omniture

Saint Kitts dan Nevis Menerima 20,000 Vaksin COVID dari India, Perdana Menteri Menyeru Agar Perkongsian Vaksin Antarabangsa Ditingkatkan

CS Global Partners
2021-03-04 08:00 4133

LONDON, 3 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada minggu lalu, Persekutuan Saint Kitts dan Nevis memulakan program pemvaksinan besar-besaran setelah menerima 20,000 vaksin daripada India. Walaupun sempadan antarabangsanya dibuka pada 31 Oktober, Saint Kitts dan Nevis kekal menjadi salah sebuah negara yang paling kurang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan melaporkan hanya 33 kes serta tiada penularan dalam komuniti pada masa ini dan kematian sifar secara keseluruhan. Perdana Menteri Timothy Harris telah menyeru semua rakyat di negara dua pulau itu agar mendapatkan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok.

Selain itu, Perdana Menteri Harris turut menyentuh tentang kepentingan perkongsian vaksin di seluruh dunia dengan meminta negara-negara kaya agar membantu negara-negara membangun. Beliau turut menyentuh tentang keperluan akses yang lebih luas kepada vaksin dan pengagihan yang cekap.

"Saya menyeru negara-negara G7 seperti Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, UK dan AS serta EU agar menjadikan vaksin tersedia kepada negara-negara lain yang memerlukan tepat pada masanya," kata PM Harris. "Kami bersyukur atas sumbangan besar daripada negara-negara ini bagi dana vaksin COVAX namun kami juga menyeru mereka untuk bertindak lebih lanjut dan dengan lebih cepat kerana kuantiti yang dikatakan tersedia tidak menepati ambang imuniti kelompok," beliau menambah.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada India atas sifat kedermawanan negara itu. Kedua-dua buah negara ini mempunyai hubungan erat kerana kedua-duanya merupakan negara Komanwel dan berkongsi sejarah sebagai tanah jajahan British. Selain itu, Saint Kitts dan Nevis telah menjadi tempat tinggal kepada populasi India yang agak besar yang merangkumi dari ahli perniagaan hinggalah pelajar dan ia terus berkembang ekoran Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan negara tersebut.

Les Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Kewarganegaraan Melalui Unit Pelaburan menekankan hal ini dalam webinar baru-baru ini dengan The Economic Times: "Di sini, di Saint Kitts dan Nevis, terletaknya Universiti Windsor dengan ratusan rakyat India yang datang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Universiti ini diterajui oleh individu-individu berketurunan India. Dalam semua aspek bidang ekonomi kami, terdapat rakyat India yang telah mendapat tempat dan menyumbang dengan cara yang membina untuk pembangunan negara. Kami bersikap terbuka dan kami berasa amat selesa menerima kedatangan mereka serta menjadi sebahagian daripada landskap ekonomi kami." 

Sejak tahun 1984, Saint Kitts dan Nevis telah mengendalikan Program CBI yang pertama dan paling lama di dunia yang mengalu-alukan pelabur asing menjadi warganegara negara ini dengan membuat sumbangan sekali dalam dana kerajaan. Bersandarkan pengalamannya yang luas dan kewujudannya sejak sekian lama, program ini dianggap sebagai 'Standard Platinum' dalam industri penghijrahan pelaburan. Hasil yang dijana daripada program ini telah menyumbang kepada projek pembangunan negara dalam bidang pelancongan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan banyak lagi.

Malahan, pelabur yang mendapat akses kepada kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis memperoleh manfaat yang merangkumi daripada peningkatan mobiliti perjalanan, kebebasan kewangan dan keupayaan untuk mewariskan kewarganegaraan kepada generasi seterusnya serta mewujudkan legasi masa depan untuk keluarga mereka. Mereka juga mendapat hak untuk menetap, bekerja dan belajar dalam suasana yang permai serta kedaulatan undang-undang yang dihormati secara meluas.

Sila hubungi: +447867942505, pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com  

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel