omniture

Budaya Ainu diekspresikan melalui "bunyi" dalam pameran Seni Media baharu di Lapangan Terbang Chitose Baharu dibuka pada 22 Februari

Agensi Hal Ehwal Kebudayaan mempersembahkan "CULTURE GATE to JAPAN"
Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
2021-03-10 09:00 261

CHITOSE, Jepun, 10 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada 22 Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan membuka tirai pameran seni baharu di Lapangan Terbang Chitose Baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif "CULTURE GATE to JAPAN" mereka. Karya seni oleh kumpulan kreatif NAKED, INC. dipamerkan di lapangan terbang tersebut, serta di laman web, dengan tujuan untuk mempromosikan daya tarikan terhadap budaya Jepun dan berkongsi budaya berkenaan bersama dunia.

'Imagine ainu' oleh NAKED, INC.
'Imagine ainu' oleh NAKED, INC.

<Gambaran Keseluruhan Acara Lapangan Terbang Chitose Baharu> 

Tema pameran di Lapangan Terbang Chitose Baharu di Hokkaido ialah "INVISIBLE" ("HALIMUNAN"). Syarikat kreatif NAKED, INC., yang mengkhusus dalam mengisi ruang dengan pelbagai unsur media bagi mencipta pengalaman segar, mempamerkan karya berdasarkan tema budaya Ainu.

Ainu ialah orang asli yang berasal dari Hokkaido, wilayah Tohoku, Jepun dan timur Rusia. Mereka mengekalkan budaya tersendiri yang dicirikan oleh rasa syukur dan hormat yang mendalam terhadap alam semula jadi yang terdapat dalam iklim yang sangat sejuk di kawasan mereka. Kekayaan dunia spiritual orang Ainu telah diteruskan ke hari ini melalui lagu, tarian dan cerita dalam bahasa Ainu, yang sama sekali berbeza daripada bahasa Jepun.

NAKED, INC. telah mencipta karya seni beraaskan bunyi yang menyampaikan budaya dan semangat orang Ainu yang telah diwariskan daripada generasi ke generasi melalui tradisi lisan iaitu bahasa dan muzik.

Di samping itu, bermula pada akhir Mac ini, pengunjung akan berpeluang untuk meningkatkan pengalaman mereka menggunakan telefon pintar dalam poket mereka dengan menikmati pemasangan bunyi dan cahaya dengan bantuan aplikasi realiti terimbuh (AR).

  • Tempoh: 22 Februari 2021~
  • Lokasi: Lapangan Terbang Chitose Baharu
    Pintu Masuk Terminal 1 Domestik, Tingkat 1
  • Bayaran masuk: Percuma
  • Tema: INVISIBLE
  • Tajuk: Imagine ainu
  • Artis: Syarikat Kreatif NAKED, INC

Syarikat Kreatif NAKED, INC.
Syarikat Kreatif NAKED, INC.

NAKED, INC. ialah sebuah syarikat kreatif yang ditubuhkan oleh MURAMATSU Ryotaro dan pengarah, pereka dan penulis lain pada tahun 1997. Misinya adalah untuk menghasilkan pengalaman segar dan nilai baharu dalam setiap adegan hidup bermula daripada seni, hiburan dan budaya kepada tradisi, pendidikan, muzik, ruang bandar, makanan dan sukan.

Bermula pada bulan Februari 2021 Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun melancarkan projek promosi budaya inovatif yang dikenali sebagai "CULTURE GATE to JAPAN". Diadakan di tujuh lapangan terbang di seluruh Jepun selain Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, artis dan pencipta yang aktif dalam bidang Seni Media mempamerkan karya seni yang diilhamkan oleh budaya unik setiap kawasan dengan matlamat untuk mempamerkan daya tarikan budaya Jepun yang lebih luas.

Kesan global akibat novel coronavirus menjadikannya sukar untuk bertemu individu baharu dan mengalami sendiri budaya baharu. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya mengganggu pertukaran antara seni, idea dan budaya. Melalui projek ini, kami berharap agar dapat terus memberikan orang ramai di seluruh dunia dengan erti keajaiban dan kegembiraan serupa yang dirasai apabila menemui budaya baharu.

Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Chitose Baharu.
Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Chitose Baharu.

Penganjur: Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun 
Laman Sesawang Rasmi: https://culture-gate.jp/ 
Mengadakan pameran di Lapangan Terbang Chitose Baharu: https://culture-gate.jp/exhibition/invisible

Perhubungan Awam "CULTURE GATE to JAPAN" diurus oleh wondertrunk & co. Inc.

 

Source: Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
Keywords: Airlines/Aviation Art Entertainment Travel New products/services