omniture

Amazfit T-Rex Pro: Jam Tangan Pintar Gred Ketenteraan Tahan Lasak dengan Ketahanan agar Setanding Dengan Anda dan Hayat Bateri[1] sehingga 18 Hari

Amazfit
2021-03-23 22:00 263

SHENZHEN, China, 23 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Amazfit, jenama global dalam pasaran peranti boleh pakai, melancarkan edisi terkini siri jam tangan pintar sukan luarnya, Amazfit T-Rex Pro. Dicipta untuk membantu anda Meneroka Naluri Anda, Amazfit T-Rex Pro telah melepasi 15 ujian gred ketenteraan dan mampu bertahan daripada kebanyakan keadaan yang melampau. Fungsi-fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasannya yang komprehensif melibatkan pelbagai mod sukan luar yang popular untuk aktiviti kembara, seraya menjadikannya lebih mudah untuk keluar daripada zon selesa anda.

Amazfit T-Rex Pro: A Tough Military-grade Smartwatch
Amazfit T-Rex Pro: A Tough Military-grade Smartwatch

Amazfit T-Rex Pro dibangunkan berdasarkan populariti Amazfit T-Rex yang memenangi anugerah, yang mula diperkenalkan di CES 2020. Diinspirasikan oleh kejayaan pendahulunya dan melalui inovasi tekal, Amazfit menambah banyak ciri baharu kepada edisi terkini ini. Amazfit T-Rex Pro lebih tahan lasak dan dengan 15 ujian gred ketenteraan[2], telah melepasi tiga ujian ketahanan tambahan. Fungsian baharu juga termasuk tahan air 10 ATM[3], sistem pengukuran ketepuan oksigen darah, empat sistem satelit navigasi global, altimeter barometrik dan lebih daripada 100 mod sukan[4].

Kekuatan dari Dalam ke Luar

Dengan Amazfit T-Rex Pro, semua maklumat yang anda perlukan tersedia sekali imbas pada paparan AMOLED sentiasa beroperasi 1.3 incinya. Dengan reka bentuk sesudut yang menarik, bezel luar disembur logam yang mantap mengekalkan berat yang ringan.

Terokai Kawasan Luar

Dengan empat sistem[5] satelit navigasi global yang disokong, Amazfit T-Rex Pro berupaya membantu mengesan lokasi di persekitaran yang lebih rumit.

Sama ada anda berada di kawasan pergunungan atau berlatih lebih bersungguh-sungguh di gimnasium, anda boleh mengukur ketepuan[6] oksigen darah anda untuk mendapat maklum balas mengenai sejauh mana anda mengendalikan ketinggian[7] tersebut.

Dengan gred rintang air 10 ATM, anda boleh berenang, meluncur air, berlayar dan menempuh cuaca lembap sehingga 18 hari hayat bateri.

Bersenam Sepenuh Tenaga

Dengan lebih 100 mod sukan berbeza yang disediakan, algoritma Firstbeat™ membawa sesuatu ke tahap baharu apabila menilai data khusus seperti pengambilan[8] oksigen maksimum anda, masa pemulihan penuh dan beban latihan. Bersama-sama aspek ini, algoritma ExerSense™[9] juga mengenal pasti secara automatik lapan mod sukan dan merekodkan semua data yang berkaitan.

Berhubung Dengan Naluri Semula Jadi Anda  

Ikuti perkembangan alam semula jadi dengan pengesan cuaca, monitor matahari terbit dan terbenam[10] serta paparan fasa bulan semasa[11] Amazfit T-Rex Pro.

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Kesihatan Anda 

Amazfit T-Rex Pro dilengkapi dengan Sensor Optik Penjejakan Bio 2 PPG BioTracker™, melaksanakan pemantauan kadar degupan jantung yang tepat[12] 24 jam sehari dan memberi amaran sekiranya kadar degupan jantung anda menjadi terlalu tinggi.

