omniture

Logiq Bekerjasama dengan Comviva untuk Menawarkan Dompet Digital dan Perkhidmatan Pembayaran kepada Berjuta-juta Pengguna Mudah Alih di Seluruh Indonesia

Comviva
2021-03-24 21:31 94

NEW DELHI dan NEW YORK, 24 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Logiq, Inc. (OTCQX: LGIQ), penyedia global e-Dagang dan penyelesaian fintech yang memenangi anugerah, telah bekerjasama dengan Comviva, syarikat peneraju global dalam penyelesaian kewangan digital, untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran dan dompet digital di seluruh Indonesia. Perkhidmatan tersebut, yang berdasarkan dompet digital PayLogiq Logiq, akan dikuasakan oleh platform mobiquity® Pay Comviva.

Logiq juga telah menjalinkan bekerjasama dengan Yabx baru-baru ini, sebuah usaha sama fintech Comviva untuk menawarkan perkhidmatan kewangan berasaskan kredit seperti pendahuluan tunai untuk pedagang dan pilihan 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) untuk para pengguna.

mobiquity® Pay merupakan salah satu penyelesaian dompet digital terbesar di dunia yang mendayakan lebih daripada 70 perkhidmatan kewangan digital di lebih 50 buah negara dan akan memainkan peranan penting dalam perkongsian baharu Logiq dengan Koperasi Mona Santoso Berjaya (KMSB).

Bersama-sama dengan KMSB, Logiq menyediakan perkhidmatan pinjaman mikro kepada ahli Badan Perlayanan Jaminan Sosial Ketenagakerjaan (BPJSTK), sebuah agensi keselamatan sosial yang menyediakan pelan persaraan dan pencen bagi pihak entiti kerajaan Indonesia.

Perkhidmatan pinjaman mikro baharu ini akan memberi manfaat kepada 48 juta ahli BPJSTK dan 600,000 perniagaan kecil dan sederhana (SMB). Kerjasama yang dijalinkan dengan Comviva ini akan membolehkan Logiq memperluas perkhidmatan dompet digital dengan pantas, mudah dan selamat kepada ahli-ahli BPJSTK dan SMB.

Dengan menggunakan dompet digital Logiq, ahli-ahli BPJSTK dan SMB akan berupaya melakukan pelbagai transaksi kewangan dengan cepat dan selamat, termasuk pindahan wang, penerimaan dan pembayaran balik pinjaman, akses insurans, pembelian masa siaran atau data, pembayaran bil atau pedagang—semuanya dalam telefon bimbit mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

"Kerjasama kami dengan Comviva membolehkan kami menyediakan perkhidmatan dompet digital terbaik kepada ribuan individu dan SMB di Indonesia," kata Matthew Brent, Ketua Pegawai Strategi Logiq. "Digital dengan pantasnya, telah menjadi kaedah pilihan untuk melakukan transaksi dan pandemik global telah mempercepat peralihan tersebut. Dengan menyediakan akses digital kepada pelbagai perkhidmatan kewangan daripada kemudahan peranti mudah alih secara serta merta, kami melihat platform gabungan kami berjaya meningkatkan kehidupan orang ramai, membantu mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan aktiviti ekonomi negara."

Srinivas Nidugondi, Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Eksekutif Penyelesaian Kewangan Digital di Comviva, mengulas: "mobiquity Pay kami ialah sebuah platform dompet digital yang kaya dengan pelbagai ciri, boleh diskala serta fleksibel dan telah digunakan di lima benua. Kami akan membawakan kepakaran global kami dalam dompet digital ke dalam penggunaan platform ini bersama-sama Logiq. Platform ini akan membolehkan Loqiq mempercepat pertumbuhan dompet digital di Indonesia dengan memperkenalkan perkhidmatan kewangan digital yang inovatif untuk mengubah cara warga Indonesia menyimpan, meminjam, memindah dan membuat pembayaran."

Tentang Comviva Technologies Limited 

Comviva merupakan peneraju global dalam penyelesaian digital yang memenuhi keperluan Perniagaan Masa Hadapan. Syarikat tersebut ialah anak syarikat Tech Mahindra dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Mahindra yang bernilai $21 bilion. Portfolio penyelesaian yang luas merangkumi perkhidmatan kewangan digital, pengurusan nilai pelanggan, penyelesaian mesej dan jalur lebar serta perkhidmatan gaya hidup digital. Ia membolehkan penyedia perkhidmatan meningkatkan pengalaman pelanggan, merasionalkan kos dan mempercepat pertumbuhan pendapatan. Penyelesaian Comviva digunakan oleh lebih daripada 130 penyedia perkhidmatan mudah alih dan institusi kewangan di lebih 95 buah negara dan memperkaya kehidupan lebih 2 bilion orang untuk memberikan masa depan yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.comviva.com

Tentang mobiquity® Pay 

mobiquity Pay Comviva ialah penyelesaian sehenti untuk wang digital, e-dompet dan pembayaran mudah alih. Ia menyediakan perkhidmatan kewangan kepada lebih 130 juta pengguna di seluruh dunia dan memproses lebih daripada 7 bilion transaksi dengan jumlah melebihi $130 bilion setiap tahun.

mobiquity Pay ialah platform holistik yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna, penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi dan ia memudahkan pembayaran digital untuk semua segmen pelanggan, sama ada yang mempunyai akaun bank atau tidak, melalui semua bentuk faktor dan mod, termasuk USSD, aplikasi mudah alih, IVR, Web, kod QR dan NFC.

