omniture

Pakar XJTLU: Pengajaran dipelajari daripada perjuangan China terhadap kemiskinan

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2021-03-02 04:31 228

SUZHOU, China, 2 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2016, China secara rasminya berjanji bahawa menjelang akhir tahun 2020, ia akan membebaskan 832 daerah yang tinggal untuk keluar daripada kemiskinan melampau – satu sasaran yang telahpun dicapai pada November lalu. Pada Khamis lalu, Presiden China Xi Jinping memuji pencapaian tersebut sebagai satu "kemenangan penuh" di sebuah upacara di Beijing bagi memberi penghormatan kepada peserta-peserta projek yang utama.

Dr Alessandra Cappelletti (left), of Xi’an Jiaotong-Liverpool University, was a researcher for the Poverty Alleviation Programme Xinjiang in 2011/2012.
Dr Alessandra Cappelletti (left), of Xi’an Jiaotong-Liverpool University, was a researcher for the Poverty Alleviation Programme Xinjiang in 2011/2012.

Dr Alessandra Cappelletti, Profesor Madya di Jabatan Pengajian Antarabangsa di Xi'an Jiaotong-Liverpool University, berkata bahawa terdapat beberapa sebab mengapa projek ini sangat berjaya dan percaya bahawa terdapat beberapa pengajaran yang boleh dipelajari oleh negara-negara lain.

Pengajaran 1: Jadikannya satu keutamaan

Salah satu kunci kejayaan rancangan China ialah kehendak politik yang kuat, kata Dr Cappelletti. "Pihak kerajaan menggerakkan seluruh jentera, dari sudut pandangan birokratik," kata beliau.

Perkara yang dirancang menunjukkan perkembangan yang baik untuk menepati tarikh akhir, namun awal tahun ini, pandemik Covid-19 mengakibatkan berlakunya kelembapan ekonomi di seluruh dunia.

Daripada menangguhkan program berkenaan, kata Dr Cappelletti, kerajaan pusat mengeluarkan arahan dengan pantas kepada pegawai tempatan untuk kekal pada sasaran. "Apabila kerajaan pusat menyampaikan matlamat yang jelas, ia benar-benar menjadi satu kemestian."

Pengajaran 2: Berfikir jauh ke hadapan

Setelah sebuah daerah dibebaskan daripada belenggu kemiskinan, ia akan menjadi mudah untuk pegawai berehat-rehat dan berpuas hati dengan diri sendiri atas tugas yang dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun, kata Dr Cappelletti: "Penggubal dasar Cina berpendapat bahawa setiap penyelesaian mencetuskan 10 masalah lagi. Ini merupakan pandangan dunia 'hubungan' yang melihat kerumitan dalam segala hal."

Salah satu daripada masalah baharu ini ialah mengekalkan kekayaan.

"Satu strategi adalah dengan membantu petani memajukan perniagaan mereka sendiri. Di sebuah kampung di Sichuan, China Agricultural University di Beijing membantu petani membaiki rumah mereka dan menyewa bilik kepada pelancong," kata beliau.

Pengajaran 3: Memandang ke dalam

Selama bertahun-tahun, Cappelletti menjelaskan, China telah mengalihkan tumpuan ekonominya. "Terdapat dorongan untuk menaik taraf sistem ekonomi Cina daripada sistem yang berasaskan buruh murah dan bergantung pada arang batu, kepada model yang diterajui teknologi yang inovatif." Negara turut mengutamakan peningkatan pasaran domestik dan pengurangan pergantungan terhadap eksport.

Satu cara tidak langsung untuk merangsang ekonomi tempatan adalah dengan meningkatkan pelaburan dalam pendidikan dan perkhidmatan rawatan kesihatan, jelas beliau, kerana apabila perkhidmatan ini menjadi lebih berpatutan untuk rakyat biasa, akan adanya lebih banyak pendapatan yang boleh digunakan.

"Pastinya masih terdapat beberapa cabaran. Namun begitu, sukar untuk menjadi tidak optimis," kata beliau.

 

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Domestic policy Survey, Polls & Research Public Interest