SHANGHAI, 18 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan industri dan perkhidmatan integrasi, berganding bahu bersama Dalian Institute of Chemical Physics of the Chinese Academy of Sciences ("Dalian Institute") bagi merasmikan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Teknologi Pengeluaran Hidrogen Membran Pertukaran Proton (PEM) pada 4 Mac. Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian kerjasama projek untuk Peralatan dan Pembangunan Sistem Pengeluaran Hidrogen PEM Modular Megawatt dan Berkecekapan Tinggi, melambangkan langkah ke hadapan yang penting untuk Shanghai Electric dalam bidang tenaga hidrogen.
Sebagai salah satu pengeluar peralatan tenaga yang terbesar di China, Shanghai Electric berada di barisan hadapan dalam pembangunan hidrogen mesra alam sebagai sebahagian daripada pemacu tenaga bersih China. Semasa Dua Sesi tahun ini, Rancangan Lima-Tahun ke-14 dibincangkan dengan aktif, yang mana hidrogen mesra alam ditonjolkan dengan jelas. Dengan sokongan padu kerajaan dan minat industri yang luas, tahun 2021 muncul sebagai Tahun Sifar untuk industri tenaga hidrogen.
Pada masa kini, Shanghai Electric dan Dalian Institute telah mencapai persetujuan awal berhubung laluan pembangunan industri untuk penjanaan kuasa tenaga baharu dan pengeluaran hidrogen air elektrosis. Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut. kedua-duanya juga akan terus meningkatkan potensi tranformasi pengeluaran hidrogen air elektrolisis PEM, mempercepatkan pembangunan produk hidrogen elektrolisis PEM yang kompetitif dan mempromosikan aplikasi dan senario industri. Di samping itu, kedua-duanya akan terus melaksanakan kerjasama mendalam dalam seluruh rantaian industri tenaga hidrogen bagi mempercepatkan pengindustrian keseluruhan.
Tenaga hidrogen mempunyai potensi terbesar daripada semua bentuk tenaga bersih ketika ini dan kunci pembangunannya terletak pada pengeluarannya. Pada masa kini, pengeluaran hidrogen berasal terutamanya daripada bahan api fosil, pemulihan dan penulenan hidrogen sampingan industri dan pengeluaran melalui elektrolisis air. Proses ini menghasilkan emisi karbon yang signifikan. Pembangunan pesat peralatan elektrolisis air PEM di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini membolehkan teknologi semasa mencapai emisi karbon sifar, merealisasikan hidrogen bersih, mesra alam dengan berkesan. Kejayaan penting ini akan memainkan peranan penting dalam membantu China mencapai matlamat puncak karbon dan keneutralan karbonnya.
Justeru itu, potensi pasaran untuk pengeluaran hidrogen daripada air elektrosis adalah amat besar. Ramalan menunjukkan bahawa menjelang tahun 2050, tenaga hidrogen akan menyumbang kira-kira sebanyak 10% daripada pasaran tenaga China, dengan permintaan mencecah 60 juta tan dan nilai output tahunan melebihi RMB 10 trilion. Laporan Hidrogen: Menjejak Integrasi Tenaga (Hydrogen: Tracking Energy Integration) yang dikeluarkan oleh International Energy Agency pada Jun 2020 menyatakan bahawa baik jumlah projek pengeluaran hidrogen elektrolisis global mahupun kapasiti terpasang meningkat dengan ketara, dengan output melambung tinggi daripada 1 MW pada tahun 2010 kepada lebih daripada 25 MW pada tahun 2019. Sebahagian besar daripada keterujaan berkenaan datangnya daripada potensi hidrogen untuk turut serta bersama gas asli sebagai sumber tenaga yang memainkan peranan penting dalam perdagangan antarabangsa, malah dengan kemungkinan untuk menggantikannya suatu hari nanti. Dalam laporan Kemunculan Hidrogen Hijau (The Dawn of Green Hydrogen) 2020 PwC, penasihat meramalkan bahawa hidrogen percubaan akan mencecah 530 juta tan menjelang pertengahan abad ini.
Shanghai Electric menetapkan tumpuannya pada tenaga hidrogen bertahun-tahun yang lalu, berdasarkan potensi besarnya terhadap pertumbuhan sebagai satu satu teknologi tenaga baharu masa depan dan khususnya, keupayaannya untuk memberi kuasa kepada kenderaan tenaga baharu. Pada tahun 2016, Institut Penyelidikan Pusat Shanghai Electric mula melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk sistem sel bahan api utama dan teknologi tindanan. Pada tahun 2020, enjin sel bahan api yang dibangunkan sendiri oleh Shanghai Electric, yang mempunyai kapasiti kuasa sebanyak 66 kW dan boleh bermula dalam persekitaran suhu sejuk serendah -30°C, telah melepasi ujian pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Kualiti Produk Kenderaan Motor Nasional. Ia menerima pakai sistem peredaran hidrogen proprietari Shanghai Electric yang memberi kuasa yang mantap dan ketahanan yang mengagumkan, dengan potensi untuk menggantikan enjin gasolin dan diesel dalam kenderaan komersial.
Tatkala teknologi ini matang, hidrogen telah memasuki peringkat pengindustrian yang dipercepatkan. Shanghai Electric memanfaatkan peluang untuk mendorong pembangunannya dan transformasi tenaga hijau. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Shanghai Electric menubuhkan Bahagian Tenaga Hidrogen pada tahun 2020 bagi mempercepatkan lagi pembangunan dan membawakan era baharu tenaga mesra alam dan bersih.
Sebagai salah sebuah syarikat pembuatan peralatan tenaga yang terbesar di China, Shanghai Electric, dengan keupayaannya untuk pembangunan, pemasaran, pelaburan dan pembiayaan serta kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) projek, terus mempercepatkan pembangunan dan inovasi tenaga baharu. Syarikat ini mempunyai asas sinergi dan kelebihan sumber dalam seluruh rantaian industri bermula daripada penjanaan kuasa huluan hingga metalurgi kimia hiliran. Gabungan unsur-unsur tersebut akan mempercepatkan kadar penembusan Shanghai Electric ke dalam bidang pengeluaran hidrogen.
Pada masa kini, Shanghai Electric telah menggerakkan beberapa projek demonstrasi industri tenaga bersepadu hidrogen hijau yang terkemuka di Tapak Ningdong, salah satu daripada empat zon demonstrasi industri kimia arang batu moden China. Antaranya, projek "sumber-grid-muatan-simpanan-hidrogen" Tapak Tenaga Ningdong mengintegrasikan penjanaan tenaga boleh diperbaharui, penyimpanan tenaga, pengeluaran hidrogen daripada elektrolisis dan seluruh rantaian industri kimia/metalurgi hijau.
Pada bulan Disember 2020, Shanghai Electric memeterai perjanjian kerjasama untuk membangunkan projek tenaga "sumber-grid-muatan-simpanan-hidrogen" di Sepanduk Depan Otog, Mongolia Dalam. Dilengkapi dengan peralatan penyimpanan tenaga elektrokimia dan pengeluaran hidrogen berskala besar, projek ini akan membina tapak penjanaan kuasa tenaga baharu secara besar-besaran dan membantu wilayah tersebut mencapai bekalan tenaga sejuk, panas, elektrik, wap dan hidrogen yang cekap.