omniture

Karya seni multimedia oleh lapan kumpulan artis dipamerkan di Lapangan Terbang Haneda dan Narita mulai 27 Februari

Agensi Hal Ehwal Kebudayaan mempersembahkan "CULTURE GATE to JAPAN"
Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
2021-03-12 09:00 185

TOKYO, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada 27 Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan membuka tirai pameran seni baharu di Lapangan Terbang Haneda dan Narita sebagai sebahagian daripada inisiatif "CULTURE GATE to JAPAN" mereka. Karya seni multimedia oleh lapan kumpulan artis kini dipamerkan di lapangan terbang serta dalam talian, dengan tujuan untuk mempromosikan daya tarikan terhadap budaya Jepun dan berkongsi budaya berkenaan bersama dunia.

'Crowd Cloud' oleh SUZUKI Yuri & HOSOI Miyu
'Crowd Cloud' oleh SUZUKI Yuri & HOSOI Miyu

<Gambaran Keseluruhan Acara Lapangan Terbang Haneda dan Narita>

Tema pameran di Lapangan Terbang Haneda dan Narita ialah "VISION GATE". Di bawah kurasi Paola ANTONELLI, pameran ini berusaha untuk meneroka konsep "visi" dari masa lalu ke masa depan dan peranannya sebagai asas dalam budaya Jepun.

  • Tempoh: Dibuka pada 27 Februari 2021
  • Lokasi:
    [Pemasangan] Terminal 2 Lapangan Terbang Haneda, Tingkat 2 Lobi Berlepas, Pusat Pemeriksaan Keselamatan D
    [Karya video]
    - Terminal 3 Lapangan Terbang Haneda, Tingkat 2 Dataran Ketibaan;
    - Terminal 1 & 2 Dataran Pelepasan Lapangan Terbang Haneda;
    - Semua Terminal Lapangan Terbang Narita, monitor Papan Tanda Digital
    *Lokasi untuk karya video di Lapangan Terbang Haneda adalah dalam kawasan keselamatan
  • Masuk: Percuma
  • Tema: VISION GATE 
  • Kurator: Paola ANTONELLI

Kurator : Paola ANTONELLI  foto oleh Marton Perlaki
Kurator : Paola ANTONELLI foto oleh Marton Perlaki

Paola ANTONELLI ialah Kurator Kanan Seni Bina & Reka Bentuk di The Museum of Modern Art di New York, serta Pengarah pengasas Penyelidikan & Pembangunan MoMA. Karya beliau menyelidik kesan reka bentuk ke atas pengalaman harian, sering kali melibatkan objek dan amalan yang terlepas pandang dan menggabungkan antara reka bentuk, seni bina, seni, sains dan teknologi.

Susulan XXII Triennale di Milano––Broken Nature 2019 beliau, menumpukan kepada idea reka bentuk restoratif–– baru-baru ini beliau membuat kurasi di pameran MoMA Material Ecology, mengenai karya oleh arkitek Neri OXMAN. Siri Langsung Instagram beliau yang terkenal @design.emergency––dihasilkan bersama pengkritik reka bentuk Alice RAWSTHORN––meninjau peranan reka bentuk dalam membina masa depan yang lebih baik buat semua.

  • Tajuk dan Artis (mengikut turutan abjad):
    [Pemasangan] Crowd Cloud oleh SUZUKI Yuri & HOSOI Miyu

Mengekalkan suara manusia sebagai terasnya, melalui karya ini, artis menyaring bunyi daripada bahasa Jepun dan mencipta komposisi dan pengalaman unik yang mana bunyi tersebut berasal daripada paduan bunyi berpuluh-puluh corong berdiri, yang berbual-bual antara satu sama lain seperti orang yang menunggu rakan taulan dan saudara mara di Balai Ketibaan sebuah lapangan terbang.

SUZUKI Yuri: SUZUKI Yuri ialah seorang artis dan pereka yang mengkaji kemungkinan bunyi dan muzik dalam pengalaman harian kita. Sejak tahun 2018, beliau menjadi rakan kongsi perunding bebas yang terbesar di dunia, Pentagram. Karya kreatif SUZUKI mencakupi dalam bidang reka bentuk, muzik dan seni, dengan hasil bermula daripada seni dan produk awam kepada identiti dan komposisi sonik. Karya beliau telah diiktiraf melalui anugerah industri serta diambil untuk pelbagai koleksi muzium antarabangsa termasuk Museum of Design Museum London, Israel Museum dan Museum of Modern Art, New York.