Amazfit T-Rex Pro menawarkan penilaian diperibadikan melalui sistem[13] penilaian kesihatan Kecerdasan Aktiviti Peribadi (PAI) proprietarinya. PAI mengambil semua data yang dikumpul daripada senaman anda, kadar degupan jantung dan data lain yang dikesan serta memberi nilai berangka tunggal sebagai penilaian kesihatan unik anda.

Dorong Naluri Anda untuk Tidur 

Dengan ciri pemantauan[14] kualiti tidur SomnusCare™ Amazfit, ia dapat mengenal pasti keadaan tidur yang berbeza seperti peringkat tidur ringan, mendalam dan REM, mengesan tidur sebentar waktu siang serta mengawasi masalah[15] pernafasan yang berpotensi berlaku.

Di AS, Amazfit T-Rex Pro berharga $179.99 dan akan disediakan di https://us.amazfit.com/ mulai 23 Mac.

Di UK, the Amazfit T-Rex Pro berharga £139 dan akan disediakan di https://argos.co.uk/ dan https://Amazon.co.uk mulai 31 Mac.

[1] Hayat bateri mungkin berbeza mengikut tetapan, keadaan operasi dan faktor-faktor lain. Maka, hasil sebenar mungkin berbeza daripada data makmal.

[2] Data berkaitan mengenai topik ini datangnya daripada laporan berikut: H202005252293-01EN-G2. Pendedahan yang berpanjangan tidak disyorkan memandangkan ia boleh merosakkan jam tangan dan komponennya.

[3] Selaras dengan piawaian GB/T 30106-2013 / ISO 22810:2010, Amazfit T-Rex Pro mencapai penarafan 10 ATM untuk rintangan air sehingga 100 meter, maka ia sesuai untuk percikan, salji, mandi, berenang, selam snorkel atau sukan air kelajuan tidak tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman sokongan di: support.amazfit.com.

[4] Lihat halaman web produk Amazfit T-Rex Pro untuk senarai penuh lebih 100 mod sukan: https://www.amazfit.com/en/t-rex-pro.html 

[5] GPS+GLONASS, GPS+BeiDou, GPS+Galileo. Perkhidmatan penentududukan dalaman tidak disokong.

[6] Ketepatan data akan terjejas sekiranya bahagian sensor bersentuhan dengan kulit yang mempunyai bulu roma tangan atau tatu dan boleh berbeza-beza bergantung pada ciri-ciri fizikal.

[7] Apabila anda mencecah lebih 3,000 meter, jam tangan tersebut akan meminta anda untuk mengambil ujian ketepuan oksigen darah apabila anda naik lebih 400 meter dalam 24 jam.

[8] Pengesanan pengambilan oksigen maksimum hanya disokong dalam mod berlari luar.

[9] Ketepatan dan kepekaan ciri pengecaman senaman berbeza antara setiap individu dan berkaitan dengan postur serta kecekapan pengguna semasa bersenam.

[10] Memperoleh data cuaca serta waktu matahari terbit dan matahari terbenam memerlukan sambungan luar ke aplikasi mudah alih tersebut.

[11] Memperoleh data fasa bulan memerlukan persediaan muka jam tertentu.

[12] Ciri pengesanan kadar degupan jantung automatik 24 jam memerlukan pengguna untuk menetapkan dan menghidupkan ciri "pengesanan kesihatan jantung" dalam aplikasi dan nilai minimum boleh ditetapkan kepada 1 minit; ciri ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebagai asas untuk diagnosis perubatan. Pengukuran kadar degupan jantung tidak boleh dilakukan semasa berenang.

[13] Kajian Kecergasan HUNT menunjukkan bahawa orang ramai yang mengekalkan skor PAI 100 atau lebih tinggi menunjukkan risiko hipertensi, penyakit jantung dan diabetes jenis-2 yang lebih rendah.

[14] Pemantauan tidur boleh merekodkan tidur waktu malam dan tidur sebentar yang berlangsung selama lebih daripada 20 minit.

[15] Pemantauan kualiti pernafasan tidur perlu diaktifkan secara berasingan.

 

 

Source: Amazfit
Keywords: Biometrics Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services