Bagi pengguna yang kurang atau tidak menggunakan perkhidmatan kewangan dan memerlukan dompet digital, mobiquity Pay menawarkan akaun nilai tersimpan dalam bentuk dompet digital prabayar. Penyelesaian ini akan memudahkan pelbagai transaksi kewangan, termasuk pindahan wang, pembayaran bil dan pedagang, pembayaran gaji, pengeluaran bantuan kewangan, pembayaran daripada perniagaan kepada perniagaan dan banyak lagi. Ia juga menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan mikro, seperti simpanan, pinjaman dan insurans. Bagi pengguna yang mempunyai akaun bank dan kad, mobiquity Pay menyediakan pilihan untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit atau akaun bank.

Tentang Logiq 

Logiq, Inc. merupakan penyedia penyelesaian e-Dagang, m-Dagang dan pengupayaan perniagaan fintech global terkemuka yang berpangkalan di A.S. Platform AppLogiq™ sebagai perkhidmatan ini membolehkan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana di seluruh dunia mencipta dan menggunakan aplikasi mudah alih tempatan untuk perniagaan mereka tanpa memerlukan pengetahuan atau latar belakang teknikal. AppLogiq memperkasakan perniagaan untuk mencapai lebih ramai pelanggan, meningkatkan jualan, menguruskan logistik dan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan cara yang mudah, berpatutan dan sangat cekap. AppLogiq ditawarkan dalam 14 bahasa di 10 buah negara dan tiga benua, termasuk beberapa pasaran baru muncul yang paling pesat membangun di Asia Tenggara.

Anak syarikatnya DataLogiq, menyediakan penyelesaian pemasaran e-Dagang yang lengkap berasaskan data untuk perniagaan dan jenama utama A.S., termasuk Home Advisor, QuinStreet and Sunrun. Enjin data LogiqX™ yang dikuasakan oleh AI memberikan pemahaman yang berharga tentang pengguna yang meningkatkan Pulangan ke atas Pelaburan (ROI) bagi perbelanjaan pemasaran dalam talian. Anak syarikatnya, PayLogiq™ menawarkan pembayaran mudah alih dan GoLogiq menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan hiper tempatan. Untuk maklumat lanjut tentang Logiq, sila layari Logiq.com.

Penafian tentang pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan dan maklumat berpandangan ke hadapan tertentu, seperti yang ditakrifkan dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, dan tertakluk kepada Perlindungan Selamat yang diwujudkan oleh seksyen-seksyen tersebut. Logiq memperingatkan anda bahawa pernyataan dalam siaran akhbar ini yang bukan penerangan berasaskan fakta sejarah adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa Logiq. Pernyataan berpandangan ke hadapan yang disertakan dalam siaran ini tidak boleh dianggap sebagai perwakilan oleh Logiq atau sekutunya bahawa mana-mana rancangan atau jangkaan akan tercapai. Keputusan sebenar mungkin berbeza daripada yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini disebabkan oleh risiko dan ketidakpastian yang wujud dalam perniagaan Logiq, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: kesesuaian produk dan perkhidmatan Logiq untuk aplikasi atau pasaran tertentu, kejayaan pelancaran dan pembangunan yang terhasil daripada kerjasama Logiq dengan KMSB, termasuk program perintis yang berkaitan, jangkaan tentang peristiwa masa depan, trend perniagaan, keputusan kewangan dan/atau transaksi perniagaan yang mungkin tidak diselesaikan atau direalisasikan, serta risiko lain yang dijelaskan dalam siaran akhbar Logiq terdahulu dan pemfailannya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"), termasuk di bawah tajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Logiq pada Borang 10-K dan apa-apa pemfailan selanjutnya dengan SEC. Anda dinasihatkan supaya tidak bergantung sepenuhnya pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang hanya memberikan gambaran setakat tarikh semasa dan Logiq tidak bertanggungjawab untuk menyemak semula atau mengemas kini siaran akhbar ini untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan selepas daripada tarikh ini. 

mobiquity® ialah tanda dagangan berdaftar di India sahaja. 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 

Comviva Technologies Ltd.
PR & Komunikasi Korporat
Sundeep Mehta
pr@comviva.com

Hubungan Logiq
Brent Suen
Presiden Logiq, Inc.
Hubungan e-mel

Hubungan Media & Pelabur Logiq

Ronald Both atau Grant Stude
Perhubungan Media & Pelabur CMA
Hubungan e-mel

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600

Source: Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Contracts New products/services Financial Technology