HOSOI Miyu: Dilahirkan pada tahun 1993, artis muzik/bunyi HOSOI Miyu aktif dalam melaksanakan pelbagai usaha artistik bermula dengan mencipta pemasangan bagi memberi kesedaran kepada bunyi sekeliling dengan menggunakan sistem bunyi berbilang saluran kepada penerbitan seni persembahan. HOSOI terkenal khususnya untuk karya 'overdubbing' menggunakan vokal beliau sendiri. Karya terkenal beliau, "Lenna" melalui saluran 22.2 dipersembahkan di pelbagai lokasi termasuk Bilik Tak Bergema NTT InterCommunication Center [ICC], Yamaguchi Center for Arts and Media [YCAM], Tokyo Metropolitan Theatre Concert Hall dan Audio Engineering Society. Beliau merupakan penerima bagi Anugerah Wajah Baharu di Bahagian Seni Festival Seni Media Jepun ke-23.

[Karya video]  Enam video oleh enam kumpulan artis yang berbeza membawa pengembara ke dalam budaya Jepun yang luar biasa beraneka dan eklektik.

Theme Park Tokyo oleh acky bright

Karya tersebut meneroka bandar Tokyo menggunakan struktur tatal gambar tradisional dan gaya manga kontemporari.

acky bright ialah seorang pengilustrasi dan Artis Manga, serta terkenal dengan seni garisan hitam dan putih beliau. Beliau mempunyai ramai pengikut luar negara untuk gaya unik beliau yang menggabungkan antara gaya 'anime' dan manga 1980-an dan 1990-an serta perspektif moden Jepun. Beliau pernah menerbitkan banyak karya seperti "Doodle" melalui media sosial dan acara lukisan langsung. Karya baharu beliau, "Shin Henkei Shojo (Gadis Transformer Baharu)" (DLE) kini ditayangkan secara bersiri dalam talian.

Hitoshobu (One Shot) oleh Jun Inoue

Karya tersebut merangkumkan lukisan langsung artis berkenaan dan sifat efemeral dunia Sho/Kaligrafi.

Inoue menggambarkan spiritualiti yang halus khusus untuk Jepun menggunakan garis abstrak bagi mencipta "ruang" unik. Kepekaan hebat beliau menggabungkan sifat moden dan semangat tradisional bagi merangsang kesedaran penonton. Memanfaatkan hubungan beliau dengan dunia fesyen dan muzik, beliau telah mempamerkan karya beliau di pelbagai tempat termasuk persembahan lukisan langsung dan persembahan karya seni. Inoue telah mengadakan pelbagai pameran persendirian di Jepun dan luar negara, termasuk tempat-tempat di Melbourne mahupun Paris.

Gravity Garden oleh KODAMA Sachiko

Karya berkenaan dicipta dengan 'ferrofluid' pendarfluor berwarna merah, hijau dan biru bagi mempersembahkan Taman Jepun dengan tenaga magnet dan graviti.

Selepas menamatkan pengajian daripada Sekolah Sains di Hokkaido University, KODAMA menyelesaikan pengajian siswazah beliau dan memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Seni di Sekolah Pengajian Siswazah Seni dan Reka Bentuk di University of Tsukuba. Sejak tahun 2000, beliau mempelopori penggunaan 'ferrofluid' dalam seni. Karya seni beliau, "Protrude, Flow" (dipilih oleh SIGGRAPH Art Gallery 2001) memenangi Hadiah Utama bagi Bahagian Seni Digital (Seni Interaktif) Festival Seni Media Jepun kali ke-5. Karya seni beliau telah dipamerkan di lebih 20 negara di muzium seni, galeri, ruang awam dan kediaman peribadi. Beliau telah memberi impak bukan sahaja terhadap seni dan reka bentuk, tetapi pelbagai bidang yang berkaitan.

TSUGI   oleh PARTY  

Menerusi karya ini, kawasan seperti ais Artik yang telah mencair ekoran pemanasan global dan kehilangan hutan lantaran kebakaran hutan digambarkan dengan cahaya harapan: diperbaiki dan dibangunkan semula dengan kintsugi melalui kehendak umat manusia.

