omniture

Inovasi Teknologi Pacu Pembangunan Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing

China Report
2021-03-12 23:23 577

CHENGDU, China, 12 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Berita disediakan oleh China Report:

Chengdu-Chongqing high-speed railway bullet train. Sichuan has formed a whole industrial chain of the rail transportation industry
Chengdu-Chongqing high-speed railway bullet train. Sichuan has formed a whole industrial chain of the rail transportation industry

Terletak di bahagian hulu Sungai Yangtze, lingkaran ekonomi Chengdu-Chongqing ialah kawasan yang paling padat penduduknya dengan tumpuan industri yang tertinggi dan bandar yang paling banyak jumlahnya di barat China. Statistik menunjukkan kawasan Chengdu-Chongqing mencatatkan jumlah KDNK mencecah hampir 7 trilion yuan pada tahun 2019, seraya menjadikannya satu lagi kuasa ekonomi serantau yang disusuli dengan wilayah Delta Sungai Yangtze, Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dan wilayah Beijing-Tianjin-Hebei.

Pada awal tahun 2020, Suruhanjaya Kewangan dan Ekonomi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berusaha untuk membina lingkaran ekonomi Chengdu-Chongqing dan mencadangkan untuk membina lingkaran berkenaan menjadi hab berpengaruh seluruh negara untuk inovasi teknologi. Pada 25 Februari 2021, Kementerian Sains dan Teknologi mengeluarkan garis panduan untuk menggalakkan corak pembangunan baharu di wilayah barat China melalui inovasi teknologi. Dokumen berkenaan mengutamakan usaha membina kawasan Chengdu-Chongqing menjadi hab untuk inovasi teknologi.

Penghubung lebih dekat

Pada 24 Disember 2020, setelah kemudahan infrastruktur dan teknologi untuk penyelenggaraan, pencegahan bencana, pengujian dan e-tiket dinaik taraf, kereta api berkelajuan tinggi Chengdu-Chongqing dilancarkan, bagi mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar menjadi satu jam. Di samping itu, kekerapan kereta api peluru (bullet train) telah ditingkatkan kepada setiap 20 minit bagi memudahkan perjalanan antara kedua-dua bandar.

Transit yang lebih baik antara Chengdu dan Chongqing sebahagian besarnya disebabkan oleh aplikasi teknologi kereta api proprietari Sichuan. Sichuan telah mewujudkan rantaian industri bersepadu yang meliputi penyelidikan dan pembangunan, peninjauan, reka bentuk dan perundingan, pembinaan projek, operasi dan penyelenggaraan serta pembuatan peralatan. Nilai output tahunan rantaian industri melebihi 150 bilion yuan.

Pembangunan berkualiti tinggi

Pembuat projektor domestik pintar berpangkalan di Chengdu XGimi tersenarai di Lembaga Inovasi Sains dan Teknologi (Sci-Tech) atau STAR Market pada 3 Mac 2021. Ia merupakan syarikat teknologi berpangkalan di Chengdu keenam tersenarai di lembaga teknologi gaya Nasdaq China.

Kejayaan penyenaraian firma-firma teknologi terkenal berpangkalan di Chengdu dalam STAR Market amat diperlukan daripada perancangan berwawasan Chengdu untuk industri-industri teknologi. Zon perindustrian maklumat elektronik di Chengdu, tempat letaknya XGimi, juga merupakan tumpuan firma-firma teknologi terkemuka termasuk pembuat produk fotoelektrik Luwei, LG Chem, penyedia penyelesaian paparan Tianma, pembuat substrat LCD Chengdu COE dan TCL. Firma-firma ini bersama-sama membentuk rantaian industri yang lengkap bagi menyokong teknologi baru muncul seperti data raya, Internet Pelbagai Benda dan rantaian blok. Dengan bantuan firma-firma ini, industri maklumat elektronik menjadi sektor pertama yang mana outputnya melangkaui 1 trilion yuan di Chengdu. Statistik menunjukkan bahawa lebih daripada 90 peratus projek pelaburan baharu Chengdu sejak tahun 2020 telah bertapak di pelbagai zon perindustrian di seluruh bandar tersebut.

Chengdu tidak akan dapat mencapai kejayaan luar biasa sedemikian tanpa sokongan padu terhadap inovasi teknologi oleh kerajaan wilayah Sichuan. Semasa tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-13 (2016-2020), Sichuan menumpukan banyak tenaga bagi membina sejumlah zon demonstrasi bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan saintifik dan teknologi termasuk hasil daripada ubat-ubatan baharu dan kecerdasan buatan. Wilayah berkenaan telah membina lebih daripada 1,800 platform untuk inovasi teknologi.

Statistik daripada Perbandaran Chongqing membuktikan selanjutnya mengenai kepentingan inovasi teknologi terhadap pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi. Semasa tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-13, industri-industri teknologi tinggi dan industri-industri baru muncul yang strategik masing-masing menyumbang 37.9 peratus dan 55.7 peratus kepada pertumbuhan industri bandar berkenaan. Kemajuan teknologi menyumbang sebanyak 58.6 peratus. Jumlah perniagaan teknologi tinggi meningkat 3.5 kali ganda. Lapan puluh lapan institut inovasi terkenal menubuhkan pejabat di Chongqing sepanjang 64 pangkalan peringkat negeri untuk inovasi teknologi. Bilangan penyelidik meningkat sebanyak 64.4 peratus. Jumlah paten yang dimilki bagi setiap 10,000 orang meningkat sebanyak tujuh paten. Penyelidik di bandar berkenaan memenangi 29 anugerah sains dan teknologi nasional. Jumlah transaksi bagi kontrak teknologi berjumlah 100 bilion yuan.

Kini, kawasan Chengdu-Chongqing mengeluarkan satu pertiga produk dan perkhidmatan untuk industri maklumat elektronik global, muncul sebagai penghubung yang amat diperlukan dalam rantaian industri serta bekalan global dalam bidang maklumat elektronik.

Semasa "dua sesi" 2021, lingkaran ekonomi Chengdu-Chongqing dan pembinaan bandar sains di barat China oleh kedua-dua bandar tersebut sekali lagi menggamit perhatian seluruh negara. Pada masa akan datang, kedua-dua bandar tersebut akan mengukuhkan kerjasama, meningkatkan kapasiti untuk inovasi teknologi yang bebas, bekerjasama untuk meraih kejayaan cemerlang dalam bidang-bidang utama dan menyumbang kepada pewujudan tiang pertumbuhan penting yang memacu pembangunan berkualiti tinggi negara.

 

Source: China Report
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Transportation Travel