur. Pernyataan ini bukan merupakan fakta masa lalu, sebaliknya adalah berdasarkan jangkaan semasa, anggaran dan unjuran SmartKem Inc. tentang perniagaan, operasi dan faktor lain yang serupa atau berkaitan. Perkataan seperti "mungkin," "akan," "boleh," "harus," "menjangka," "meramal," "berpotensi," "meneruskan," "mengharap," "berhasrat," "merancang," "mempercayai," "menganggar" dan ungkapan lain yang serupa, digunakan sebagai identifikasi pernyataan berpandangan ke hadapan ini, walaupun tidak semua pernyataan berpandangan ke hadapan mengandungi ungkapan ini. Anda tidak seharusnya terlalu bergantung kepada pernyataan berpandangan ke hadapan kerana ia melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan andaian yang sukar atau mustahil untuk diramalkan dan dalam sesetengah kes, ia adalah di luar kawalan Syarikat. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan yang terhasil daripada beberapa faktor, termasuk yang dijelaskan dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak semula atau mengemas kini maklumat dalam siaran ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan pada masa hadapan, walaupun maklumat baharu tersedia.

www.smartkem.com

 

 

Source: SmartKem
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Semiconductors Accounting news, issues Acquisitions, mergers, takeovers Financing agreements