PARTY ialah kolektif kreatif yang merentasi bidang seni, sains, reka bentuk dan kejuruteraan untuk memasang pengalaman masa depan kepada masyarakat. Projek-projek penting termasuk reka bentuk ruang untuk Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pengarah kreatif untuk majalah "WIRED JAPAN" dan pengalaman muzik maya "VARP" melalui kolaborasi bersama para artis termasuk RADWIMPS dan kZm. PARTY turut membangunkan perniagaan seperti Stadium Experiment dan The Chain Museum.

Day of a Full Moon oleh MOGI Monika

Karya ini menggabungkan kecintaan terhadap landskap semula jadi Jepun yang didapati oleh artis tersebut sebagai mementingkan hal kerohanian dan mistik, dengan rasa kagum beliau terhadap wanita yang kuat dan unik.

MOGI Monika ialah seorang artis, jurugambar dan pengarah yang dilahirkan pada tahun 1992. Beliau ialah seorang jurugambar belajar sendiri dan kerjaya beliau bermula semasa peringkat remaja yang mengambil gambar untuk majalah seni dan fesyen seperti Vogue Japan, ArtReview, Numero Tokyo dan sebagainya. Semasa berkhidmat sebagai pengarah kreatif di sebalik kesemua karya beliau, beliau mula memilih rakan-rakan beliau dan budaya belia Tokyo yang telah ditonjolkan dalam karya beliau. Membesar semasa berada antara A.S. dan Jepun, MOGI menggabungkan pandangan unik beliau terhadap kedua-dua budaya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini beliau turut mengambil bahagian dalam pameran foto di Tokyo dan New York serta telah mengarahkan iklan TV dan kempen fesyen di seluruh dunia. Karya beliau bersama Paola ANTONELLI bermula pada tahun 2016, apabila MOGI ditugaskan untuk mengambil gambar kandungan untuk katalog pameran MoMA 'ITEMS: Is Fashion Modern?".

Kojiki – Amenomana i oleh MORI Mariko

Melalui karya ini artis tersebut mengambil pemandangan daripada "Kojiki"- rekod mitos ciptaan tertua di Jepun – dan mengubahnya kepada imej yang dihasilkan oleh komputer.

Sejak separuh kedua tahun 1990-an, MORI telah mengambil bahagian dalam pameran antarabangsa di pelbagai negara dan mengadakan pelbagai pameran persendirian di muzium seni. Karya seni awam utama beliau termasuk "Sun Pillar" mengenai Pulau Miyakojima pada tahun 2010, "Ring: One with Nature" di Program Kebudayaan bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 dan "Cycloid V" di pintu masuk Menara Perniagaan Toranomon Hills. MORI memperoleh sejumlah anugerah berprestij termasuk Sebutan Kehormat di Venice Biennale ke-47 pada tahun 1997 dan Anugerah untuk Artis dan Ilmuan Harapan dalam Bidang Seni Jepun Kontemporari di Anugerah Asas Seni Jepun ke-8 pada tahun 2001. Beliau menerima ijazah kehormat daripada University of the Arts London pada tahun 2014.

Latar Belakang CULTURE GATE to JAPAN
Bermula pada bulan Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun melancarkan projek promosi budaya inovatif yang dikenali sebagai "CULTURE GATE to JAPAN". Diadakan di tujuh lapangan terbang di seluruh Jepun selain Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, artis dan pencipta yang aktif dalam bidang Seni Media mempamerkan karya seni yang diilhamkan oleh budaya unik setiap kawasan dengan matlamat untuk mempamerkan daya tarikan budaya Jepun yang lebih luas.

Kesan global akibat novel coronavirus menjadikannya sukar untuk bertemu individu baharu dan mengalami sendiri budaya baharu. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya mengganggu pertukaran antara seni, idea dan budaya. Melalui projek ini, kami berharap agar dapat terus memberikan orang ramai di seluruh dunia dengan erti keajaiban dan kegembiraan serupa yang dirasai apabila menemui budaya baharu.

Penganjur: Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun 
Laman Sesawang Rasmi: https://culture-gate.jp/ 

Imbas di sini untuk maklumat lanjut mengenai CULTURE GATE to JAPAN
Imbas di sini untuk maklumat lanjut mengenai CULTURE GATE to JAPAN

Perhubungan Awam "CULTURE GATE to JAPAN" diurus oleh wondertrunk & co. Inc.

 

Source: Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
Keywords: Art Entertainment Travel Trade show news